Pagi tadi aku belek2 email lama2 aku.. lepas tuh terjumpa la email lama yang berkaitan pasal isu murtad zaman 90'an dulu. Aku baca punya baca,tak sedar mata dah berkaca... aish~ syahdu la plak pagi2 nih... aduhdudududuuuuuuuuuuuuuuu... ntah,tergerak hati plak nak tahu kisah Aisyah dan Hartini. Tahun 2009 lepas majalah Al-Islam ada buat artikel mengenai keadaan keluarga mereka. Ini je yg aku jumpa...
Kisah Aisyah :
Kes ini dah berlalu hampir 13 tahun. Tahun 1998 tahun sebut kes murtad dia,tahun 1988 dia mula dilarikan (aku assume sendiri,sbb tak clear tahunnya). Nor Aisyah Haji Bukhari. Anak dan cucu imam sebuah kampung di Pontian,Johor. Pada malam 1 Ramadhan,ketika umat Islam sedang bersolat terawih,dia dibawa lari dan murtad dari Islam.
Majalah Al-Islam jejak semula ayah Aisyah,Haji Bukhari untuk mendengar keluhan hati seorang ayah yang mengharapkan kepulangan Aisyah yang manja dipanggil Intan.Ini apa yang ayah dia cakap ketika ditemuramah :" Kalau dia pulang saya ingin peluk dan cium dia sepuas-puasnya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan saya ketika ini selain melihat senyum manis Intan. Kemanjaannya menyebabkan saya dan isteri memanggilnya Intan. Sejak lahir nama itu lekat hingga hari ini walaupun bayangnya tidak ada lagi di depan mata tapi ingatan kepadanya tetap utuh. Masih terbayang senda guraunya, rengekan manjanya bila meminta sesuatu. Hanya gambar Intan yang sudah lusuh menjadi pengubat rindu. Setiap kali mengenangkan Intan mengalir air mata ini bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Jika dulu ada emak Intan boleh juga berkongsi, kami sama-sama menangis dan bercerita tentang gelagat anak-anak semasa kecil. Walaupun tidak mampu menyembuhkan luka di dada ini tapi sekurang-kurangnya ia boleh meredakan perasaan. Namun sejak isteri saya meninggal dua tahun lalu hanya anak anak menjadi tempat berkongsi kerinduan. Intan di mana kau nak, pulanglah abah rindu sangat. Intan tahu tak emak sudah dua tahun meninggalkan kita. Intan ... Intan..setiap hari saya berbisik dan berdoa agar Intan kembali. Biarlah siapa pun dia saya tetap ayahnya dan dia adalah anak saya. Tidak ada apa yang boleh memisahkannya.Kalaulah saya tahu di mana Intan berada sudah pasti saya datang mengambilnya. Bapa mana yang tidak sayangkan anak? Walaupun telah 11 tahun 'menghilangkan' diri, dia tetap berada di hati ini. Tengoklah ini barang permainannya saya masih simpan, bilik tidurnya masih seperti dulu, kain baju di dalam almari tidak ada siapa yang berani menyentuhnya. Semua itu masih setia menanti kepulangan Intan.Tombol pintu bilik dipulas, di kala rindu memenuhi segenap jiwa tidak ada yang dapat memadamnya. Hanya baju baju lama Intan yang sering menjadi peneman, diusap dan dicium berkali kali. Saya tidak benarkan sesiapa pun mengusik atau mengalih barangbarang di dalam bilik Intan kerana itu saja kenangan yang tinggal untuk kami selain gambar-gambar. Perlahan-lahan tangan menyapu habuk yang hinggap di almari cermin kesukaan Intan, tempat dia menyisir rambutnya dan berbedak. Ia masih di situ sejak anaknya pergi tidak ada sesiapa pun yang berani mengalihkannya.Kadang-kadang tersentuh juga hati bila melihat Mohd Sabirin, adik bongsu Intan membelek belek permainan mereka sewaktu kecil. Mereka berdua memang rapat sejak kecil bersama sama bermain congkak dan Sahiba. Piano ini pula permainan kesukaannya semasa dia berumur 7 tahun.Saya sebenarnya sudah mati akal, saya tidak tahu nak buat apa lagi, bermacam-macam doa saya amalkan, solar hajat dan berbagai-bagai ikhtiar saya lakukan termasuklah perubatan Islam. Mungkin Allah belum lagi mahu memperkenankan doa saya atau ada hikmah di sebaliknya.Kalau boleh saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang, mengingati kisah lalu tapi bagai mana mungkin? Namanya pun anak walaupun buat buat tidak ingat dan mulut mengatakan tidak mahu mengingatinya tetap juga teringat."Ramadhan datang lagi, ingatan kepada Intan semakin menebal. 21 tahun lalu pada malam 1 Ramadhan, Intan dibawa lari oleh mereka. Ketika sedang menunaikan solat sunat tarawih di masjid, dia diberitahu Intan sudah lari. Seorang anak yang baik, taat, mendengar kata dan manja pergi meninggalkannya mengikut seorang lelaki asing.Bermula daripada hari itulah Intan hilang hingga ke hari ini. "Saya tidak pernah lupa pada tarikh itu, tarikh Intan dilarikan daripada saya, ayahnya. Tiada apa lagi yang mampu memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buat diri ini selain anak-anak dan cucu. Di situlah tempat saya akan mengakhiri sisa-sisa hidup." Aisyah memang anak yang baik, dia tidak pernah tinggal solat dan rajin membaca al-Quran. Di dalam soal agama dia memang tegas, pantang baginya apabila melihat adik-adik tidak sembahyang dan enggan mengaji. Lengkap pengetahuan agamanya tapi kenapa dia memilih untuk berpaling tadah kepada agama lain? "Kalau Intan boleh mendengar saat ini tentu Intan masih ingat cerita semasa di ITM dulu. Ingat tidak masa itu pensyarah suruh Intan menghafal surah Yasin, al-Kahfi, as-Sajadah, alWaqiah dan surah al-Mulk."
