just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Google+ Kasi Pening Daaaa!

Photobucket
OMD! Oh my dear...!!!

Banyak plak komen aku dapat suruh ajar cara nak cantik kan blog. Tapi masalahnya ada yang guna Google+ . Ada perasan tak google suruh sharekan upgraded link kat blog-blog korang. Nampak tak? Ce cari.. Masalahnya lagi,aku pening dan tak tahu nak guna benda alah Google+ tu meh.. Cari url blogspot,tadak pun :( Nama pun baru kan,jadi kena lah study kasi habis dulu,barulah leh jadi guru. Tak gitu cikgu?

Hmmm.. (sambil buat mulut muncung).. nampak gayanya kepada sesiapa yang mintak pertolongan saya untuk tunjuk ajar cara nak cantikkan blog guna Google+ , saya minta maaf sesangat,benda baru saya tak belajar lagi,kalau dah tahu serba sedikit saya kongsi ya.. Tapi saya agak ke-busy-an sedikit buat masa ini,tunggu masa lapang la gamaknya.. Sabar separuh dari iman kan? kan? kan? hehee..

Tapi ini pesanan aku buat all newbie. Bloggers baru sekalian :

- Kalau boleh elak menggunakan benda yang baru,yang di-rekemen-kan untuk buat blog. 

- Kalau ada keluar share with new bla bla bla , cuba cari pilihan lain @ benda yang anda rasa benda yang sama tapi dia tak rekemen-kan pun. Itu tandanya benda lama yang sama &  blogger lama guna kan. Paham tak ayat aku? haha

- Kalau tidak ada pilihan @ button lain untuk ditekan,anda terpaksa jugakla menggunakannya. Maka pelajarilah ia dengan sabar :)

Mesej ini dibawa khas untuk anda bagi mengelak sebarang kekeliruan sesama kita di masa hadapan nanti. heehehe.. poyo gilerssssss ayat!

p/s : kalau sesiapa faham macam mana nak trace blog melalui Google+ ni,meh terangkan kat aku eh.. aku ke-konpiusan ni.. :(
Photobucket

Antara YA,TIDAK dan TUNGGU !

Photobucket 
Kembali menaip :) Alhamdulilah..
Pagi ni nak taip pasal sesuatu kenyataan yang aku petik dari Aku Islam semalam.
Dok godeh-godeh internet,ter-goggle Aku Islam,rasa tenang sikit lepas baca motivasi yang si penulis tulis..
Thanks Aku Islam. Jap nak follow.. hahaha!

Ok.. dalam banyak-banyak penulisan beliau,aku suka sangat ayat yang ni :

1) Kalau Allah kata YA , maka doa kita akan dimakbulkan. Bersyukurlah.
2) Kalau Allah kata TIDAK , mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Teruskan mencari dan berusaha.
3) Dan kalau Allah kata TUNGGU , maknanya Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk kita. Bersabarlah sayang :)

Sejuk je hatikan bila baca.. huuuuuuuu.. aku edit sikit-sikit ayatnya,sekarang pun tengah senyum sambil menaip.. teringan sikit benda serabut dalam pala hotak ni.. 

Aku juga tersedar sebenarnya dugaan ni manis sangat. Sebab apa? Sebab Allah akan menguji hambanya yang DIA sayang supaya tidak akan terus leka dengan duniawi dan syaitan laknatullah tu..    m**i lah kau setannnnnnn!! (sila baca dalam nada serius dan ganas!)

SubhanaAllah.. rasa sayu pulak.. huhuhu.. 

Redha dan ikhlas dalam menghadapi dugaan dekat dunia ni adalah kunci ketenangan hakiki :) Amin~
Photobucket 

Monday, November 26, 2012

Kursus Mencetak Baju / Silkcreen Class

Photobucket 
Makluman buat sesiapa yang berminat untuk menanbah kemahiran dan berkeinginan untuk menjana perniagaan sendiri.


Banyak kelebihan kalau kita memperlajari sesuatu yang diluar kemahiran kita kan?


