just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, December 28, 2011

Alhamdulilah...

Photobucket 
It is not finish yet.. hahahahaha.

Tapi untuk event kedua terbesar dalam hidup aku,akhirnya berjalan dengan lancar.
Alhamdulilah. Semoga apa yang aku rancang diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Aminnnnn~

Lepas ni nak kena lebih gigih mencari duit. Macam-macam nak kena bayar. Plus hutang-menghutang lagi. Huhuhuhuhu...................................................................

Come on Ainie,you can do it! yeah~

And last but not least : Diharap anda yang sudi membaca blog ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami. Terima kasih tak terhingga. Hanya Allah yang mampu membalasnya. :)

Photobucket 

Tuesday, December 20, 2011

Kisah Semalam!

Photobucket
Ini kisah bersambung pasal semalam.
Ala entry yang aku tulis konon dug dag dug dag tu ler.. geli je kan? hahaha
Eleh.. biarlah.. ada korang kisah ke?? :P
Ok. ok ok... Jangan kutuk i lebih-lebih,dosheerrrr tau..

Semalam macam mana eh? Korang nak tahu ke? Alaaa.. ngada-ngada sungguh aku ni,gedik meh..
Nak cerita-cerita pulak,macamlah ada orang berminat nak baca.. kan kan kannnnn??? Siapalah saya ni kan,seorang manusia biasa je (ayat poyozzzzzzzzzzzzzz sungguh!)
Dah,abaikan aku yang mengada-ngada ni....

Semalam ok-ok je. Jumpa pun just nak tanya macam mana. Dorang nak merisik dulu,then baru putuskan tarikh. Seram sejuk tu jangan cakaplah,macam orang nak pergi interview apa ntah. Orang tu relax je,aku yang mengelabah tak tentu pasal. Off cause lah ok! Aku memang ada penyakit nervous gila,bila berada dalam satu situasi yang tak munasabah pun aku leh nervous,hatta nak pergi beli barang dekat kedai depan rumah je! Pelik ke idak tu? ish ish ishhhhh... Itu baru nak ke dai beli barang,kalau nak bersanding depan orang ramai? Oh no!!!
Ini kisah betul,tak tipu

Tak lama pun dekat rumah makcik Mr.Bear tu. Aku ingatkan macam nak kena jawab kertas exam,rupanya ujian lisan je. hehehe.. Nasib baik. Aku tak tahu nak bawak buah tangan apa,last-last Mr.Bear beli mutabak daging,jadi ler kan dari takde kasi apa-apa.

Makcik dia kasi cincin pusaka arwah mak Mr.Bear suruh aku pakai. Sekali besar daaaa... balik ni terpaksa pergi kedai emas,nak suruh kecikkan sikit cincin tu. Malu-malu tau i nak terima cincin tu semalam.. miaw miaw.. ^_^v

Lepas je balik dari rumah makcik Mr.Bear,sampai rumah,selesaikan solat,aku apa lagi,terus panaskan gam tembak. Akhirnya siap jugaklah sikit hantaran tu. Aku tengok jam,ok.... dah pukul 12.30am!

So,hari ni..... aku sangat mengantuk!

Photobucket

Monday, December 19, 2011

Hatiku Ber-dug-dag Dug-dag!

Photobucket
Hati aku sekarang macam ni :
Sekejap kencang! (pergh,ayat! takleh tahan seh..) Sekejap perlahan..Sekejap lagi kencang balik,lepas tu makin nak malam,makin berdebar-debar.. Mahu taknya,makcik Mr.Bear nak jumpa aku la pulak malam ni. Katanya sesi suai kenal.
OMG!
Sangat tak ready lagi ok? Kenapa makcik dia? Kenapa bukan parents dia? Untuk makluman korang,Mr.Bear dah kehilangan kedua ayahanda dan bonda tercinta,dah berapa lama tu tak sure pulak aku,sekarang Mr.Bear anak yatim piatu.Jadi makcik dan pakcik dia lah orang yang paling layak nak uruskan hal-hal kahwin ni.Sebelum tu,sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat kedua orang tua Mr.Bear. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik korang. Terima kasih tak terhingga :)

Ok.. ok.. ok.. Apa nak buat ni ek? Nak pakai baju apa ek? Tudung apa? Seluar ke baju kurung ek? Nak bawak buah tangan ke? Makcik dia makan buah apa pulak ek?
Ah.. Beria benor aku ni napenye? hehehe.. Relax je sudah. Aku bukan apa,memang 1st time jumpa makcik dia yang ini,makcik-makcik yang lain dah jumpa dah. So far so good,just hope anything will be smooth and getting better tonight. Amin.