Ingatan pantas berlari mengingati detik itu, Haji Bukhari berusaha membantu Aisyah dan dia dapatkan untuknya sebuah kaset mengaji untuk Aisyah menyemak bacaannya ketika di asrama.
"Rasa bangga juga, dengan dorongan dan usaha itu Intan dapat menghafal semua surah yang diminta oleh pensyarah." Selepas tamat belajar Aisyah terus ditawarkan bekerja di City Bank Kuala Lumpur. Baru setahun bekerja tetapi sudah tiga kali dia naik gaji dan lepas itu dia dapat sijil kepujian daripada Amerika Syarikat (AS). Haji Bukhari pun hairan dengan perkara, itu, kalau benar Intan bagus bekerja takkanlah dalam' setahun pertama dia kerja sampai tiga kali naik gaji dan boleh dapat sijil kepujian. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima panggilan telefon darinya,
"Abah, Intan dah berhenti kerja. Intan nak ikut kawan pergi Negeri Sembilan. Ini alamat baru, Intan." Gagang telefon terus diletak, Haji Bukhari terkedu, "Apa dah jadi dengan Intan ni, lain macam saja," dia luahkan perasaan tidak senang kepada bapa, saudara dan adik-beradik Intan. Keesokan pagi Haji Bukhari berpakat adik beradik pergi ke alamat yang Aisyah berikan. Sampai di tempat tersebut, dia pujuk Aisyah balik, tapi Aisyah suruh dia jumpa peguamnya. Haji Bukhari keliru,bingung apa yang terjadi, takkan nak jumpa anak sendiri harus melalui peguam?
"Dia darah daging saya, kenapa hendak membawanya balik ke kampung saya harus berurusan dengan peguam?" "Intan, ini abah. Intan tak kenal abah lagi?" keluh Haji Bukhari merenung muka Aisyah yang kelihatan bingung.
Disebabkan perasaan kasih dan tanggungjawab sebagai ayah, Hajii Bukhari dan keluarga pergi ke pejabat peguam di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja mereka sampai Aisyah pun tiba bersama teman lelakinya.
"Intan salam saya dan saya terus peluknya sementara ahli keluarga, yang lain menarik Intan masuk ke dalam kereta, kami bawa dia pulang ke Johor. Di dalam perjalanan Intan hanya tunduk diam, saya tengok dia macam orang keliru, kebingungan dan serba tidak kena.
"Intan salam saya dan saya terus peluknya sementara ahli keluarga, yang lain menarik Intan masuk ke dalam kereta, kami bawa dia pulang ke Johor. Di dalam perjalanan Intan hanya tunduk diam, saya tengok dia macam orang keliru, kebingungan dan serba tidak kena.
Intan hanya sempat bersama kami selama beberapa hari sahaja. Sehinggalah pada 1 Ramadhan 1989, Intan dilarikan. Selepas itu tidak ada lagi senyum manisnya dan hilang sudah rengekan manja Intan. Entah sampai bila saya mampu bertahan untuk menanti kepulangannya."
"Intan... abah tak salahkan Intan dan abah tak marah Intan. abah tahu Intan telah diperdayakan oleh mereka. Intan... abah sayangkan Intan".
Peguambela Haji Bukhari dalam kes ini dikendalikan oleh En.Zulkifli Nordin.
"Intan... abah tak salahkan Intan dan abah tak marah Intan. abah tahu Intan telah diperdayakan oleh mereka. Intan... abah sayangkan Intan".
Peguambela Haji Bukhari dalam kes ini dikendalikan oleh En.Zulkifli Nordin.
banyak dah kes murtad anak gadis melayu kite kat Malaysia nih. Kebanyakkannya fail ditutup atas alasan BERCINTA = IKUT BOYFRIEND dan berumur 18 tahun kerana dah lepas 18 tahun,kite bebas buat keputusan.
No comments:
Post a Comment