just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, December 9, 2011

Aku Rasa.................

Aku rasakan,blog ni macam dah kena ada nafas baru.. fresh look orang putih kata. 
Bilakah agaknya aku nak free godeh-godeh,cantik mantik kan blog ku yang tercinta ini. =.="

Aku asyik pinjam gambar dari mr.google je.. Nasib baik mr.google baik hati cantik macam buah anggur :)
Sekian. Terima kasih.
Assalammualaikum

p/s: tengah ligat fikir idea-idea baru....................................
Photobucket

Romantik Ler Tu.....

Assalammualaikum..

Untuk lelaki selamat menunaikan solat Jumaat,untuk perempuan,selamat kembali menatap internet sama macam aku!. Hehehe. Ok,aku tahu.. aku tahu.. ramai pengunjung blog ini terdiri dari kaum yang cantik manis seperti aku! Alhamdulilah :) yeahhhh~ Terima kasih korang. Sayang korang. Romantik kan? kan? haha.

Ni kisah bukan pasal romantik aku sayang korang,korang sayang aku. Ni kisah pasal Mr.F dengan aku yang tak reti/tak tahu nak ucap kata-kata manis umpama romantika de amaor gitu. Romantik dengan kata-kata je ok,dengan perbuatan amatlah DILARANG sama sekali selagi belum dinikahkan. HARAM! Bukan sebab apa pun,cuma aku geli geliman dengan benda-benda yang romantik-romantik ni hah. Tak semua perempuan suka dan tak semua lelaki itu romantik. Take note ok.

Mr.F ni memang suka sakat aku. Sakit hati aku tau. Geram je rasa macam nak bagi flying kick sekali je kat muka dia. Yes,aku garang (dia yang katalah.. tapi memang aku garang pun) Nak tebal macam mana lagi ntah sabar aku dengan perangai dia. Tapi tak setebal lagi sabar dia dengan kerenah aku,aku respect dan hormat dengan dialah wa cakap sama lu! (dah jangan nak kembang sangat eh...........geli,meyampah,meluat!)
Pernah lah aku wish benda-benda yang sayang mayang ni untuk dia dekat blog,itu pun sebab hari lahir dan wish bagi semangat sebab berjaya berhenti merokok. Lelaki ni,kita kadang-kadang kena support dia jugak,bagi semangat dekat dia. Barulah dia lebih berusaha,lebih semangat,tapi untuk Mr.F aku ni,hmmm.. hampeh jela,sekejap je jadinya... =_="

Ok. ok.. nak dijadikan kisah,asyik dia je sakat aku,ni turn aku pulak nak menyakat dia. Mr.F ni memang jenis muka garang,badan pun beso (aku panggil dia Mr.Bear,alaaaa tomeii tomei.. rasakan.. rasakan.. rasakannnnnnn...hahaha!).Mana nak layan jiwang-jiwang ni derrr. Masa tu dalam kereta on the way hantar aku pergi kerja pagi semalam,tiba-tiba tengah syok-syok dengar radio suria,adalah ucapan dari seorang kekasih untuk teman lelakinya :

"sayang,sayang abang. Sayang percayakan abang,jangan abang mendustai hati ini. Cinta sayang hanya untuk abang seorang. I love you so much." - panjang giler sebenarnya ayat dia,ni je yang aku dapat tangkap.

Mr.F pandang aku pelik. Aku pandang balik dengan muka berkerut. Lepas tu berderai ketawa (agaknya fikir benda yang sama kot dengan aku.. geli siak~)
Bukan tak boleh buat macam tu,tapi kadang-kadang orang tak sanggup nak dengar.. hehehe~
Aku bukan kutuk dia,cuma aku geli geliman dengan kejiwangan kasih sayang yang cuba dia sampaikan. Ok,kami faham,dia sayang pakwe dia sangat-sangat. Fullstop.