Dah lah barang pun tak habis beli lagi ni. Ingatkan balik ni nak terus beli barang then decreate semua. Rupanya,ada perkara lain jugak yang melencong. Biasalahkan,kita hanya merancang,hanya Allah SWT sahaja yang menentukannya. Tapi takpelah,lepas balik rumah makcik Mr.Bear nanti baru aku start decreate. Tangan dah tak sabar-sabar dah ni nak menampal sana sini. Sebab barang semua dah ada,tunggu nak duduk dan mula! hehe.. Excited gilerrrrrrrrr. hahahaha!

 p/s : hari ni stokin aku koyak ler pulak,nasib leh sorok............................................................... =_="
Photobucket 

Thursday, December 15, 2011

Tabah Dan Sabarlah Wahai Hati.....................

Assalammualaikum.

Semoga anda yang sudi membaca,turut bersimpati dan mendoakan untuk aku,sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan rahmat dari Allah SWT. Amin................................ 
Hari ni,pagi-pagi lagi memang aku dah takde mood. Dari dalam kereta lagi air mata nak tumpah je. Sampai office keluar air mata sikit,cepat-cepat aku lap,kang orang nampak,segan je..
Tak tahulah nak cakap apa,tapi memang mood aku down sungguh hari ni. Banyak betul dugaan walaupun tak seteruk dugaan untuk orang lain. Tapi dah cukup buat hati aku hiba lagi. Hiba yang lepas pun tak reda lagi,datang lagi hiba baru. Allahuakbar. Hebatnya dugaan untuk jadi manusia yang sabar. Aku sentiasa kalah,bilalah agaknya nak menang dalam perjuangan yang penuh dengan kesabaran ni ek? Mesti seronok sangat. Masa taip ni pun air mata sibuk nak tumpah sama,adeiiii... mana boleh,dekat office nanti orang nampak,so cover lagi.. kipas-kipas muka tu. Huuuuuu..................
Bila diduga tak henti macam ni,teringat dekat dosa-dosa yang aku dah buat. Sangat banyak. Macam pasir pantai... Ini baru balasan didunia,belum diakhirat lagi. Nauzubillah. T_T
"Ya Allah... Jauhkanlah aku dan kedua ibu bapaku serta ahli keluargaku dari api nerakaMu...."

"Ya Allah.. Jika sesuatu yang ku mohon kepadaMu,adalah baik untuk ku.. Maka permudahkanlah ia untukku,dekatkanlah ia denganku dan dapatkanlah ia buatku...."
"dan Ya Allah.. Jika ia tidak baik untuk ku,maka jauhkanlah ia dari ku dan rahmati serta berkatilah diriku...."
"Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku,berikanlah aku pertunjukMu. Sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa diatas sesuatu."
" Aminnnnnnnnn........."
Photobucket

Wednesday, December 14, 2011

bX-l4u1mh ?

bX-l4u1mh ?

Mende ni??? Tiba-tiba pulak  dok muncul dekat design area blog? Ah sudah..

Blogspot error jap. Rasanya ramai kot yang kena. Ce tengok link ini ... 
Aku pun tak tahu nak cakap ape,sebab masih blur-blur lagi plus kepala pun pening pulak... adeiiii :(

Dah,jangan kalut sangat,nanti blogspot fix la balik.. harap-harap secepat mungkin.. =_="
Photobucket

Kisah Yang Lepas....

Assalammualaikum..

Ini kisah yang lepas,takdelah lepas sangat pun,sekitar 3/12/2011 dan 9/12/2011 kelmarin. Saja je nak cerita,hari yang paling entah ek,antara best atau tidak,apa kata anda yang tentukan? hahaha.. apa jadah,aku yang lalui,korang pulak yang tentukan,buang tebiat ke apa aku ni?