  1. Korang dapat menambah ilmu kemahiran dalam kehidupan.
  2. Kepada sesiapa yang nak mencuba untuk berbisnes seperti ini,percayalah profit margin sangat tinggi.
  3. Kepada para-para designer,jangan sia-siakan kelebihan anda. Jom ekspresikan kelebihan anda ke atas sesuatu.
  4. Boleh buat baju idaman kalbu sendiri. Only one in the world beb!!
  5. Untuk student,inilah masanya untuk menambah duit poket korang.
  6. Tak pening-pening lagi nak dapat baju yang sesuai dengan taste korang. Cetak je sendiri,habis cerita.
  7. Bayaran yang dikenakan lebih rendahhhhhhhhhhhhhhhh daripada biasa!
  8. Jangan biar diri korang terhad dengan sesuatu kemahiran sahaja. Cuba benda baru yang berfaedah takkan rugi pun.
  9. Peryertaan adalah terhad. Kalau berminat sila SMS di 0127643065. Moh ajak kawan-kawan!!
  10. Sila nyatakan size baju anda sekali ye. Korang akan cetak baju sendiri dan boleh terus pakai selepas kursus tamat :)
  11. Dan yang paling best,Cik Ainie pun akan sertai sekali kursus ni.. hahahahaha!! Jom jumpa :)

p/s : masa dan tempat akan diberitahu sebaik sahaja peryertaan bilangan peserta ditutup.
Photobucket

Tuesday, November 13, 2012

Cik Ainie Homecoming Blog-cert !

Photobucket 

Tajuk entry amacam? 
Macam retis tak?
Haruslahkan..
Nak jugak tiru ayat Yuna tu kan.. "Yuna Homecoming Concert"
Yuna,awak pinjam mike punya ayat sat naaa..
Nak buat update blog..
Nak gempak-gempak sikit gamaknya..
Terkejut tak? terkejut tak?
hahahaha.. Start dah buang tebiat.. 

Apa entah nak conteng dekat entry untuk homecoming kali ni..
Tadi banyak sangat nak taip..
Bila dah pegang keyboard,terus hilang idea..
Alahaiii.. kemana kau menghilang ni idea....?
Cepat datang balik... Come to mama! Come to mama!

Untuk pengunjung blog aku ni,yang baru atau yang lama..
Terima kasih sebab sudi singgah.. :)
Sudi membaca entry aku yang merapu ni..
Ce korang bagi idea,apa entry yang korang nak aku update at least sekali dalam seminggu..
Aku.. biasalah,itu mood jela kot..
Bila nak taip.. Apa nak di taip.. Kadang-kadang hancus lari tema..

Maklumlah sekarang,blogger dah berlambak-lambak kot..
Sangat sengit untuk kehadapan..
Ber-compete dengan blogger baru yang lebih advance dari aku..
Advanture sehhhh.. T_T

Okeh..
Idea datang dah.. datang dah...!

Okeh..
Nak tulis..

Itu jelah..
Hahahahahahahahhaha~
Photobucket

Baby! Baby! Baby!

Photobucket 
Mengodek facebook orang.
Itulah yang dilakukan hari ini.
Dah lama tak menjadi stalker bertauliah la katakan.
(sambil buat gaya dua tangan dekat bahu..)

Apsal la banyak lak gambar baby kan..

entry-entry yang baru di update ni,kebanyakannya pinjam gambar dari En.Google.. takde masa la nak edit gambar lagi.. huhu~
Tuh diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Kawan-kawan aku la.. rata-rata dah jadi mama @ ibu @ mak or whatever u want your baby calling you when they starting their 1st word... alalalalaaa... sweeetttttttnya :)

Nak satu baby boleh?
(jadah kau ni Ainie? Dah nape?? hehehe!)

A very big congratulation to you girlfriends!
Seronoknya dah jadi wanita yang lengkap untuk suami kan... 

Tetiba terindu lak dekat dua orang anak buah aku dekat Kluang tuh..
Aiyak... Cik Angah rindu meh dekat Zafran dengan Qairina.. :(
Photobucket

Selamat Pengantin Baru.. :)

Photobucket 
Bulan November ni mak aiiii...
Penuh kalendar tau..
Jemputan sana sini..
Tapi tak dapat nak penuhi :(

Minta maaf sangat-sangat kepada sesiapa yang menjemput..
Jangan kecik hati ye,bukan sengaja,tapi bersebab.. :)

Apapun,Ainie doakan yang terbaik buat korang..
Semoga berbahagia Dunia & Akhirat..
Amin~

Nak pinjam ayat Nizam (hahaha!) :

November to Remember! :)
Wish you all happy ever after......!!! 

Photobucket

Entry Paling Ngetop!

