just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, May 14, 2011

Mak Pergi Bercuti!!

mak : ok. mak nak pergi Bandung.
aku : hah? yeahhh!!! kite nak pergi bile mak??
mak : kite?? mak je ok. korang jaga rumah pulak.
aku : what?? mana aci!
mak : hahahahaha! (ketawa sambil tunjuk tiket flight dengan bangganya)
aku : T_T (buat muka sedih + jeles gilerrr!!)

Ini tidak boleh jadi! Aku tebus kejelesan aku yang ketara ini dengan bagi mak list barang-barang yang nak dibeli kat sana. Baru adil kan mak? kan? kan? hahahaha!

Mungkin sekarang mak dah sampai kat Bandung,flight pukul 9.30am tadi. Dengan kawan-kawan dia. Sungguh,jeles lagi sebenarnya ni.Huissshhhhh! Tapi tak pe,kami bagi mak cuti sempena Hari Ibu! Mak cuti puas-puas,shopping-shopping,relax-relax pulak ok,tapi dengan syarat,bawak balik buah tangan untuk kami.. hehehe.

Abah aku tak dapat ikut,ada keje katanya. Tapi aku tahu dia pun nak ikut mak pergi Bandung tu,sebab asyik perli mak aku je,hahahaha. Lepas tu dia cakap kat aku depan mak;

"angah,tengok flight pergi Sabah bulan 6 ni. Bulan 6 ni abah cuti. Tak dapat pergi Bandung,kite pergi Sabah pulak"

Lepas cakap,abah tersengih tengok mak.hahahaha! alololooo... comel sungguh! sakat menyakat gitu u. Apa-apa pun,moga perjalanan mak segalanya sempurna pergi dan balik. Itu yang penting bagi kami. Amin.


Selamat Bercuti Mak ku Sayangggggg!!!!! :)
Photobucket

Wednesday, May 11, 2011

Awek Pun Sama Bodo!

Asslammualaikum :)

Aku minta maaf sangat-sangat. Tajuk entry aku kali ni memang agak kasar.
Yes! Aku marah dan bengang dan sakit hati dan sakit mata!
Ini kisah bersambung pasal dekat stadium jugak.
Ada 1 couple tu BF dia,duduk sebelah adik aku.
Tangan dia sikit-sikit dok ketik-ketik enset Blackberry dia je,ingat kami heran pulak ek? Ok fine.
Lepas tu dia bawak keluar rokok la pulak. Ok fine lagi.
Dia nak hisap rokok,dalam hati aku cakap hope asap tak hala ke kami la.Tapi hala gak.
Adik aku dah berkipas-kipas hilangkan asap rokok tuh,dia perasan,dia hala ke bawah.Ok still fine lagi.
Lepas tu dh habis satu,dia hisap satu lagi,mula-mula tak hala ke kami,tiba-tiba pulak hala balik.
Makin kuat la adik aku mengipas,dia pusingkan sikit badan dia hadap makwe dia.
Tapi yang aku heran tu,asap rokok dia menghala jugak kat kami.
Nak dijadikan cerita,si BF ni membongkok sikit entah tengok apa entah kat kasut dia,aku tengok la si GF dia dok ngipas hala ke kami.Perghh! Ini dah tak fine lagi ok!
Ko dah tahu ko pun tak suka asap rokok,yang ko kasi balak ko hisap rokok apsal? Lepas tuh dok suker-suker je ngipas ngala kat orang lain.
Bodoh ke apa GF dia ni ek? Takleh nak marah BF dia sikit ke?
Ke dua-dua tak tahu bahaya merokok? Takde sivik betullah! Menyirap betul aku.
Pantang aku kalau orang lelaki or perempuan hisap rokok tak hormat orang lain. Rasa nak cucuh-cucuh je rokok tu kat muka dorang. Puas hati aku!
Kan tak pasal-pasal dah kena bodo dengan aku.Harap muka je lawa tapi otak takde!
Buat someone yang sangat-sangat bermakna,tahniah sebab dah tak merokok nak dekat sebulan.Yeahhhhhhhh!!!!! Teruskan lagi ok! :))
Ni yang sayang lebih-lebih ni...........
Hope tak tipu,kalau tipu siaplah!
p/s : maaf sebab guna bahasa yang agak kasar,takleh tahan marah sangat kot,kalau korang kat tempat aku,korang pun akan rasa benda yang sama.
Photobucket

