just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 15, 2011

Tabah Dan Sabarlah Wahai Hati.....................

Assalammualaikum.

Semoga anda yang sudi membaca,turut bersimpati dan mendoakan untuk aku,sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan rahmat dari Allah SWT. Amin................................ 
Hari ni,pagi-pagi lagi memang aku dah takde mood. Dari dalam kereta lagi air mata nak tumpah je. Sampai office keluar air mata sikit,cepat-cepat aku lap,kang orang nampak,segan je..
Tak tahulah nak cakap apa,tapi memang mood aku down sungguh hari ni. Banyak betul dugaan walaupun tak seteruk dugaan untuk orang lain. Tapi dah cukup buat hati aku hiba lagi. Hiba yang lepas pun tak reda lagi,datang lagi hiba baru. Allahuakbar. Hebatnya dugaan untuk jadi manusia yang sabar. Aku sentiasa kalah,bilalah agaknya nak menang dalam perjuangan yang penuh dengan kesabaran ni ek? Mesti seronok sangat. Masa taip ni pun air mata sibuk nak tumpah sama,adeiiii... mana boleh,dekat office nanti orang nampak,so cover lagi.. kipas-kipas muka tu. Huuuuuu..................
Bila diduga tak henti macam ni,teringat dekat dosa-dosa yang aku dah buat. Sangat banyak. Macam pasir pantai... Ini baru balasan didunia,belum diakhirat lagi. Nauzubillah. T_T
"Ya Allah... Jauhkanlah aku dan kedua ibu bapaku serta ahli keluargaku dari api nerakaMu...."

"Ya Allah.. Jika sesuatu yang ku mohon kepadaMu,adalah baik untuk ku.. Maka permudahkanlah ia untukku,dekatkanlah ia denganku dan dapatkanlah ia buatku...."
"dan Ya Allah.. Jika ia tidak baik untuk ku,maka jauhkanlah ia dari ku dan rahmati serta berkatilah diriku...."
"Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku,berikanlah aku pertunjukMu. Sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa diatas sesuatu."
" Aminnnnnnnnn........."
Photobucket

Wednesday, December 14, 2011

bX-l4u1mh ?

bX-l4u1mh ?

Mende ni??? Tiba-tiba pulak  dok muncul dekat design area blog? Ah sudah..

Blogspot error jap. Rasanya ramai kot yang kena. Ce tengok link ini ... 
Aku pun tak tahu nak cakap ape,sebab masih blur-blur lagi plus kepala pun pening pulak... adeiiii :(

Dah,jangan kalut sangat,nanti blogspot fix la balik.. harap-harap secepat mungkin.. =_="
Photobucket

Kisah Yang Lepas....

Assalammualaikum..

Ini kisah yang lepas,takdelah lepas sangat pun,sekitar 3/12/2011 dan 9/12/2011 kelmarin. Saja je nak cerita,hari yang paling entah ek,antara best atau tidak,apa kata anda yang tentukan? hahaha.. apa jadah,aku yang lalui,korang pulak yang tentukan,buang tebiat ke apa aku ni?

