just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, March 16, 2015

Bos Besar Yang Baru Dalam Rumah !

Photobucket
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah........

Setelah 9 bulan 9 hari mengendong anak dalam perut ni..
Setelah mengharungi 44 hari berpantang..
Setelah 4 bulan berlalu..

Akhirnya aku dapat jugak curi masa nak menaip entri pada malam yang indah senyap sepi ini.. 
Sunyi jeeee.. rasa tenang jeee.. hahaha.. ayat ni kalau mak-mak yang baca mesti tahu kenapa..
kan? kaaaaaannnnnnnnnnn???? hehehe

Kenapa anda tanya? tuh.. baca tajuk entri tu.. bos besar.. 
BOS BESAR SUDAH TIDUR! 
perghhhh... akhirnya.. malam ni tidur awal pulak bos ni.. 
kalau tak,selagi jam tak cecah 11 malam,mana mahunya nak tidur.. asyik nak berdukung je..
Bahu pun macam nak terjatuh dah gamaknya.. adeiiiii..

Ahamdulilah.. memang tak terhingga nikmatnya.. 
hanya yang pernah melaluinya paham bagaimana rasanya perasaan aku tatap muka anak sendiri.. 
Anak sendiri???????
ok,honestly aku masih lagi macam tak percaya dah jadi ibu.. rasa macam baru je kahwin,rasa macam baru je dapat good news dari doktor sebab pregnant,rasa macam baru je pergi klinik buat buku pink tu,rasa macam baru je rasa ada sesuatu dalam perut ni yang buat geli-geli tak tidur malam,rasa macam semuanya baru-baru belaka...serius! rasa macam semalam je rasanya..

Allahuakbar.. terima kasih Ya Allah kerana telah memberi aku kesempatan untuk merasai semua ini..
mencium,menatap,membelai anak kecil dari darah daging sendiri.. 

Terima kasih kerana memberi aku keinsafan sakitnya seorang ibu ketika nyawanya betul-betul dihujung tanduk disaat bertarung melahirkan hambaMU.. 

Angah sayang mak :) Terima kasih mak !!!


Ini lah bos baru aku.. Nur Hannah Sofea :)

Bos besar ni pengaruh dia dalam rumah sangat-sangat kuat. Kalau dia tidur je tak boleh ada sebarang bunyi. TV tu,mesti 2% je bunyi nya :( . Bila berjalan kena berjengkit-jengkit. Bercakap pun,kena bisik-bisik. Makan jangan ada bunyi! Masak dilarang sama sekali. Dasyat ke idak kome???
Ini lagi gerun. Bila dia bangun,semua orang mesti kena buat dia ketawa. Bila tak ketawa,bersiap sedia lah anda. Kalau dia mengangis,semua orang kena panik. Tak boleh nk buat relax je weiii.. lagi kuat dia teriak! Kalau dia bersuara,semua mata kena tumpu dekat dia. Mesti kena buat-buat faham apa yang akan diperkatakan. Tak boleh tidur selagi bos tak tidur. Tapi kalau waktu dia tidur petang,kita tetap tak boleh tidur petang walaupun ngantuk tak cukup tidur sebab time tu lah kita baru boleh makan dengan tenang.. huwaaaaaaaa.. sadis giler bos buat kita.. isk isk isk..

Tapi,itu semua awal-awal punya pengalaman.. sekarang dah dapat baca gaya bos besar ni a.k.a Sofea :) Dah 4 bulan pun si kecik ni.. walaupun penat.. sangat-sangat penat,tak pernah kurang,sakit seluruh badan,tapi bila tengok Sofea ketawa,membesar dengan sihat,semua sakit tu hilang.. malah bertambah-tambah excited nak tunggu dia bangun tidur walaupun dah dapat jangka apa yang akan berlaku bila dia bangun nanti =_="

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...