N.9 VS Kelantan

Assalamulaikum :)

Aku nak story sikit je pasal aktiviti aku malam semalam.
Entah datang mood celah mana ntah,tiba-tiba terasa nak pulak ikut adik-adik aku pegi stadium tengok bola.
Woot! woottt!
N.Sembilan vs Kelantan.

Dapat bayangkan tak sesaknya stadium?
Actually,takdelah sesak sangat,cuma sikap penyokong yang fanatik je yang aku tak suka.
Itu lain punya cerita aaarr,sikalang mahu cerita lain punya.
Agak ramai,tapi tak penuh pun stadium tu.
Aku start pergi stadium tengok bola pun sebab terjebak dengan ofismate aku dulu la.
Fanatik Red Warrior die tuh weiiiii.. Peace ya Abg.Syah! hahaha
Aku takdelah tahu sangat pasal bola ni,just layan kan je,ikut mood la kan.
But,not bad! I love the aura :)
Semangat itu penting!
Yang aku kelakar sangat,si penyokong pulak yang lebih-lebih,aku panggil dorang sebagai 
"juri tambahan".
Mana taknya,semua benda dia tahu,itu belum suruh main tengah padang lagi,baru tahu susah tak susah,penat tak penat main.
Mulut dorang yang lebih-lebih,bingit telinga aku.
Belum keluar lagi segala bagai perkataan carut marut.
Aku tak berkenan benoo aihhh~ Ibu mengandung tak digalakkan pergi ok! :)
Lepas tuh,bila "awek hot" lalu je,mulalah dorang nak menyorak macam orang menang emas.
Si "awek hot" tu pulak jadi merah telingalah,malu kot. Then main-main enset cover situasi.Kesian tau.
Lepas tuh dengarlah satu ayat tak sedap :
"sekali den putuihkan tali halus tuh,baru tahu" 
(for sure la kan korang dapat tangkap aku dok side team belah mana)
Tali halus? mende tuh? Aku pun kurang pasti.
Keadaan diatas aku dapat tafsirkan dua maksud :
1.Dorang memang suka awek hot yang seksi meksi,atau
2.Dorang tak suka awek hot yang seksi meksi.
Aku pening sat. Kalau tak suka,kenapa bersorak? atau mereka
1.Bersorak tanda suka,atau
2.Bersorak tanda perli?
Ok,kalau korang pernah buat seperti diatas,exspecially lelaki,korang tahu apa jawapan korangkan?
Malas aku nak tolong fikir panjang,habis cerita.
Tapi yang aku perasan,bila "awek pakai tudung" lalu,takde pulak dorang sorak lebih-lebih.Hmm..
1.Dorang malu/segan,atau
2.Bukan taste dorang,atau
3."awek pakai tudung" tak lawa? Aku rasa sama level je dengan "awek hot" yang dorang sorakkan
Entahlahhhhhh.. Sendiri fikir la ek.
Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain. 

Photobucket 

Tuesday, May 10, 2011

Cuaca VS Gosip!

Cuaca sekarang sangat panas ok. Harap maklum.
Minumlah air banyak-banyak,atau pun ikut macam aku,sediakan botol air sendiri.. hehehe


Botol air cute?? Macam tuan dia? Ok,itu aku tahu.
Hahahaha.. Perasan jap.
Lepas tu,keje aku depan komputer apa lagi,membelek entah apa-apa la gamaknya.
Sedap syok layan post kat ***.com tu dengan makan jajan feveret aku..