3/12/2011 bersamaan hari sabtu aku ada kenduri kahwin bestfriend aku time sekolah teknik dulu-dulu. Rumah dia dekat Shah Alam. Ada gambarnya tapi sila tengok dalam facebooklah eh mana yang ada facebook aku tu,kalau takde,harap maaf sangat-sangat,bukan taknak approve,tapi sekarang facebook saya agak privacy buat kenalan yang dikenali. Yang tidak dikenali,takpe,blog kan ada? :)) (lagipun facebook aku dah lama tak updated) aku sekarang nak bercerita pasal Icity. Dah alang-alang datang Shah Alam,apa lagi,moh la kita pergi Icity. Yang orang dok kata best woooo.. Best ke bagi aku? Jap tengah fikir.
Sekali masuk charge 1 kenderaan rm10 start pukul 6pm kalau tak silap aku. Nak keluar bila,ikut suka hati. Nak berkampung dekat dalam tu pun,tidak ada masalah tetapi sila keluar sebelum pukul 6am kot. Maknanya disini,boleh berada disitu dari pukul 6pm-6am.Eh yeke? So apa pulak boleh keluar ikut suka hati ni? Ah sudah. Pening sendiri. Hahahaha~ Abaikan. Nak masuk situ boleh tahan jammed yang gila. Aku pergi dengan Mr. Bear plus adik-adik aku yang sikit-sikit nak main games dekat ipod,walaupun dia tahu,ipod tu tengah dicharging setelah kehabisan bateri kerana digunakan oleh MEREKA jugak! Ceh..........
Dari dalam kereta,aku cuba cari apa kelebihan Icity yang digembar gemburkan. Bukan nak kondem,tapi aku rasa ia taklah sehebat mana,sekadar indah khabar dari rupa. Bagi budak-budak,segelintir remaja mungkin sukalah,untuk photographer mungkin juga. Sekadar biasa-biasa je. Bolehlah. Itu yang aku akan jawab kalau orang tanya best ke Icity tu? SnowWalk? Ok. Mr.Bear suka walaupun mahal ( ............=_="). Tetap tak boleh tanding SnowHouse dekat The Mines Wonderland satu ketika dulu. Sekarang dah renovated jadi The Mines je. Aku pun tak tahu kenapa ditutup. Tapi bagi aku,itu tempat yang best jugak lah dekat KL time itu.

Makanan dekat Icity? Mahal. Standard lah kan,nak makan beli,tak nak makan,tak payah beli. Jangan nak complain mahal atau tidak (terasa diri sendiri tau..........). Kiteorang masuk SnowWalk yang dalam iklan tu macam best je. Bila dah masuk......................hmmm. Kan dah cakap tidak boleh setanding SnowHouse dekat The Mines Wonderland dulu tu. Aku memang jenis tak tahan sejuk. Makin dalam masuk,makin sejuk sebab aircond betul-betul sebelah kita,tak covered dengan apa pun. So nampak sangat macam buatan. Bukan ke dorang patut cover aircond tu jangan nampak sangat dari mana datang sejuknya walaupun orang semua tahu ia adalah buatan semata-mata? LMAO!

Bila dah penat berjalan,waktu pun dah nak dekat pukul 12am. Nak bayar tiket dekat "mesin autopay". Astagfirullah. Punyalah berjela orang beratur. Serius. Memang melopong mulut kiteorang bila tengok orang que panjang macam tu. Mata dahlah mengantuk nak tak nak,terpaksalah menunggu jugak. Tapi yang peliknya,kata mesin autopay,tapi kenapa ada orang (pekerja Icity) dekat depan mesin tu. Tolong orang masukkan tiket dan duit. Motif? Baik dia letak kaunter dan pekerja je dekat situ,tak payah sewa mesin autopay mahal-mahal,kan? Tak pun,siap-siap ambil duit masa orang nak masuk Icity,boleh elak jammed yang melampau kot kalau nak keluar. Ini tidak,dahlah orang beratur punyalah panjang sampai ke jalan raya + kereta nak keluar lagi = pengurusan yang failed!