3/12/2011 bersamaan hari sabtu aku ada kenduri kahwin bestfriend aku time sekolah teknik dulu-dulu. Rumah dia dekat Shah Alam. Ada gambarnya tapi sila tengok dalam facebooklah eh mana yang ada facebook aku tu,kalau takde,harap maaf sangat-sangat,bukan taknak approve,tapi sekarang facebook saya agak privacy buat kenalan yang dikenali. Yang tidak dikenali,takpe,blog kan ada? :)) (lagipun facebook aku dah lama tak updated) aku sekarang nak bercerita pasal Icity. Dah alang-alang datang Shah Alam,apa lagi,moh la kita pergi Icity. Yang orang dok kata best woooo.. Best ke bagi aku? Jap tengah fikir.
Sekali masuk charge 1 kenderaan rm10 start pukul 6pm kalau tak silap aku. Nak keluar bila,ikut suka hati. Nak berkampung dekat dalam tu pun,tidak ada masalah tetapi sila keluar sebelum pukul 6am kot. Maknanya disini,boleh berada disitu dari pukul 6pm-6am.Eh yeke? So apa pulak boleh keluar ikut suka hati ni? Ah sudah. Pening sendiri. Hahahaha~ Abaikan. Nak masuk situ boleh tahan jammed yang gila. Aku pergi dengan Mr. Bear plus adik-adik aku yang sikit-sikit nak main games dekat ipod,walaupun dia tahu,ipod tu tengah dicharging setelah kehabisan bateri kerana digunakan oleh MEREKA jugak! Ceh..........
Dari dalam kereta,aku cuba cari apa kelebihan Icity yang digembar gemburkan. Bukan nak kondem,tapi aku rasa ia taklah sehebat mana,sekadar indah khabar dari rupa. Bagi budak-budak,segelintir remaja mungkin sukalah,untuk photographer mungkin juga. Sekadar biasa-biasa je. Bolehlah. Itu yang aku akan jawab kalau orang tanya best ke Icity tu? SnowWalk? Ok. Mr.Bear suka walaupun mahal ( ............=_="). Tetap tak boleh tanding SnowHouse dekat The Mines Wonderland satu ketika dulu. Sekarang dah renovated jadi The Mines je. Aku pun tak tahu kenapa ditutup. Tapi bagi aku,itu tempat yang best jugak lah dekat KL time itu.

Makanan dekat Icity? Mahal. Standard lah kan,nak makan beli,tak nak makan,tak payah beli. Jangan nak complain mahal atau tidak (terasa diri sendiri tau..........). Kiteorang masuk SnowWalk yang dalam iklan tu macam best je. Bila dah masuk......................hmmm. Kan dah cakap tidak boleh setanding SnowHouse dekat The Mines Wonderland dulu tu. Aku memang jenis tak tahan sejuk. Makin dalam masuk,makin sejuk sebab aircond betul-betul sebelah kita,tak covered dengan apa pun. So nampak sangat macam buatan. Bukan ke dorang patut cover aircond tu jangan nampak sangat dari mana datang sejuknya walaupun orang semua tahu ia adalah buatan semata-mata? LMAO!

Bila dah penat berjalan,waktu pun dah nak dekat pukul 12am. Nak bayar tiket dekat "mesin autopay". Astagfirullah. Punyalah berjela orang beratur. Serius. Memang melopong mulut kiteorang bila tengok orang que panjang macam tu. Mata dahlah mengantuk nak tak nak,terpaksalah menunggu jugak. Tapi yang peliknya,kata mesin autopay,tapi kenapa ada orang (pekerja Icity) dekat depan mesin tu. Tolong orang masukkan tiket dan duit. Motif? Baik dia letak kaunter dan pekerja je dekat situ,tak payah sewa mesin autopay mahal-mahal,kan? Tak pun,siap-siap ambil duit masa orang nak masuk Icity,boleh elak jammed yang melampau kot kalau nak keluar. Ini tidak,dahlah orang beratur punyalah panjang sampai ke jalan raya + kereta nak keluar lagi = pengurusan yang failed!

Time bayar tiket dah bengang,ni nak keluar dari Icity,lagilah kiteorang bengang. Bila nak masuk,punyalah banyak pekerja dia handle tempat parking. Bila nak keluar,sekor pun tak nampak. Padahal memang jammed teruk kot. Hampir 1jam stuck nak keluar parking je tau. Failed lagi! Rasanya ramai marah sangat,last-last buat jalan keluar sendiri. Ikut jalan belakang tembus keluar dekat depan UITM. Tak payah pulangkan tiket balik. Kalaulah kiteorang tahu ada jalan belakang,taknak bayar pun parking tu. Buat penat je beratur lama-lama. Huh! Takde pulak gambar tiket nak tunjuk (jakun seh). Dan kalau orang ajak lagi pergi Icity,aku jawab "takpelah,bukannya best sangat,banyak habiskan masa dalam kereta adalah"