Potato Chip Garlic Flavor la jawabnya,nak tersedak aku baca kisah someone ni.
Belum pun dikenali 1Malaysia,sudah pandai tak ngaku sana sini.
Isk isk isk.. tak baik tau. Nak dikenali pun,janganlah sampai lupa diri,lupa orang sekeliling,tak ke mana hidup.
Opssss..! Apsal tiba-tiba jadi macam gosip post lak nih?? 
Sama hot macam cuaca sekarang tak? Tak pun kan.. lemau ok! hahaha
Tak lah,just moral nak aku paparkan kat sini,untuk orang biasa waima artis,ngakulah siapa diri kita ni.
Daripada mana kita menapak,dan dengan siapa kita dari bawah.
Kepada siapa kita ucap sayang. Jangan murah sangat sayang kita tu.
Pantang nampak dahi licin eh,terus cakap single,i tak suka tau! Mentang-mentang u ada rupa. Over the limit ok! Jangan sampai orang cakap kita macam kacang lupakan kulit je kan.
Seriously,Cik Ainie tak suka golongan orang seperti ini.
Jual minyak sentiasa! Saiko!
Photobucket

Mata Oh Mata!

Satu perbualan antara dua orang makhluk yang berbunyi begini :

L : "betul la awak,buat apa saya nak tipu.."
P : "isshhh.. memanglah awak tak tipu,masalahnya saya yang tak boleh nak percaya,haha!"
L : "awak,saya serius laaaa...."
P : "ikut logik akal la awak,takkan awak leh jatuh cinta dengan tengok gambar je??"
L : "apsal tak boleh? saya suka tengok mata awak,dari mata turun ke hati kan? percayalah awk..."
P : "hahahaha! awak tolonglah bezakan antara jatuh cinta luaran dan dalaman,besar maksudnya tuh."
L : "orang cakap banyak kali,awak tak percaya,malas dah nak cakap lagi."
P : "nak buat macam mana,memang saya susah nak percaya dengan orang kot."
L : "dah laa...."
P : "????????????"

Zaman sekarang nih boleh percaya ke dengan statement sebegitu rupa?
Masalahnya,suka pada sesuatu,kekal ke? Ada jaminan ke?
Buatnya tiba-tiba selera lelaki tu bertukar kat kaki pulak,kaki perempuan tuh kebetulan tak menarik minat..ahh,sudah!
Pelik sungguh orang macam ni. Kita dengar boleh,tapi percaya JANGAN!
Aku musykil gak.
Dan untuk sekian kalinya aku nak cakap,aku still musykil lagi!
Mata oh mata!
hahahahaha!


Photobucket

Nak Boyfriend Yang Memahami??

Nak boyfriend yang memahami kita? Susah sangat ke??

Kalau nak boyfriend yang memahami,hang pun kena la paham dia jugak..
Yang hang dok kalut cemburu,merajuk tak bertempat.. pasaipa?
Lepas tuh ngadu dia itu la.. dia ini la..
Padahal hang yang tak selidik betui-betui,tahu tuduh memanjang,lepas tuh marah-marah..
Macam takdak keja lain..
Hang cakap boipren hang tak sporting,padahal hang pun sama ja..
Podahhhh lah!
Berkali dah kot aku dok bagi nasihat,walaupun aku takdak lah hebat mana,aku pun sama ja..
Tapi aku ikut akai logik gak kan..
Lepas dah tahu salah hang,mula nak sengih sana sengih sini..
Sat lagi aku cakap hang bingai,hang marah..
Aduiiiiii.. runsing la aku.. aisssshhhhh~
Kan aku dah setat membebel ja ni!

p/s : kunun-kunun marah kat diri sendiri la ni..................................................
Photobucket

Members = Kenduri Kahwin

Yelah..
Tajuk tu bermaksud ramai betul members aku dah kahwin dan nak kahwin dalam masa terdekat ni.
Alhamdulilah.
Aku tumpang gembira untuk mereka,mendoakan korang yang terbaik dalam hidup,amin.
Sedih gak,kadang-kadang kenduri korang jauh sangat,tak dapat aku nak pergi.
Minta maaf sangat-sangat kat korang eh,bukan sengaja kan.

