BismillahirahmannirRahim~
Macam biasa la kan akan keluar ayat macam ni . . . . . . . . . . .
Uiiiiisssshhhhhh! Lamanya saya tak update blog kan? kan? kan?
Ayat cliche~ ok . . . . .*buat-buat mata juling depan laptop ni hah..
Hmmmm... Memang lama gegiler sesungguh giler kan aku nk buat entry baru.. gamak macam dok dalam hutan takde internet line.. silalah mengiyakannya kawan-kawan *maklumla sejak jadi isteri ni makin menjadi malas rajin sangat-sangat,padahal.................. ngehhh~
Orait,entry kali ni nak update tentang kisah 5 bulan yang lalu.. masa majlis akad nikah dan bersanding.. Ala.. bukan apa,ada gak member tanya mana gambar sanding sbb dalam fesbuk buk bukkk tu aku tak meng-update langsung kot.. walaupun kitaorang muka tak macam baby face kata Mr.Bear , tapi kita cute miut,kawan nak tengok.. kita kasilah
*tersenyum sambil buat mata macam Pussy in Boot... hahaha!
Layankan je.. layankannnnnnnnnnnnnnnn.....
** entry kali ni agak panjang.. diingatkan... agak panjang ye kawan-kawan.. :)
Hari ni hari jumaat. Aku mmg awal-awal
Inilah gambar pelamin setelah digantikan dengan kerusi yang lebih besar.. sedih kita :(
7 Disember 2013
Tidur tak lena ok. Pagi subuh bangun nak solat aku lari dulu kedepan rumah nak tengok meja beradap. Alhamdulilah. Siap pasang pun. Tapi kerusi pengantin dah tak cukup. Satu dah kena cakar dek kucing dan yang 1 satu dah replace kerusi pelamin. Redha lagi pagi tu. Sedih dan kecewa dengan service yang diberi. Tapi apakan daya,semua harus diteruskan. Siap-siap solat,mak andam pun dah sampai. Solek punya solek *agak tak berkenan sangat,adik aku cakap aku solek sendiri lagi cantik. Tak sangka solek pun ambil masa hampir sejam setengah! Ko godek apa kat muka aku ni mak andam oiiii..? Ada gak kosmetik yang mak andam guna tak kena dengan kulit aku. Muka aku pedih dan sakit gilerrrr. Sedih dan kecewa lagi. Haruslah sedih,muka ni gak nak pakai lama sehari suntuk hari ni kan. Tangkap gambar sana,tangkap gambar sini. Genap-genap siap bersolek,tok kadi pun dah sampai. Mak ai,giler sharp tok ni sampai pukul 8 macam yang dijanjikan. Katanya kamilah pasangan yang pertama yang dia akan nikahkan untuk hari ni. Uishh.. berdebar makin terasa. Tapi yang jadi masalahnya pulak pengantin lelaki lambat sampai. Stress yang ketiga! Alasan : terlambat bangun. Boleh ye Mr.Bear? Unacceptable langsung! Hari bersejarah awak,awak lambat bangun? Bravo! Hmmmm.. tunggu pengantin lelaki sampai nak dekat sejam. Mak aku dah asyik bertanya je sebab tok kadi dah lama sampai. Stress sangat masa tu jangan cakaplah. Selawat berisqtifar je aku dalam bilik masa tu. Tunggu punya tunggu,Alhamdulilah.. sampai jugak mengantin. *nasib baik datang jugak,kot-kot tak jadi datang tak ke naya tu kan.
Syukur Alhamdulilah.. tak tunggu lama dah tok kadi tu,dengan sekali lafaz kami selamat diijab kabul kan *weeeeeeeeee~ hehe.
Then mula la ambil gambar sana sini. Posing sana posing sini. Layankan je lagi sampai cramp mulut.. fuhhh~
Lepas bersanding dan makan beradap semua mulalah sesi outdoor kami dekat dalam hutan *konon-konon je.. dan dekat railway stesen Kluang *ada story kelakar masa dekat railway ni.. next story la ye.
Malam tu tiba-tiba kena tidur berdua *erk? hahaha.. tak payah ceritalah punya kalutnya kami malam tu tak boleh tidur sebab masing-masing macam pelik je tengok sesama sendiri. hahaha. Bengong *siapa plak mamat kat dalam bilik aku pulak ni?? Adeeii~
Tuh.. saja nak besokan gambo nak tunjuk kasut sikit.. customade sendiri *sangatla customadenya kan..eceh..
Aku tak leh nak janji bila tapi nnt aku update entry DIY kasut kahwen sendiri dan veil yang menjadi idaman kalbu ye. Nak customade kasut sendiri 5 inci tu ingat murah???? Giler kayooo den ni,Jimmy Choo pun tak mampu nak jahit..hehe.. kita cari solution yang murah dah la ye.. janji memenuhi hatiku ini.. *org cerewet gini ler..
No comments:
Post a Comment