Photobucket 
Tertiba aku tengah dok check entry-entry blog aku yang lepas..
Terpandang satu entry ni yang view count die paling tinggi kot..
Ala.. tak lah tinggi macam korang punya entry kan..
Tapi entry ni macam nak terbeliak aku nengoknya..
Biar betuiiiiiiiii kot...
Aku sendiri pun tak lepaih,konon dok sumbat dalam blog kasi penuh,nak nasihatkan orang katanya..
Tapi aku sendiri hampeh... oooppppsss!

Ting Tong sat!

Cara Pulihkan Hubungan..................!!???
#maaf diatas kekurangan kejelasan gambar... huhu 

Photobucket


Buat Tatapan Untuk Titipanmu!

Photobucket 
Aku tak nak cakap banyaklah..

Ini aku tempah khas untuk kau..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Entry Buat Siti :)

Photobucket 
Siti..
Just nak wish..
Thank you sangat sebab calling hari tu..

Terubat la sikit rindu dekat kawan-kawan..
Ishhhh! Rindulah nak lepak macam dulu..
Tak leh jadi ni.. :(

Sekarang ni Ainie dah jadi orang yg malas nak topup,
Kalau mesej tak berbalas,jangan marah ye..
:)
Time ni la Ainie ambil kesempatan nak balas mesej Siti.. (hahaha,terukkan??)

Thanks sebab sudi mendengar dan berkongsi rahsia cerita hari tu..
Kantoikan? hehehe~
Takmo story dalam blog meh... haha!

Entry ni ditulis pun sebab segan dengan Siti..
Asyik Siti je yang call Ainie.. huhu
Hope jangan segan-segan nak baca blog ni,
(Ainie lak yang segan.. alahai....)
Telling is sharing,Listening is caring :)
 Photobucket

Entry Buat Puteri Santubung!

Photobucket
Kehadapan Puteri Santubong yang nun jauh di Temerloh.
Apa khabar anda disana?
Sudah makankah?
Sudah mandikah?
Sudah tidorkah?
Lama sungguh tidak mendengar khabar kamu di sana ya..
Alih-alih dok telefon aku tadi nak cakap gini ;

"Ainie,bulan duabelas ni aku nk tunang,kamu kalau leh datang,datanglah ye."

Aduh....... melirik senyum aku dengar seh.
Tahniah babe... Akhirnya..
Eh,leh ke aku cakap,akhirnya?
Takmo lah..
Aku nak cakap,
Setelah sekian lama..
Sedap sikit kan gamaknya..
hahahaha..

Ala.. jangan dup dap sangatlah ok..
Aku pasti..
Pengakhiran untuk korang mesti manisssssssssssss sangat..
Sampai semut nak minta sikit manisan cinta korang pun,semut takut tau..
Takut bukan apa..
Takut kempunan,
Sebab manisnya tak tinggal sikit pun :)

Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....................
Ayat aku malam ni..
Tak nak kalah lah weiiiii....
hahahahahaha!!

Aku tak sure leh datang ke idak,tapi aku doakan moga segala perancangan korang berjalan lancar.
Amin~

Anak itik main di tepi perigi,
Anak Mak Temah ke kedai membeli tauhu,
Segala perit jerih sudah diharungi,
Hanya yang manis Allah je yang tahu.

tiba-tiba berpantun la pulak aku ye... T_T tak leh blah sungguh~

babe:
- tq untuk advise kau :)
- tq sebab memahami aku :)


Photobucket

Berhentilah Bertanya Buat Seketika..

Photobucket
Kalau diberi kuasa sakti..
Aku nak hentikan masa..

Eh,bukan.. nak berhenti mulut orang daripada bertanya..
Nampak kejam tak?
Tak kot kan..

Entah.. sekarang ni kalau boleh nak cakap dekat orang yang bertanya tu,
Tolonglah berhenti bertanya buat seketika..
Atau pun tolonglah ubah topik kalau nak bercakap dengan aku..

Bukan aku marah,cuma tak terlarat lagi nak menjawab..
Nak kang kalau dah jawab,
Tanya pulak kenapa?
Lepas tu tanya pulak bagaimana?
Lepas tu tanya pulak bila?
Lepas tu last sekali cakap,
BERSABARLAH YE..

Penat aku memerah otak nak menjawab..
Bukan tak nak jawab..
Tapi aku pasti,sure sanggggggaaaatttt..
Yang jawapannya tetap sama..
BERSABARLAH YE..