Sungguh,jeles gilerrrrr kot!!! :(
Nak buat macam mana,rezeki aku belum sampai lagi kan.
Tapi takpelah,ada hikmah disebalik setiap kejadiankan? :)
Korang doa-doakan eh... aminnn..

masa nih kat kenduri kawen member akak aku,dan yg nih anak buah aku time umo die 2bulan kot.. kecik je,takut aku nak pegang lama2.. huhu

tapi sekarang.. kus semangat badan die.. ko tengok.. sampai enset aku pun nak dimakannya.. geram betul aku!!

p/s : macam buat karangan bahasa melayu time-time sekolah dulu daaaaa.. hahaha
Photobucket

Mimpi...

Satu hari tu kan,aku tak ingatlah bape haribulan.
Sedap syok-syok tido,aku telah didatangi mimpi.
Mimpi yang nak kata ngeri,tak ngeri,nak kata best,tak jugak.
Mimpi yang nak kata pelik pun,eh! dah namanya mimpi,confirmlah mimpi itu pelik-pelik.. hahaha.
Tapi yang pastinya bukan mimpi basah ye! Ish! Tak senonohnya..
Dalam mimpi tu aku telah dipertemukan dengan seorang lelaki.
Yang aku rasa macam mimpi je nak jumpa dia,tapi memang betul pun,dalam mimpi jela.
Realiti? Macam tak mungkin je,tapi kalau kebetulan sape tahu kan? ahakz~
Nak tahu siapa yang aku mimpikan tempoh hari?
Jeng.. jeng.. jengggggggggggggggggg!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
...................|...................






Shah Rukh Khan!
Ye kawan-kawan.
Shah Rukh Khan! 
Gilerrrr ko! Jauh tu.. hahahaha
Mesti korang juga pernah mimpi si SRK ni kan? Tak boleh blah ek?
Aku pernah dengar si SRK ni cakap bahasa melayu,fasih seh.. 
Dengar kat mana?
Mestilah kat dalam mimpi aku jugak!
hahahahahaaaaaa..
Tak leh tahan gelak aku bila teringat balik mimpi aku yang 1 ni.. adeii~
Photobucket

Monday, May 9, 2011

Tips : Macam Mana Nak Cantikkan Wajah?

Hah! Mari aku kongsikan dekat korang macam mana nak cantikkan muka kita ni. Kulit yang mulus,gebu.. pergh! Buat orang cair macam eskem je bila pandang.... haha.

Ok.. Kita mulakan,baca dengan tenang satu persatu,InsyAllah berhasil. Ready?
1.Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
 2.Awak dah cukup normalkan kenapa nak tips lagi? oklaa..Tips ada dekat no.5.
3.Ok.Pakai tudung cantik,tak pakai pun cantik,nak tips lagi ke? Sila tengok kat no.7 pulak.
 4.Awak dah cantik dah kan? Betul tak? Salah ke? Alaa.. try kat no.8 la kalau macam tu!
5.Eh adik manis! Silap no pulak,sila ke no.10.
 6.Laa.. Penat? Oklah,yang betul punya kat no.9 tu.
7.Bagus! Manyak cute la awk nih.. Meh baca dekat no.4 pulak.
 8.Baiknya awak. Cun woooo! Salah lagi ke? ok,baca kat no.6 eh.
9.Wah!!! terharulah... :) Ok la.. ok laa... sebenarnyakan rahsia ada dekat no.2,baik korang baca betul-betul.
 10.Jap! Salah! Salah! Patah balik ke no.3.


Laaaa... apa pulak salah topik.. betul la tuh,at least kat muka korang terukir senyuman walaupun malu-malu nak senyum kan? kan? kan? Senyuman ikhlas tanda hati senang,hati senang tanda bahagia,bahagia tanda apa?? Tanyalah pada diri sendiri bahagia sebab apa.. malu-malu pulak.. elehhhh.. hehehe

p/s : nak cantik tak perlu berbelanja mahal-mahal la,sekadar senyuman dah cukup,bila senyum otot-otot muka merengang,bila dah rengang kuranglah kedutan,confirm orang cakap sweet 17th punya lah!! :) ok sekarang SENYUM..!
Photobucket 

Kadang-kadangkan ...