Time bayar tiket dah bengang,ni nak keluar dari Icity,lagilah kiteorang bengang. Bila nak masuk,punyalah banyak pekerja dia handle tempat parking. Bila nak keluar,sekor pun tak nampak. Padahal memang jammed teruk kot. Hampir 1jam stuck nak keluar parking je tau. Failed lagi! Rasanya ramai marah sangat,last-last buat jalan keluar sendiri. Ikut jalan belakang tembus keluar dekat depan UITM. Tak payah pulangkan tiket balik. Kalaulah kiteorang tahu ada jalan belakang,taknak bayar pun parking tu. Buat penat je beratur lama-lama. Huh! Takde pulak gambar tiket nak tunjuk (jakun seh). Dan kalau orang ajak lagi pergi Icity,aku jawab "takpelah,bukannya best sangat,banyak habiskan masa dalam kereta adalah"

9/12/2011 bersamaan hari jumaat. Aku dengan Mr.Bear lepas balik kerja,kami pergi makan dekat sayam. Apa tu sayam? Kedai makan la,takkan perpustakaan pulak. Tengah dok sedap-sedap makan dengan tudung dah berserabut,tiba-tiba mata aku dengan mata abang Hattan bertembung. Mula-mula aku tak cam sangat,lepas dah jenuh fikir macam pernah nampak brader ni,oh.. laaaa.. Hattan rupanya. Lepas tu Mr.Bear pun menyampuk,"tu Hattan dengan kumpulan kristal...".. sempat lagi tu.. hehehe
Ada makcik @ akak (aku tak pasti nak panggil yang mana satu.. jahat giler... hahaha) dengan kawan dia duduk sebelah meja dengan artis-artis tu. Makcik tu duduk sebelah Rody kristal. Amboiiii.. siap suruh kawan dia tangkapkan gambar pulak sembunyi-sembunyi. Aku dengan Mr.Bear nak tergelak pun ada. Yang bini Hattan tu dok pakai hud je walaupun dalam kedai makan. Erk? Perlu ke? Nak cover mendenya kak oiii,orang kenal laki kau je,mintak autograph laki kau je,jangan risaulah,orang tak serbu kau punya (tiba-tiba mulut lazerrrrr ni dah kenapa? dah jadi blog gosip ler pulak) Abang Hattan dan isteri,jangan amik hati naa.. Maaf dipohon :)

Oleh itu,maknanya gosip Hattan bercerai tu tak betullah kan sebab dia masih dengan bini dia lagi....... baguslah kalau macam tu. Manusia ni macam-macam jenis mulutnya. Sabar jela. Apa-apa jela,aku bukan nak tahu sangat pun pasal artis-artis ni..

Nak stop dulu,kepala tiba-tiba pening sangat. Terbantut nak cerita panjang lebar lagi :(
Photobucket

Tuesday, December 13, 2011

Dah Mula Stress Ni.... :(

Assalammualaikum...

Hari tu aku ada tulis entry untuk cantik-cantikkan blog aku yang serba kekurangan ni kan? Nampaknya belum berkesempatanlah.. Agak busy minggu ini dan minggu depan lagi lah super busy! Kepala aku ni tengah kusut sebenarnya,satu benda pun aku tak siapkan lagi untuk event kedua terpenting dalam hidup aku yang tak lama je lagi.. Adusssss.. gi mana ni sih? Kepala ni dah macam takde tempat lagi nak digaru-garu kerana kegatalan yang tidak pasti sama ada gatal atau tidak. Ok,pening! Dengan budget yang kadang-kadang lari,ditambah dengan nafsu "setan" yang mengoda bila nampak benda cantik,semuanya nak dibeli oiiiiiiii! Agak-agaklah beb,kadang-kadang dah menyampah nak nasihatkan diri sendiri ni hah......
Hurmmm.. kena ada tips ni untuk bantu bakal-bakal or bride-to-be handle stress dorang.. Eleh,sendiri punya stress tak ter-handle,ada hati lembu dan ayam pulak nak bantu orang lain.. podahcit~ muahahahaha...
Ok,
Aku pening.. aku pening.......................................................!
Kalau aku nak kawal stress aku,aku suka tengok benda-benda yang kiut miut ni... Ohoiiiiiiiiii.. Meh hilangkan stress sat..
ini adalah monyet yang paling kecil dalam dunia.. apetah nama dia,aku ada google gambar lain.. olololooooo.. comel bangat! :)

Ok,sekarang start fokus benda yang penting ni. Fokus Ainie.. Fokussssssssss.. (sambil buat muka serius,mata tajam pandang monitor)

5 saat berlalu....................

