Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri :
PUISI……
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran
dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak
gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang
bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...
*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau
terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu....
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
PLEASE LAHHH!!!!!!!
p/s : hahahahahahahahahahahahahahahhaha!
No comments:
Post a Comment