just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, October 28, 2011

I'm Sorry......

Untuk MEREKA yang sudi bertanya.. menziarah.. dan meng-komen.. (sengaja dieja begitu.. ;p )

Terima kasih sangat-sangat!

Saya terharu... tetapi,

Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab tak berkesempatan nak menziarah,menjawab nak meng-komen bersama dengan anda.. Dimasa akan datang,InsyAllah :) Sabar ok?


Dan tolong jangan segan-segan atau menyampah atau jemu atau meluat untuk datang menjengok blog saya lagi ye.. Akan ada tutorial ,tips lagi buat korang :) Tunggu ye..

Tanpa korang,apalah guna blog saya ini....
Photobucket

Saya Di Naruto Kan????

Assalammualaikum korang.....!! :)

Bersua blog kita pada hari jumaat nan indah ini. Alhamdulilah.. Moga hari-hari mendatang kita semua bakal dirahmati dan di cucuri rahmah yang maha Esa. Amin.

Orait.. Aku nak story kali ni pasal seorang kakak kat tempat kerja aku ni hah.. peberet dia suka tengok kartun anime. Hari tu time rehat aku datang meja dia,dia tengah tengok kartun naruto kat youtube. Punyalah kusyuk weiiiii.. sampai aku datang pun tak sedar. Muka nak serius sangat.. hahahaha..  Dia sempat lagi cakap tu :

"Akak nak tengok kartun sampai gaduh-gaduh dengan anak akak. Nasiblah.. Akak nak tengok gak,kalau tak kasi,akak tinggalkan dia sorang-sorang"

"Dah memang penakut anak akak tu,last-last mengalah gak dengan akak.... hahaha!"

Gulp!
Kus semangat... nasiblah Mak den tak suka tengok anime tahap ekstrem macam akak office aku ni. Kalau tak,mahu tak makan pagi,tenghari,malam or supper la kiteorang adik beradik.. fiuhhhhh~

Lepas tu,bila dia datang meja aku lak hantar job,dia selamba campak kertas depan aku,dan dia cakap :

"Dengan kuasa angin aku kasi kat kau Aini."

hahahahahaha!! Dari muka terkejut sampai ketawa tak sudah aku dengan akak tu... Bertuah sungguh..
isk isk isk..~ tak pasal-pasal dekat aku gak yang dia naruto kan. pening.. pening.. pening.. haha~
Tak pe la.. hilang keayunan stress aku sat.. :)

Sekarang tengah rehat,mesti dia layan kartun lagi ler tu.. jap jap aku intai....

Kan betul!!! heheheheheheheeeeee..............

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...