:)

Apapun..
Terima kasih buat mereka yang bertanya..
Itu tandanya mereka prihatin dekat aku..
Terharu aku.. T_T

Tapi buat masa ni,
Cukuplah sampai disini saja pertanyaan itu,
Sebab,
Jawapan aku tetap,
BELUM PASTI.

#aku tahu ada yang paham apa maksud aku,tq sebab memahami :) Allah yang mampu membalasnya.

Photobucket

Nukilan Buat Si Dia..

Photobucket 
Si dia yang memahami.. khas untuk mu!

Sangat memahami.. terharu rasa hati ini bila menerima panggilan telefon dari mu kelmarin..

Terukir senyuman dibibirku..

Terungkai jua gelak ku buat beberapa ketika..

Betapa aku rindukan saat kita bersama dulu..

Betapa aku dambakan kau berada disisi ku ketika ini..

Amat.. teramat memerlukan sokongan semangat dari mu..

Masa dan hidup ini.......

Seakan mengerti yang kita mempunyai saat yang sama..

Dugaan itu harus ditempoh,tak boleh berpalingkan?

Moga kita diberi kekuatan untuk mengharunginya..

Bersama............................................

..............................................................................................................................................

Wah.... Nukilan tak nak kalah kan??? hehe ;p
Apa?
Untuk Mr.Bear?
???????!!!!!
Wuuuuyoh!nak letak nukilan macam nih untuk Mr.Bear?
Dalam blog?
Orang baca?
Tak mungkinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!
Haruslah dijauhi... hahahaha~
Kalau untuk Mr.Bear,tulis dalam kertas je,baca depan-depan,muka tanpa perasaan lepas tu blah cepat-cepat.
Off topic terus! 


Photobucket

I'm Back... Again! (Panjang umur lagi...)

Photobucket 

Alhamdulilah... saya kembali lagi.. atau orang putih cakap I'm back!!! (nak jugak cakap omputihkan.. layankan je yekk
amek ko.. garang tak aku nih???

Waduh.. pecah rekod seh dah berbulan-bulan tak meng-update blog.. Seram nih!! haha :)

Aku baru perasan ada stalker tak belakang aku dok tunggu nak kutuk entry aku.. Cilanat kau si bulat kembung!! pegi tido la.. sibuk je nak tersengih-sengih belakang aku ni.. Korang mesti tertanya-tanyakan siapakah gerangan si bulat kembung yang aku maksudkan? (dia paksa aku taip macam ni.. heii!! ini blog akulah,sibuk lagi tau budak ni!!) Tak famous mana pun orangnya,tapi bolehlah tahan en.google kenal jugak kan.. ahhhh.. perasan lagi.. :P

Oiiiiii!!! Ini entry bukan untuk kau ye... Sudah,jangan kasi aku melalut lagi.. shuuu..shuuuuuuuuu~

Banyak nih nak menaip balik.. siap buat list. Amboii.. macam la sempatkan nak post semua entry dalam satu malam ni. InsyAllah,kalau berkesempatan,diberi kekuatan.. dapatlah aku siapkan semua entry untuk tatapan mata korang. ngeh..ngeh..ngeh..~

Wokeh.. start dengan entry pertama!! :))
Photobucket

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Ke-12

Photobucket 
Hari dah genap puasa yang ke-12.. masih lagi berkesempatan untuk berpuasa,Alhamdulilah.. :)
Masih menghitung hari.. dup dap dup dap.. (yihuuuu sebenarnya.. :))

Macam main-main kerja pulak bila datang kerja,lagi-lagi bila layan Kak Yana kat sebelah aku ni.. alahai.. asyik buat lawak jela... sampai penat dah nak ketawa.. Sengal tau minah sorang ni..
Kak Yana.. aku ngumpat kau.. sila baca! hahahahaha~

Si Kak Yus pulak dah start pasang lagu raya,perghhh!! dah macam DJ plak kan,aku layankan jela.. sampai aku hantar pesanan dekat dia..

To : Hot.FM
Saya ingin menyampaikan lagu raya kepada kakak office Yunista (bos dia selalu panggil dia macam tu,padahal nama betul Yusnita,, hehe) saya di Continental dengan ucapan sila pasang lagu raya kuat sikit..
Dari : AdikManja87

hahahahahahaha.. bulan puasa macam ni kalau nak hilangkan ngantuuk = pergi kacau dekat meja orang lain!

Dah... aku nak pi kacau orang lain lak.. (amboiii kau Ainie,lagi nak dekat.. lagi menjadi yeeeeee.. heheheehe)

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...