Alaaaaa.. 1 apa tak siap lagi ni..... macam mana? macam manaaaaaa????? Tolong............................!

Ok,Stress balik.

p/s: cuba kira ada berapa banyak "OK" dalam entry kali ini...ngeh ngeh ngehhhh~
Photobucket

Friday, December 9, 2011

Aku Rasa.................

Aku rasakan,blog ni macam dah kena ada nafas baru.. fresh look orang putih kata. 
Bilakah agaknya aku nak free godeh-godeh,cantik mantik kan blog ku yang tercinta ini. =.="

Aku asyik pinjam gambar dari mr.google je.. Nasib baik mr.google baik hati cantik macam buah anggur :)
Sekian. Terima kasih.
Assalammualaikum

p/s: tengah ligat fikir idea-idea baru....................................
Photobucket

Romantik Ler Tu.....

Assalammualaikum..

Untuk lelaki selamat menunaikan solat Jumaat,untuk perempuan,selamat kembali menatap internet sama macam aku!. Hehehe. Ok,aku tahu.. aku tahu.. ramai pengunjung blog ini terdiri dari kaum yang cantik manis seperti aku! Alhamdulilah :) yeahhhh~ Terima kasih korang. Sayang korang. Romantik kan? kan? haha.

Ni kisah bukan pasal romantik aku sayang korang,korang sayang aku. Ni kisah pasal Mr.F dengan aku yang tak reti/tak tahu nak ucap kata-kata manis umpama romantika de amaor gitu. Romantik dengan kata-kata je ok,dengan perbuatan amatlah DILARANG sama sekali selagi belum dinikahkan. HARAM! Bukan sebab apa pun,cuma aku geli geliman dengan benda-benda yang romantik-romantik ni hah. Tak semua perempuan suka dan tak semua lelaki itu romantik. Take note ok.

Mr.F ni memang suka sakat aku. Sakit hati aku tau. Geram je rasa macam nak bagi flying kick sekali je kat muka dia. Yes,aku garang (dia yang katalah.. tapi memang aku garang pun) Nak tebal macam mana lagi ntah sabar aku dengan perangai dia. Tapi tak setebal lagi sabar dia dengan kerenah aku,aku respect dan hormat dengan dialah wa cakap sama lu! (dah jangan nak kembang sangat eh...........geli,meyampah,meluat!)
Pernah lah aku wish benda-benda yang sayang mayang ni untuk dia dekat blog,itu pun sebab hari lahir dan wish bagi semangat sebab berjaya berhenti merokok. Lelaki ni,kita kadang-kadang kena support dia jugak,bagi semangat dekat dia. Barulah dia lebih berusaha,lebih semangat,tapi untuk Mr.F aku ni,hmmm.. hampeh jela,sekejap je jadinya... =_="

Ok. ok.. nak dijadikan kisah,asyik dia je sakat aku,ni turn aku pulak nak menyakat dia. Mr.F ni memang jenis muka garang,badan pun beso (aku panggil dia Mr.Bear,alaaaa tomeii tomei.. rasakan.. rasakan.. rasakannnnnnn...hahaha!).Mana nak layan jiwang-jiwang ni derrr. Masa tu dalam kereta on the way hantar aku pergi kerja pagi semalam,tiba-tiba tengah syok-syok dengar radio suria,adalah ucapan dari seorang kekasih untuk teman lelakinya :

"sayang,sayang abang. Sayang percayakan abang,jangan abang mendustai hati ini. Cinta sayang hanya untuk abang seorang. I love you so much." - panjang giler sebenarnya ayat dia,ni je yang aku dapat tangkap.

Mr.F pandang aku pelik. Aku pandang balik dengan muka berkerut. Lepas tu berderai ketawa (agaknya fikir benda yang sama kot dengan aku.. geli siak~)
Bukan tak boleh buat macam tu,tapi kadang-kadang orang tak sanggup nak dengar.. hehehe~
Aku bukan kutuk dia,cuma aku geli geliman dengan kejiwangan kasih sayang yang cuba dia sampaikan. Ok,kami faham,dia sayang pakwe dia sangat-sangat. Fullstop.