Aku pulak cakap dekat Mr.F,kalau aku buat macam ni untuk dia dekat radio,mention nama penuh dia,no plat kereta,alamat rumah,apa pendapat dia? hahahahaha.. aku pun geli. Confirm jadi 1 bahan lawak dengan kawan-kawan kalau aku buat betul-betul. Tak tercapai akal dibuatnya. Sambil geling kepala dengan ketawa yang masih bersisa dia jawab(ayat novel sungguh..!) :

"jangan buat benda bukan-bukan yang...."
"ok,sampai office ni orang cari website suria,orang daftarkan eh..just wait and listen je tau sayangku"
hahahahaha~

Aku buat ke? Gila aku nak buat dengan penuh kasih sayang,takde maknanya..banyak cara lain kot leh tunjuk kasih sayang kita kan. Kalau aku nak buat macam ni,kena tunggu time bufday dia ke,aprilfool ke.. baru best prank dia macam tu. Asyik dia je prank aku kan,esok lusa aku nak prank dia pulak.

Mr.Bear,i'll beat you back! Watch-out~

Nanti aku ceritakan pulak pasal aku prank dia dekat public.................
Photobucket

Macam Mana Nak Buat Nuffnang?

Assalammualaikum..

Salam Jumaat! Hehehe.. hari ni aku mulakan balik tutorial aku dengan macam mana nak buat/daftar nuffnang.
Mudah je yang oiiii.. Korang semua mesti ada yang nak cari duit lebih macam aku kan? kan? hehe

1) Mula-mula klik dekat Nuffnang ni.

2) Lepas tu,korang daftar macam yang disuruh. Jawab soalan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami. Jangan guna shortform pulak. Tak pasal-pasal reject kang..

3) Baca langkah-langkah dengan teliti macam mana nak post iklan dari nuffnang ni.
Letak iklan dekat bahagian atas,contohnya begini :
yang aku bulatkan..

Letak iklan dekat bahagia sidebar/bahagian tepi,contohnya begini :
yang aku bulatkan

Letak iklan dekat bahagian bawah post,contohnya begini :
yang aku bulat besar tu contoh iklan..

Ok,kalau semuanya dah. Boleh view blog korang macam mana,ok ke tak?

Aku pun dah tak berapa ingat macam mana cara daftar nuffnang ni,dah lama kan,mana yang aku ingat je aku taip dekat sini. Kalau ada step yang baru,tak dapat lah nak tolongnya.. :(

Adalah diingatkan bahawa tak cepat pun nak dapat income dari nuffnang ni. Korang mesti rajin meng-updated blog,jangan jadi macam aku,bersawang deh lama dah tak update blog.. Kesian i tau... :(

Oleh itu aku akhiri tutorial aku dengan ayat :
" sama-samalah kita bersabar menunggu income dari nuffnang ni " :)

Sekian. Wassalam~
Photobucket

Thursday, December 8, 2011

Buat Duit Dari Nuffnang/Facebook

Assalammualaikum..

Pagi tadi aku dok godeh-godeh internet cari pasal nuffnang ni. Dulu heboh kata buat blog pun boleh dapat duit. Aku pun apa lagi,semangat tu nak mencuba. Cuba punya cuba,dari awal bulan 3 sampailah la laaa ni,satu habuk pun takdaaa.. Sahlah,ini kes kena k*****g lagi aku ni kot (aku cakap dalm hati ler...). Dulu pasal buat duit kat facebook,aku juga yang terkena,tak pasal-pasal dah kena cari modal untuk pulangkan duit sendiri. Aku manalah reti nak susun ayat,pujuk rayu lentuk-lentuk manja untuk suruh orang masukkan duit supaya modal kita dapat dipulangkan kembali. Fail giler! Serius,rasa tertipu sangat-sangat! Aku tak percaya dah MLM ke,kutu mutu ke dan segala apa bentuk benda tak berdaftar ni. So sesiapa yang ada hajat nak suruh aku melabur,minta maaf sesangat.. sorryyyyyyyyyyyyyy to say la,pi main jauh-jauh,jangan dekati aku lagi. Cukup la bf aku pernah terkena dengan jumlah modal yang besar,aku sekali kena tempias.. serik!

Aku bukannya gila duit sangat,tapi nak menambah angka dalam tabung je,mana tahu leh tampung buat belanja kahwin nanti,Alhamdulilahlah kan. Tapi asyik kena tipu je,sedih aku tau.

Ni hah,kita nak cerita pasal nuffnang dari awal tadi. Aku dah giveup dah sebenarnya,tunggu punya tunggu,1sen pun tak nampak lagi dalam akaun (eh.yeke?) hehe. ok ok.. Asyik baca kisah orang dapat duit je,kita tak dapat-dapat gak. Bukan rezeki aku lagi kot. Nak sedapkan hati punya pasal.

