just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, May 9, 2011

Kadang-kadangkan ...

Aku telah dinasihatkan untuk menggunakan bahasa melayu dengan betul.. hehehe :) ok! Takde hal,Cik Ainie bersikap terbuka dalam menerima segala teguran yang membina... chewah,poyo gitu.. ahakz~

Hmmm.. korang perasan tak?

mulai sekarang ko kiri aku kanan! go!

+ Kadang-kadangkan kita lupa apa yang kita fikirkan 5min yang lepas. Kita akan ingat balik selepas 5min atau 15min atau mungkin lebih lagi.

+ Kadang-kadangkan kita akan sebut perkataan lain sedangkan apa yang kita fikirkan lain. Kita akan sedar sendiri dalam 5saat atau lebih,tapi ada juga orang nak kena tegur baru nak perasan.

+ Kadang-kadangkan kita akan lupa kita letak barang dekat mana walaupun baru je kita simpan barang tu.

+ Kadang-kadangkan kita perasan muka orang tu lebih kurang je dengan kita (nak samakan dengan orang yang lawa atau hensem je,ceh!),tapi bila tanya orang lain,tak sama pun!

+ Kadang-kadangkan orang perempuan ni cepat perasan sikit. Asal lelaki pandang je,ingat lelaki suka,padahal orang lelaki pelik je tengok kita atau sekadar melilau tengok keadaan sekeliling. Orang perempuan yang rasa empty bila lelaki pandang,jarang-jarang kot.

+ Kadang-kadangkan orang lelaki yang fikir dia cute bila posing ala-ala amoi comel. Tapi kita yang perempuan nih tengok,geli la pulak! euwww!

+ Kadang-kadangkan kita fikir kita boleh jadi perempuan yang redha segalanya,bila mulut cakap lain hati cakap lain kita bukan lagi redha tapi hipokrit!

+ Kadang-kadangkan kita terdetik nak dapat apa yang orang lain dapat,tapi kita tak tahu kalau sekadar berangan tanpa usaha,nak capai pun tak sampai.

+ Kadang-kadangkan kita telah jadi seorang hamba Allah yang tidak tahu bersyukur dengan segala nikmat diberi!

+ Kadang-kadangkan kita fikir apa yang kita buat,apa yang kita tulis itu menarik,tapi hakikatnya merapu banyak.

+ Kadang-kadangkan kita akan jumpa dengan orang yang terlalu fikir dia hebat,dia berpengalaman segala bagai. Tapi hakikatnya dia tak hebat pun dalam menyakinkan kita dia itu hebat. (annoying gila orang mcm ni..)

+ Kadang-kadangkan kita lupa sekejap apa yang kita nak taip sekarang ni bila idea masuk mencurah-curah. Macam aku la laaa ni.. adeh~ haha

Tapi kan,kadang-kadang yang boleh jadi SELALU macam sedang asyik kita baca post kat blog orang lain sampai lupa nak solat ek? Moh la kita solat dulu nak,satgi leh sambung baca balik.. hehe.. amboiii,sekali sekali terasa apa salahnya,kita tak selalunya betul kan?
  peace no war! :) << trademark orang yang aku rindu gile!(gedik sat! haha)
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...