Aku pulak cakap dekat Mr.F,kalau aku buat macam ni untuk dia dekat radio,mention nama penuh dia,no plat kereta,alamat rumah,apa pendapat dia? hahahahaha.. aku pun geli. Confirm jadi 1 bahan lawak dengan kawan-kawan kalau aku buat betul-betul. Tak tercapai akal dibuatnya. Sambil geling kepala dengan ketawa yang masih bersisa dia jawab(ayat novel sungguh..!) :

"jangan buat benda bukan-bukan yang...."
"ok,sampai office ni orang cari website suria,orang daftarkan eh..just wait and listen je tau sayangku"
hahahahaha~

Aku buat ke? Gila aku nak buat dengan penuh kasih sayang,takde maknanya..banyak cara lain kot leh tunjuk kasih sayang kita kan. Kalau aku nak buat macam ni,kena tunggu time bufday dia ke,aprilfool ke.. baru best prank dia macam tu. Asyik dia je prank aku kan,esok lusa aku nak prank dia pulak.

Mr.Bear,i'll beat you back! Watch-out~

Nanti aku ceritakan pulak pasal aku prank dia dekat public.................
Photobucket

Macam Mana Nak Buat Nuffnang?

Assalammualaikum..

Salam Jumaat! Hehehe.. hari ni aku mulakan balik tutorial aku dengan macam mana nak buat/daftar nuffnang.
Mudah je yang oiiii.. Korang semua mesti ada yang nak cari duit lebih macam aku kan? kan? hehe

1) Mula-mula klik dekat Nuffnang ni.

2) Lepas tu,korang daftar macam yang disuruh. Jawab soalan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami. Jangan guna shortform pulak. Tak pasal-pasal reject kang..

3) Baca langkah-langkah dengan teliti macam mana nak post iklan dari nuffnang ni.
Letak iklan dekat bahagian atas,contohnya begini :
yang aku bulatkan..

Letak iklan dekat bahagia sidebar/bahagian tepi,contohnya begini :
yang aku bulatkan

Letak iklan dekat bahagian bawah post,contohnya begini :
yang aku bulat besar tu contoh iklan..

Ok,kalau semuanya dah. Boleh view blog korang macam mana,ok ke tak?

Aku pun dah tak berapa ingat macam mana cara daftar nuffnang ni,dah lama kan,mana yang aku ingat je aku taip dekat sini. Kalau ada step yang baru,tak dapat lah nak tolongnya.. :(

Adalah diingatkan bahawa tak cepat pun nak dapat income dari nuffnang ni. Korang mesti rajin meng-updated blog,jangan jadi macam aku,bersawang deh lama dah tak update blog.. Kesian i tau... :(

Oleh itu aku akhiri tutorial aku dengan ayat :
" sama-samalah kita bersabar menunggu income dari nuffnang ni " :)

Sekian. Wassalam~
Photobucket

Thursday, December 8, 2011

Buat Duit Dari Nuffnang/Facebook

Assalammualaikum..

Pagi tadi aku dok godeh-godeh internet cari pasal nuffnang ni. Dulu heboh kata buat blog pun boleh dapat duit. Aku pun apa lagi,semangat tu nak mencuba. Cuba punya cuba,dari awal bulan 3 sampailah la laaa ni,satu habuk pun takdaaa.. Sahlah,ini kes kena k*****g lagi aku ni kot (aku cakap dalm hati ler...). Dulu pasal buat duit kat facebook,aku juga yang terkena,tak pasal-pasal dah kena cari modal untuk pulangkan duit sendiri. Aku manalah reti nak susun ayat,pujuk rayu lentuk-lentuk manja untuk suruh orang masukkan duit supaya modal kita dapat dipulangkan kembali. Fail giler! Serius,rasa tertipu sangat-sangat! Aku tak percaya dah MLM ke,kutu mutu ke dan segala apa bentuk benda tak berdaftar ni. So sesiapa yang ada hajat nak suruh aku melabur,minta maaf sesangat.. sorryyyyyyyyyyyyyy to say la,pi main jauh-jauh,jangan dekati aku lagi. Cukup la bf aku pernah terkena dengan jumlah modal yang besar,aku sekali kena tempias.. serik!

