Nama pun pengalaman. Jadi nak cerita pasal pengalaman untuk entri kali ini. Masa pregnant dulu banyak dapat info dari blogger yang lain pasal pengalaman melahirkan anak. So,aku pun nak jugaklah.. menambahkan info untuk mom-to-be dan untuk tatapan buat Sofea bila dah besar nanti ye nak :)
ENTRI INI PANJANG!
Nur Hannah Sofea,this is how you can be here right now honey................
12 November 2014
4 AM
Contraction semakin kerap setengah jam. Masa ni aku dah ada dekat Kluang,memang last decided nk deliver dekat Kluang. Mr.Bear ada dekat JB sebab aku memang tak bagi die balik selagi tak rasa sakit sangat-sangat. Sebelum tu 3 kali pegi check tapi jalan masih 0cm,so 11.11.2014 tak nak pergi lagi kalau kena balik jugak. Mr.Bear dah bising-bising suruh aku pergi hospital dengan kakak aku sebab dah start ada bleeding sikit,setompk jaaa.. kalau dah degil,degil jugak lah. Bila pagi tu dah sakit,panik,baru gatai suruh Mr.Bear balik,shoot dari JB pagi tu jugak!.
7.30 AM
Dah sampai hospital. Kali ni instinct aku macam betul-betul punya sakit. Angkut semua barang. Mr.Bear kalau dah panik,barang berpantang pun dia angkut sekali. Hahaha. Ok check heartbeat baby,contraction semua macam gaya nak bersalin,tapi bila check jalan baru 1cm. Aduiiii,hampa sungguh. Nurse suruh relax jap tunggu doktor check pulak.
9 AM
Lama tak lama tunggu doktor. Hospital baru lah katakan. Hospital Besar Enche Hajjah Kalsum. Huiiiii..panjangnya nama sampai terbelit-belit lidah nak nyebutnya uiii. Ok,doktor pun sampai terus check dah buka 2.5cm. Sakit kut asyik kena seluk memanjang. Tapi yang tak bestnya ada doktor lelaki pulak dekat situ. Setahu aku,hari tu aku tanya,doktor wanita yang akan incharge. Nasib baik doktor wanita yang seluk meluk ni.Hmmmm.. Ok,terus admitted!
11.30 AM
Baru dapat naik ke wad! 2 jam tunggu.. Contraction aku kuat kot. kali ni dah selang 10 minit. Mak ai,sekali datang mengigil 1 badan menahan sakit. Tak dapat nak bayangkan lagi.. huhu. Sebelum naik tu sempat jamah sekeping roti je. Itu pun lepas kena paksa takut takde tenaga.
12.30 AM
Waktu makan tengahari,aku jamah sepotong buah tembikai susu. Itu pun sebab terasa lapar sikit. Lepas tu rasa macam ada cecair pekat keluar kena katil. Fresh blood. Nurse suruh aku jalan ke bilik untuk check jalan lagi. Jaraknya dekat tapi aku rasa macam jauh sungguh nak sampai sebab sakit yang makin menyucuk. 4cm! terus kena sorong masuk labour room. Aku rasa time tu la last time mengandung aku call Mr.Bear inform dia aku dah masuk labour room. Dia pun macam terperanjat. Baru masuk wad,terus kena masuk labour room pulak tak sampai 30minit. Tak jadi dia nak balik sebab sebelum tu aku suruh dia balik rehat,ingatkan lambat lagi la nak buka jalannya.
1 PM
5 cm. Masa ni tiap kali datang sakit,aku goyang katil. Sampai nurse cakap sabar sabar. selawat banyak-banyak. Ohhhh.. doktor masuk aku tanya kenapa tak cucuk epidural lagi,sebab tadi dia ada tanya aku nak cucuk ke tak nak. Doktor cakap tak boleh cucuk lagi sebab baru separuh jalan,lepas tu aku macam takde tenaga sangat,takut bila dah cucuk aku terus tidur. Tapi waktu tu memang aku mengantuk sangat,sakit dah selang 5min. Lima minit hilang sakit aku terlelap. Bila sakit aku terjaga. Goyang katil. Hahaha. Nurse tengok tak sampai hati tolong urut-urut belakang aku. Lega sikit. Baik nurse tu :)
Lepas tu asyik la tanya aku ada minum air selusuh ke ape ke sebab contraction kuat sangat tapi jalan buka sikit. Aku kata takde sebab tak sempat buat apa-apa pun.
4.30 PM
Hanya Allah je aku ingat. Sakit tak tertanggung lagi. Kali ni selang 3 minit. Aku memang dah letih penat ngantuk sangat-sangat. Dah tak goyang katil lagi. Hahaha. Cuma aku guna psikologi. Time sakit datang aku set dalam kepala,ini dugaan yang aku
MAMPU laluinya,aku MAMPU hadapinya.
Serius! rasa tu kurang sikit sakitnya sebab kita set dalam kepala benda yang kita mampu buat. Memang betul-betul berkesan.
Ok,mom-to-be take this note dear :)
Ada lah seorang nurse ni,dia pregnant jugak,aku memang terkesan betul dengan apa yang dia cakap. Nurse yang lain tanya dia bila bersalin,entah apa dia jawab aku tak ingat yang aku ingat dia dah siap booking tarikh nak bersalin ceasar. Taknak normal macam aku ni,sakit sampai goyang katil. Pergh! Nasib baiklah aku ni tengah sakit nak beranak,kalau tak memang aku balas je balik.. kak,kalaulah time akak bersalin tu elektrik takde minyak tanah takde,barang tak berfungsi,macam mana tu kak??
