Aku nak story sikit je pasal aktiviti aku malam semalam.
Entah datang mood celah mana ntah,tiba-tiba terasa nak pulak ikut adik-adik aku pegi stadium tengok bola.
Woot! woottt!
N.Sembilan vs Kelantan.
Dapat bayangkan tak sesaknya stadium?
Actually,takdelah sesak sangat,cuma sikap penyokong yang fanatik je yang aku tak suka.
Itu lain punya cerita aaarr,sikalang mahu cerita lain punya.
Agak ramai,tapi tak penuh pun stadium tu.
Aku start pergi stadium tengok bola pun sebab terjebak dengan ofismate aku dulu la.
Fanatik Red Warrior die tuh weiiiii.. Peace ya Abg.Syah! hahaha
Aku takdelah tahu sangat pasal bola ni,just layan kan je,ikut mood la kan.
But,not bad! I love the aura :)
Semangat itu penting!
Yang aku kelakar sangat,si penyokong pulak yang lebih-lebih,aku panggil dorang sebagai
"juri tambahan".
Mana taknya,semua benda dia tahu,itu belum suruh main tengah padang lagi,baru tahu susah tak susah,penat tak penat main.
Mulut dorang yang lebih-lebih,bingit telinga aku.
Belum keluar lagi segala bagai perkataan carut marut.
Aku tak berkenan benoo aihhh~ Ibu mengandung tak digalakkan pergi ok! :)
Lepas tuh,bila "awek hot" lalu je,mulalah dorang nak menyorak macam orang menang emas.
Si "awek hot" tu pulak jadi merah telingalah,malu kot. Then main-main enset cover situasi.Kesian tau.
Lepas tuh dengarlah satu ayat tak sedap :
"sekali den putuihkan tali halus tuh,baru tahu"
(for sure la kan korang dapat tangkap aku dok side team belah mana)
Tali halus? mende tuh? Aku pun kurang pasti.
Keadaan diatas aku dapat tafsirkan dua maksud :
1.Dorang memang suka awek hot yang seksi meksi,atau2.Dorang tak suka awek hot yang seksi meksi.
Aku pening sat. Kalau tak suka,kenapa bersorak? atau mereka
1.Bersorak tanda suka,atau
2.Bersorak tanda perli?
Ok,kalau korang pernah buat seperti diatas,exspecially lelaki,korang tahu apa jawapan korangkan?
Malas aku nak tolong fikir panjang,habis cerita.
Tapi yang aku perasan,bila "awek pakai tudung" lalu,takde pulak dorang sorak lebih-lebih.Hmm..
1.Dorang malu/segan,atau
2.Bukan taste dorang,atau
3."awek pakai tudung" tak lawa? Aku rasa sama level je dengan "awek hot" yang dorang sorakkan.
Entahlahhhhhh.. Sendiri fikir la ek.
Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.
No comments:
Post a Comment