Aku bukannya gila duit sangat,tapi nak menambah angka dalam tabung je,mana tahu leh tampung buat belanja kahwin nanti,Alhamdulilahlah kan. Tapi asyik kena tipu je,sedih aku tau.

Ni hah,kita nak cerita pasal nuffnang dari awal tadi. Aku dah giveup dah sebenarnya,tunggu punya tunggu,1sen pun tak nampak lagi dalam akaun (eh.yeke?) hehe. ok ok.. Asyik baca kisah orang dapat duit je,kita tak dapat-dapat gak. Bukan rezeki aku lagi kot. Nak sedapkan hati punya pasal.

TETAPI! tak boleh salahkan nuffnang je sebenarnya,aku sendiri yang kurang aktif meng-updated blog,ape kes????? Memang patut ler pun income tak masuk-masuk. Gigit jari jela tengok income orang lain. Nak buat macam mana kan :

1) Aku kerja sekarang memang agak busy.
2) Meja aku betul-betul membelakangi pintu bilik manager. Sangat tidak strategik!
3) Broadband tak bayar-bayar lagi.

Jadi,macam mana tu? Hmmm...

Mula-mula dah putus asa dah dengan nuffnang ni,hari ni boleh terdetik pulak hati nak buka akaun nuffnang aku yang dah berbulan terbiar dek kerana mengikut hati yang lara.. hahaha! Dan tiba-tiba :


I speechless you all...... hahahaha~ Maknanya adakah nuffnang ini boleh percaya? Aku pun tak sure lagi. Tunggu duit aku masuk,baru aku confirm dengan korang ok?
Yeah... kembali bersemangat! :))

p/s : nanti aku ajar korang macam mana nak nak buat nuffnang ni pada siapa yang kurang faham,yang dah faham jangan kedekut kongsi ilmu ok? :)


Kalau nak try buat iklan nuffnang,klik kat SINI!
Photobucket

Wednesday, December 7, 2011

Online Shopping!

Assalammualaikum semua :)

Manager aku cuti = aku boleh update blog sikit-sikit naaa.. :) rindu nak bercerita dekat pembaca.
Dekat office aku ni tengah gila bershopping dalam internet. Pergh! Lawa-lawa juga aku tengok barang-barang yang dijual dalam internet ni,tapi boleh percaya ke? Tak mahal ke?

Kisah 1 :
Officemate beli baju. Dapat seperti yang diharapkan. Tetapi bila dah cuba,dia pulak kurang puas hati. Susah juga beli dulu tanpa mencuba,kan?
Kisah 2 :
Officemate beli baju. Tidak dapat seperti yang diharapkan. Nampak sangat penjual tak jujur. Susah juga beli tanpa melihat secara depan-depan,kan?
gambar hiasan.. baju bukan untuk dijual,model pun bukan untuk dijual :P

Moral of the story :
Nak beli boleh,tapi kena selidik dulu latar belakang customer atau perniagaan yang dijalankan. Adakah baik/bagus/bermutu dan menepati piawaian.. Oleh itu,silalah jadi pengguna yang bijak dan teliti sebelum membeli sesuatu. Bagi penjual,janganlah menipu,nak untung je lebih,hati customer kena jaga loooo.. Customer tak puas hati,tak berkat perniagaan anda kan?

Dalam gambar semua nampak cantik,tapi aku masih ragu-ragu. Nak beli ke tak nak.. Dua kisah yang terjadi dalam masa 2 minggu ni,betul-betul buat aku kecut perut. Baru nak mencuba beli barang dalam talian ni,tup tup...... simpati juga dengan mereka,agak mahal tuh.. fiuh~

Aku ada tengok-tengok barang yang sesuai untuk dibuat hantaran  hadiah,maklumlah nak lain daripada yang lainkan,kenalah rajin mencari. Tarikh pun tinggal berapa hari je,1 barang pun tak prepare lagi,barulah aku tahu macam mana stressnya bakal pengantin nak kejar masa. 

Apa korang senyum-senyum?? Aku nak kahwin??? Eh,bila masa? Siapa yang cakap? Memandai-mandai je korang ni ye,kan aku potong tulisan hantaran dengan bakal pengantin tu.. eleh,propa je kan aku ni. hahahahaha! (ok sekarang doa kan kami semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih sayanggggggggggggg!) Tak mahu cakap lebih-lebih. Tettt!