Time ni kalau tak silap aku dah buka 8 cm kot. Doktor jangka dalam pukul 6 baru full buka jalannya.
5 PM
Nurse datang seluk sebab aku dah keluar banyak sangat darah. Keluar semua benda yang tak sepatutnya pun ye jugak.. time ni malu tu dah takde. Nasib baik semua perempuan. Terima kasih kerana memahami :)
10cm! Kelam kabut nurse panggil doktor semua. Tiba-tiba aku rasa ramainya orang dalam labour room aku tu. Tadi macam boleh dikira,sekarang macam ramai pulak datang melawat kawasan. hahaha!
Ok,doktor cakap time ni baru awak boleh teran. Sebab dari pukul 3 lebih lagi aku cakap aku nak teran,macam ada sesuatu nak keluar..semua cakap jangan,tahan dulu takut lagi besar koyak dekat dalam,air ketuban aku pun belum pecah.
Doktor pakar masuk. Alamak,lelaki.. hmmmm.. aku pasrah jela sebab darurat,doktor perempuan ada tapi siapa lebih pakar? hmmmm.. die pecahkan ketuban aku and then aku terus takde tenaga. ZERO!
Semua cakap push push.. teknik push yang aku dok praktik berbulan-bulan pun hilang entah terbang kemana. Last sekali doktor perempuan tu panjat atas aku tolong tolakkan perut aku sambil doktor lelaki tu tarik baby pakai vacuum.
Ye,pakai vacuum. She is Baby V!
5.30 PM
30 minit yang aku rasa paling lama dalam hidup aku. Baby keluar tak nangis. Keluar je letak dekat dada,nurse terus lari bawak keluar. Dengan doktor-doktor sekali keluar. Aik,tadi punya ramai,sekarang semua keluar dah? Tinggal aku sorang.. Selang seminit nurse masuk,doktor perempuan tu masuk tengok aku cakap baby aku ada masalah sikit. Terus berubah muka aku. 10 saat macam tu doktor pakar pulak masuk,masuk je,dengar suara baby nangis.. terus doktor tu cakap,
haaa.. you dengar ye anak you nangis. Terus muka dia pun macam lega,aku apetah lagi.. lega jangan cakap la..Hilang semua rasa sakit tadi. Hilang terus macam tak de rasa apa-apa. :) Alhamdulilah
Oh ye,masa nak pakai vacuum tu doktor ada cakap yang husband tak boleh masuk sebab procedure pakai vacuum macam tu. Kalau normal boleh masuk macam biasa.
6 PM
Hujan turun lebat time ni sebab macam tahu tahu je nak kena hadap sesi jahit menjahit kan... perghhhhhhhh!!!!!! Saat ni memang aku ingat seumur hidup aku. Inilah yang buat aku fobia untuk bersalin lagi. Sumpah! Gerun,ngeri! Tapi kalau Allah bagi rezeki lagi,sapa aku untuk menolak ye tak?
Doktor cakap baby aku kena tahan dekat NICU sebab detect jantung dia macam laju. Mungkin effect sebab aku lambat teran.baby boleh jadi stress katanya. Lagi sekali muka aku berubah. Tapi doktor cakap jangan risau everything fine cuma untuk pantauan lebih incase ada apa-apa ke. Aku tahu dia cuma nak tenangkan aku sebab muka aku memang nak nangis dah. Aku control lagi..
7 PM
Sejam jahit!
SEJAM AKU GIGIT BAJU AKU! menahan punya pasal. bius tak mampu nak tutup sangat sakit tu.. T_T
Aku tengok hp. Time ni baru aku boleh call balik. Mak aii berpuluh misscall.
Aku call Mr.Bear buat kali pertama as a mom :) Tak sampai berapa saat,laju je angkat. Hehehe.. terkejut Mr.Bear sebab aku dah selamat bersalin sebab dari tadi dia tunggu nak masuk temankan aku. Kesian dia. Terus dia masuk jumpa aku dekat labour room tu. Time tu tak leh tahan nangis dah. Meleleh je. Asyik sebut baby baby baby baby. Call mak aku cakap semua dah selesai,tapi baby kena tahan,meleleh lagi cakap dalam telefon. Bayangkanlah,aku tak sempat tengok muka baby sebab dah kena larikan bawak keluar.. sayunya masa tu. Susu pertama pun susu formula.. bukan susu ibu.. lagi haru aku time tu bila fikirkan. Tapi takpelah,fikir positif untuk kebaikan dia.
Aku suruh Mr.Bear lawat baby dekat NICU dulu sebelum balik nak tanam uri. Sayangnya,gambar Sofea hari pertama lahir takde sebab tak boleh tangkap gambar dalam wad tu.. hanya terpahat dalam kepala ayah je sebab ayah je yang tengok Sofea dulu :)
Malam tu ibu langsung tak boleh tidur sebab risaukan sofea dan tak sabar nak tengok macam mana rupa anak ibu yang kuat tendang-tendang masa dalam perut.. Esoknya baru kita dapat berjumpa :)))
Nur Hannah Sofea 2 days + 2.7kg
p/s : Lain orang lain dugaan bersalinnya.. ini adalah pengalaman aku,bukan tujuan nak aibkan sesiapa,bukan untuk berbangga jauh sekali untuk menyakitkan hati.. maaf kepada sesiapa kalau terasa ye.. saya ikhlas untuk berkongsi :)