just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, December 7, 2011

Online Shopping!

Assalammualaikum semua :)

Manager aku cuti = aku boleh update blog sikit-sikit naaa.. :) rindu nak bercerita dekat pembaca.
Dekat office aku ni tengah gila bershopping dalam internet. Pergh! Lawa-lawa juga aku tengok barang-barang yang dijual dalam internet ni,tapi boleh percaya ke? Tak mahal ke?

Kisah 1 :
Officemate beli baju. Dapat seperti yang diharapkan. Tetapi bila dah cuba,dia pulak kurang puas hati. Susah juga beli dulu tanpa mencuba,kan?
Kisah 2 :
Officemate beli baju. Tidak dapat seperti yang diharapkan. Nampak sangat penjual tak jujur. Susah juga beli tanpa melihat secara depan-depan,kan?
gambar hiasan.. baju bukan untuk dijual,model pun bukan untuk dijual :P

Moral of the story :
Nak beli boleh,tapi kena selidik dulu latar belakang customer atau perniagaan yang dijalankan. Adakah baik/bagus/bermutu dan menepati piawaian.. Oleh itu,silalah jadi pengguna yang bijak dan teliti sebelum membeli sesuatu. Bagi penjual,janganlah menipu,nak untung je lebih,hati customer kena jaga loooo.. Customer tak puas hati,tak berkat perniagaan anda kan?

Dalam gambar semua nampak cantik,tapi aku masih ragu-ragu. Nak beli ke tak nak.. Dua kisah yang terjadi dalam masa 2 minggu ni,betul-betul buat aku kecut perut. Baru nak mencuba beli barang dalam talian ni,tup tup...... simpati juga dengan mereka,agak mahal tuh.. fiuh~

Aku ada tengok-tengok barang yang sesuai untuk dibuat hantaran  hadiah,maklumlah nak lain daripada yang lainkan,kenalah rajin mencari. Tarikh pun tinggal berapa hari je,1 barang pun tak prepare lagi,barulah aku tahu macam mana stressnya bakal pengantin nak kejar masa. 

Apa korang senyum-senyum?? Aku nak kahwin??? Eh,bila masa? Siapa yang cakap? Memandai-mandai je korang ni ye,kan aku potong tulisan hantaran dengan bakal pengantin tu.. eleh,propa je kan aku ni. hahahahaha! (ok sekarang doa kan kami semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih sayanggggggggggggg!) Tak mahu cakap lebih-lebih. Tettt!

Minggu ni aku nak pi cari kasut,dah lama seh tak cuci mata tengok kasut. Teringin sangat nak design kasut sendiri. Hoyeah~.....................

harap maklum ye semua,aku memang HANTU kasut..!

Jap,ada urgent job perlu diselesaikan dulu... adios amigos bebeh!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...