TETAPI! tak boleh salahkan nuffnang je sebenarnya,aku sendiri yang kurang aktif meng-updated blog,ape kes????? Memang patut ler pun income tak masuk-masuk. Gigit jari jela tengok income orang lain. Nak buat macam mana kan :

1) Aku kerja sekarang memang agak busy.
2) Meja aku betul-betul membelakangi pintu bilik manager. Sangat tidak strategik!
3) Broadband tak bayar-bayar lagi.

Jadi,macam mana tu? Hmmm...

Mula-mula dah putus asa dah dengan nuffnang ni,hari ni boleh terdetik pulak hati nak buka akaun nuffnang aku yang dah berbulan terbiar dek kerana mengikut hati yang lara.. hahaha! Dan tiba-tiba :


I speechless you all...... hahahaha~ Maknanya adakah nuffnang ini boleh percaya? Aku pun tak sure lagi. Tunggu duit aku masuk,baru aku confirm dengan korang ok?
Yeah... kembali bersemangat! :))

p/s : nanti aku ajar korang macam mana nak nak buat nuffnang ni pada siapa yang kurang faham,yang dah faham jangan kedekut kongsi ilmu ok? :)


Kalau nak try buat iklan nuffnang,klik kat SINI!
Photobucket

Wednesday, December 7, 2011

Online Shopping!

Assalammualaikum semua :)

Manager aku cuti = aku boleh update blog sikit-sikit naaa.. :) rindu nak bercerita dekat pembaca.
Dekat office aku ni tengah gila bershopping dalam internet. Pergh! Lawa-lawa juga aku tengok barang-barang yang dijual dalam internet ni,tapi boleh percaya ke? Tak mahal ke?

Kisah 1 :
Officemate beli baju. Dapat seperti yang diharapkan. Tetapi bila dah cuba,dia pulak kurang puas hati. Susah juga beli dulu tanpa mencuba,kan?
Kisah 2 :
Officemate beli baju. Tidak dapat seperti yang diharapkan. Nampak sangat penjual tak jujur. Susah juga beli tanpa melihat secara depan-depan,kan?
gambar hiasan.. baju bukan untuk dijual,model pun bukan untuk dijual :P

Moral of the story :
Nak beli boleh,tapi kena selidik dulu latar belakang customer atau perniagaan yang dijalankan. Adakah baik/bagus/bermutu dan menepati piawaian.. Oleh itu,silalah jadi pengguna yang bijak dan teliti sebelum membeli sesuatu. Bagi penjual,janganlah menipu,nak untung je lebih,hati customer kena jaga loooo.. Customer tak puas hati,tak berkat perniagaan anda kan?

Dalam gambar semua nampak cantik,tapi aku masih ragu-ragu. Nak beli ke tak nak.. Dua kisah yang terjadi dalam masa 2 minggu ni,betul-betul buat aku kecut perut. Baru nak mencuba beli barang dalam talian ni,tup tup...... simpati juga dengan mereka,agak mahal tuh.. fiuh~

Aku ada tengok-tengok barang yang sesuai untuk dibuat hantaran  hadiah,maklumlah nak lain daripada yang lainkan,kenalah rajin mencari. Tarikh pun tinggal berapa hari je,1 barang pun tak prepare lagi,barulah aku tahu macam mana stressnya bakal pengantin nak kejar masa. 

Apa korang senyum-senyum?? Aku nak kahwin??? Eh,bila masa? Siapa yang cakap? Memandai-mandai je korang ni ye,kan aku potong tulisan hantaran dengan bakal pengantin tu.. eleh,propa je kan aku ni. hahahahaha! (ok sekarang doa kan kami semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih sayanggggggggggggg!) Tak mahu cakap lebih-lebih. Tettt!

Minggu ni aku nak pi cari kasut,dah lama seh tak cuci mata tengok kasut. Teringin sangat nak design kasut sendiri. Hoyeah~.....................

harap maklum ye semua,aku memang HANTU kasut..!

Jap,ada urgent job perlu diselesaikan dulu... adios amigos bebeh!

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...