Aku telah dinasihatkan untuk menggunakan bahasa melayu dengan betul.. hehehe :) ok! Takde hal,Cik Ainie bersikap terbuka dalam menerima segala teguran yang membina... chewah,poyo gitu.. ahakz~

Hmmm.. korang perasan tak?

mulai sekarang ko kiri aku kanan! go!

+ Kadang-kadangkan kita lupa apa yang kita fikirkan 5min yang lepas. Kita akan ingat balik selepas 5min atau 15min atau mungkin lebih lagi.

+ Kadang-kadangkan kita akan sebut perkataan lain sedangkan apa yang kita fikirkan lain. Kita akan sedar sendiri dalam 5saat atau lebih,tapi ada juga orang nak kena tegur baru nak perasan.

+ Kadang-kadangkan kita akan lupa kita letak barang dekat mana walaupun baru je kita simpan barang tu.

+ Kadang-kadangkan kita perasan muka orang tu lebih kurang je dengan kita (nak samakan dengan orang yang lawa atau hensem je,ceh!),tapi bila tanya orang lain,tak sama pun!

+ Kadang-kadangkan orang perempuan ni cepat perasan sikit. Asal lelaki pandang je,ingat lelaki suka,padahal orang lelaki pelik je tengok kita atau sekadar melilau tengok keadaan sekeliling. Orang perempuan yang rasa empty bila lelaki pandang,jarang-jarang kot.

+ Kadang-kadangkan orang lelaki yang fikir dia cute bila posing ala-ala amoi comel. Tapi kita yang perempuan nih tengok,geli la pulak! euwww!

+ Kadang-kadangkan kita fikir kita boleh jadi perempuan yang redha segalanya,bila mulut cakap lain hati cakap lain kita bukan lagi redha tapi hipokrit!

+ Kadang-kadangkan kita terdetik nak dapat apa yang orang lain dapat,tapi kita tak tahu kalau sekadar berangan tanpa usaha,nak capai pun tak sampai.

+ Kadang-kadangkan kita telah jadi seorang hamba Allah yang tidak tahu bersyukur dengan segala nikmat diberi!

+ Kadang-kadangkan kita fikir apa yang kita buat,apa yang kita tulis itu menarik,tapi hakikatnya merapu banyak.

+ Kadang-kadangkan kita akan jumpa dengan orang yang terlalu fikir dia hebat,dia berpengalaman segala bagai. Tapi hakikatnya dia tak hebat pun dalam menyakinkan kita dia itu hebat. (annoying gila orang mcm ni..)

+ Kadang-kadangkan kita lupa sekejap apa yang kita nak taip sekarang ni bila idea masuk mencurah-curah. Macam aku la laaa ni.. adeh~ haha

Tapi kan,kadang-kadang yang boleh jadi SELALU macam sedang asyik kita baca post kat blog orang lain sampai lupa nak solat ek? Moh la kita solat dulu nak,satgi leh sambung baca balik.. hehe.. amboiii,sekali sekali terasa apa salahnya,kita tak selalunya betul kan?
  peace no war! :) << trademark orang yang aku rindu gile!(gedik sat! haha)
Photobucket

Sunday, May 8, 2011

Air Freshener For Men!

Men Section ! Men Section ! Men Section ! Men Section ! Men Section !

Hehehe.. Tak tahu la aku.. Rasanya post kali yang ini aku klasifikasikan untuk bahagian orang lelaki je kot,tapi yang perempuan pun boleh gak ........... BELI untuk teman lelaki/suami/tunang/adik/abah korang.. Lelaki jugak kan? hahaha..

Tak de lah.. Ini hah
Air Freshener
ada 4 team : Chelsea,Manchester United,Liverpool dan Arsenal.