9/12/2011 bersamaan hari jumaat. Aku dengan Mr.Bear lepas balik kerja,kami pergi makan dekat sayam. Apa tu sayam? Kedai makan la,takkan perpustakaan pulak. Tengah dok sedap-sedap makan dengan tudung dah berserabut,tiba-tiba mata aku dengan mata abang Hattan bertembung. Mula-mula aku tak cam sangat,lepas dah jenuh fikir macam pernah nampak brader ni,oh.. laaaa.. Hattan rupanya. Lepas tu Mr.Bear pun menyampuk,"tu Hattan dengan kumpulan kristal...".. sempat lagi tu.. hehehe
Ada makcik @ akak (aku tak pasti nak panggil yang mana satu.. jahat giler... hahaha) dengan kawan dia duduk sebelah meja dengan artis-artis tu. Makcik tu duduk sebelah Rody kristal. Amboiiii.. siap suruh kawan dia tangkapkan gambar pulak sembunyi-sembunyi. Aku dengan Mr.Bear nak tergelak pun ada. Yang bini Hattan tu dok pakai hud je walaupun dalam kedai makan. Erk? Perlu ke? Nak cover mendenya kak oiii,orang kenal laki kau je,mintak autograph laki kau je,jangan risaulah,orang tak serbu kau punya (tiba-tiba mulut lazerrrrr ni dah kenapa? dah jadi blog gosip ler pulak) Abang Hattan dan isteri,jangan amik hati naa.. Maaf dipohon :)

Oleh itu,maknanya gosip Hattan bercerai tu tak betullah kan sebab dia masih dengan bini dia lagi....... baguslah kalau macam tu. Manusia ni macam-macam jenis mulutnya. Sabar jela. Apa-apa jela,aku bukan nak tahu sangat pun pasal artis-artis ni..

Nak stop dulu,kepala tiba-tiba pening sangat. Terbantut nak cerita panjang lebar lagi :(
Photobucket

Tuesday, December 13, 2011

Dah Mula Stress Ni.... :(

Assalammualaikum...

Hari tu aku ada tulis entry untuk cantik-cantikkan blog aku yang serba kekurangan ni kan? Nampaknya belum berkesempatanlah.. Agak busy minggu ini dan minggu depan lagi lah super busy! Kepala aku ni tengah kusut sebenarnya,satu benda pun aku tak siapkan lagi untuk event kedua terpenting dalam hidup aku yang tak lama je lagi.. Adusssss.. gi mana ni sih? Kepala ni dah macam takde tempat lagi nak digaru-garu kerana kegatalan yang tidak pasti sama ada gatal atau tidak. Ok,pening! Dengan budget yang kadang-kadang lari,ditambah dengan nafsu "setan" yang mengoda bila nampak benda cantik,semuanya nak dibeli oiiiiiiii! Agak-agaklah beb,kadang-kadang dah menyampah nak nasihatkan diri sendiri ni hah......
Hurmmm.. kena ada tips ni untuk bantu bakal-bakal or bride-to-be handle stress dorang.. Eleh,sendiri punya stress tak ter-handle,ada hati lembu dan ayam pulak nak bantu orang lain.. podahcit~ muahahahaha...
Ok,
Aku pening.. aku pening.......................................................!
Kalau aku nak kawal stress aku,aku suka tengok benda-benda yang kiut miut ni... Ohoiiiiiiiiii.. Meh hilangkan stress sat..
ini adalah monyet yang paling kecil dalam dunia.. apetah nama dia,aku ada google gambar lain.. olololooooo.. comel bangat! :)

Ok,sekarang start fokus benda yang penting ni. Fokus Ainie.. Fokussssssssss.. (sambil buat muka serius,mata tajam pandang monitor)

5 saat berlalu....................

Alaaaaa.. 1 apa tak siap lagi ni..... macam mana? macam manaaaaaa????? Tolong............................!

Ok,Stress balik.

p/s: cuba kira ada berapa banyak "OK" dalam entry kali ini...ngeh ngeh ngehhhh~
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...