Minggu ni aku nak pi cari kasut,dah lama seh tak cuci mata tengok kasut. Teringin sangat nak design kasut sendiri. Hoyeah~.....................

harap maklum ye semua,aku memang HANTU kasut..!

Jap,ada urgent job perlu diselesaikan dulu... adios amigos bebeh!

Photobucket

Thursday, December 1, 2011

LOVE Story 1 :

Bukan kisah cinta aku ok.. dah mention awal-awal lagi ni,sampai salam pun tak menyempat nak bagi,

Assalammualaikum~ :)

Ini kisah khas aku buat merpati dua sejoli yang aku memang rasa mereka patut bersama,dan sekarang rasanya sudah bersama.. yahoooooo! tumpang happy buat mereka berdua.

Dari awal-awal lagi aku dah agak yang si gadis memang ada hati dekat si jejaka. Tetapi si jejaka berulang kali menidakkan perasaan yang mungkin tak akan wujud antara mereka. KATA SI JEJAKA LAA..
Mereka kenal memang dah lama,aku kenal si jejaka ni pun secara tak langsung je. So,aku kenal si jejaka tapi tak kenal si gadis. Tapi dari cerita si jejaka,aku dapat kenal sikit demi sedikit pasal si gadis in 1 word : kawan perempuan yang terlalu baik untuk seorang lelaki.

Eventhough  korang semua tahukan lelaki solo dan perempuan solo tak sesuai jadi KAWAN BAIK despite mereka kata mereka adalah kawan baik. Kisah benar. Kalau ada pun,mungkin 2:10,setuju?

Oklah,dengan istilah kawan baik,mereka berceritalah itu ini,saling bertukar cerita dan saling mengatur pendapat. Mostly about love problems. Sweetkan? :) Ramai di antara teman mereka cadangkan mereka bersama je sebab dua-dua tak habis-habis dengan masalah cinta,tapi si jejaka tetap dengan ego tinggi melangitnya. Mereka boleh hanya sekadar kawan baik.

Dan si gadis tak putus-putus menunjukkan sikap caringnya dekat si jejaka. Kawan baik punya pasal.

Aku juga perempuan dan aku tahu kadang-kadang perempuan memang akan lebih-lebihan dalam mengambil berat sebab perasaan suka itu dah wujud dalam hati dia. Keras-keras kerak nasi,hari-hari kena titis air,lama-lama lembut juga kan?

Mungkin dah tertulis kisah cinta itu untuk mereka. Akhirnya mungkin si jejaka dah melamar si gadis untuk mengisi kekosongan hatinya sebab sebelum berputik sayang dekat si gadis ni,seboleh-boleh si jejaka cakap dia tak mungkin akan bercinta lagi selepas crush dengan seorang minah yang dia cop si pembohong (mangsa teraniaya.. hahaha! ini plak kisah lain,ada masa aku story ok?)

Tapi tup-tup dalam masa tak sampai 5 bulan,kurang lagi kot,aku rasalah,dah post "i'm in love"..pulak dah!  kat mana? offcauselah dalam fb! Laman sesawang sosial yang terlalu cepat menyebarkan khabar berita masa kini. kan? kan??? elehhhhhh...................
Baguslah kalau macam tu keadaan mereka sekarang. Yes,aku tumpang happy,doa aku buat mereka tetap ada. Moga yang terbaik buat mereka,dah terlalu banyak terseksa kata mereka,so sekarang apa tunggu lagi mungkin kebahagian terbentang luas buat mereka.

Mungkin mereka terus macam ni :

Dan akan terus dapat ni :
(aduh sweetnya moment ni..............)

Dan mungkin akan terus :
bahagia hingga akhir hayat :)

Buat si gadis : Tahniah,akhirnya si jejaka dapat di takluki.. hahaha! Good job!

Buat si jejaka : Jangan terlalu ego. Tak semestinya yang ada depan mata bukan untuk kita.

p/s : ape hubung kait aku dengan si jejaka? kawan BIASA ok,bukan kawan BAIK. Biasa dan baik beza tu ye kawan-kawan.. hahaha!
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...