Yang macam Little Tree tuh,alaa.. sape pakai kete die tahu la ape bende Little Tree tuh..
Atau secara ringkasnya Penyegar Udara! Payah benoooo..
Aku tak tahu la kalau tempat korang dah ade atau tak.. tapi seperti mana yang diberitahu dekat aku,design nih baru lagi.. No komen! :) I just introducing to you all je... 

Lagi satu,aku khususkan untuk lelaki bukan ape,bau perfume die guna pakai perfume lelaki yang CK tuh.. Calvin Kline (betul ke aku eja ni?? haha..) kuat seh bau.. Lagi satu bau,Ocean.. yang ini letak kat kete suitable sikit.
Multipurpose gak,letak kat kete boleh,kat dalam bilik boleh,dalam almari baju pun boleh.. memang kuat sangat bau die. Tapi bilik bujang lelaki je la ok,sat lg letak kat bilik perempuan,dah ade bau lelaki,bila mak ayah dah masuk............ i tak tanggung u!
yang ni contoh letak kat bilik.

yang ni contoh letak kat dalam almari.

Sebab tuh aku khususkan benda nih untuk orang lelaki. Yang perempuan nak beli pun boleh gak,bg gift kat BF ye tak? Sangat romatik gitu .. hehe

Lupa lak aku nak letak harga ek.. kang orang ingat free le plak.. opss! hehehe.
RM10/1pcs 
(termasuk penghantaran,beli lbh 5pcs amat digalakkan,senang sikit nak bankin duit kan :))

Kalau berminat,sila lah tinggalkan jejak kat komen ok,senang aku nak post nanti.

yang ni gambar tak takde kena mengena. Si ginny aku sekor nih,Fiona,patutlah senyap je bawah kain,rupanya tengah sedap tido.. ceh! nasibla comel.. tak sampai hati nak kejut kan.. :)
Photobucket

Happy Mother's Day!

Today 8th May 2011
I as Puan Hawa's daughter  want dedicate this lovely wishes
with love to no.1 woman in my heart :
Happy Mother's Day To You Mum!!

I do love u whole my hearts.. my soul.. and till i leave this world and next level..
I never forget who you are in my life.
Thank you to Allah for the best gift to my family.

To Mak.. Thanks you so much! You're so mean to me!!! 

p/s : forgive me if my broken was so bad :( 
kite kene berani mencubakan??? kalau salah tegur la ye..hehehe
p/s/s : Selamat Hari Ibu jugak buat akak aku yang sorang tuh!!!!! sayang ko yong!

Photobucket

Marilah Ber-Exchange Link Dengan Saya :)


Para pembaca yang dihormati.. ehem ehem.. jom kite exchange link nak?? hehehe

Apebenda exchange link tuh?
Menurut daripada penerangan oleh adik aku si Cik Izzati a.k.a Cik Uda sebentar tadi,exchange link itu adalah kita saling menukar link blog kita. 

Apa? Tak paham lagi??
Okla.. senang cite.. Aku letak link blog korang kat blog aku,korang pun kene letak link blog aku kat blog korang plak. Maka tercetuslah silaturahim diantara kita. Pahala tuh :) 
Letak link ditempat para pembaca boleh nampak = kat bahagian sidebar,kat tepi blog. 
Sekarang ada paham?

Alaa.. Tolong menolong kan amalan mulia. hehehe.. Aku tahu korang baik kan? kan? kan? macam aku.. haha.

Kalau ade sesiapa yang berminat,meh tinggalkan link korang kat aku,maka aku akan sepantas kilat menjenguk blog anda lalu meletakkan link blog anda didalam blog aku.. :)

Aku akhiri dengan ucapan terima kasih sangat sangat dan selamat malam! Sayang koranglah! :))

p/s : kalau tak keberatan,meh la jadi rakan blog saya ye,follow blog saya dan saya akan follow korang balik.. yeahhh! free je kan? hehe
                                                                                                                                          Photobucket 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...