just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, March 16, 2012

Dugaan 3

Photobucket 
Tak habis-habis kisah sedih kan aku ni? Macam dah takde kisah lain. Rasa sedih rasanya memang dah sebati dengan aku kot,tak dapat dipisahkan. Haippppppp!!!!! Jangan sesekali fikir begitu ye encik-encik,puan-puan semua... berdosa! salah! Setiap yang hidup pasti diduga,kalau sedih merayulah,berceritalah,merintihlah,menangislah,dan berusahalah... kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ingat,kita hanya merancang,Allah yang menentukan. Kalau kita rancang sesuatu,tapi tak jadi,ingatlah yang mungkin itu bukan terbaik untuk kita dan ada yang lebih baik dimasa akan datang.

Aku motivasi diri. Tak semua kerja kat dunia ni senang,even sembahyang. Tak khusyuk,tak boleh kan? Macam juga hidup. Tak usaha,tak berjaya. Ada pro dan kontranya semua kitaran sekeliling kita selagi kita hidup. Ambil iktibar setiap yang berlaku. Bersyukur dan redha setelah berusaha.

Aku cakap memang pandai ek,tapi orang nak buat memang susah. Termasuk diri aku. Aku alpa. Aku ni manusia lemah. Iman senang digoda. Nak kuat iman lagilah banyak dugaannya. SubhanAllah. Hanya yang benar-benar terpilih je senang harungi dugaan Allah. Nampaknya aku masih jauh,diduga sikit pun dah tak kuat,apatah lagi diduga dengan yang lebih besar. Takpa,cabaran hidup! Aku akan cuba,kenapa orang lain boleh buat aku tak boleh buat pulak kan? Mencabarkan? hahaha.......

Entah ek. Aku sebenarnya nak cerita kisah yang lain dari kisah sedih. Dalam kepala dok pikir macam-macam. Serabut. Last-last cerita benda lain. Tak tahu nak mula mana 1. Kesian dekat orang-orang yang aku susahkan. Sumpah! Aku takde niat. Jauh sekali nak main-main. Apa yang aku rancang,belum diperkenankan,nak buat macam manakan? Sabar jela yang mampu sekarang ni. Menangis tu jangan cakaplah. 

Cuma aku nak cakap sekarang ni,bertunang jangan lama-lama. Jangan ikutkan hati sangat. Jangan ketepikan orang tua kita. Dan banyakkan :

Sabar.
Percaya.
Redha.
Bersyukur.
Mungkin sekarang giliran aku kena macam-macam,esok lusa kita tahu giliran siapa kan?

Photobucket 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...