just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label petua²/tips. Show all posts
Showing posts with label petua²/tips. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Macamana Nak DIY Veil Kahwin/Nikah?

Photobucket
BismilahiRahmaniRahim~

Kali ni kite nak tunjukkan pulak DIY veil sanding dan nikah kite masa kite kahwen hari tu... Kite kan pakai tundung,takdenya nak set-set rambut gulung sana sanggul sini.. Jadi kite gantikan dengan veil yang kasi orang cakap.. ;

"Cantiknya veil.. buat kat mana? Mahal tak?"

Hahaha.. orang baget retis macam ni la ye.. walaupun tak cantik macam retis-retis lain,tapi kiter bangga kite buat veil untuk persandingan kite sendiri. Tak payah upah designer mahal-mahal. Ikut kemampuan kite sendiri kan? kan? Yang bestnya,dah lepas kahwen pun boleh melaram depan cermin dengan veil tu lagi,tak payah pulangkan dekat bridal.. hahaha!

 Kain sanding kite warna tekois.. veil tu adalah lebihan kain satin untuk buat kain baju sanding.*paham tak ape aku terangkan ni?? hehe..
Lepas tu ambil surat khabar lama,potong ikut bentuk "D".. orang panggil bentuk moon,rasanyalah.
Ambil peniti sematkan dekat kain yang dilipat dua. Potong ikut surat khabar tu. Hasilnya macam dekat atas ni..
 Macam DIY kasut yang lepas,ambil lebihan kain lace jahitkan dekat keliling veil.
Ikut sukala nak penuh keliling veil ke,kat atas je ke,kat bawah je ke.. sukahati. Ikut selera masing-masingkan.. Mana nampak cantik.. taramkan je.. hahaha..
Jahit manik-manik untuk naikkan keberatan veil dan jadikan faktor "wow" dekat veil masa bersanding nanti.
Abaikan pengantin yang cantik atas pelamin tu.. tengok veil sahaja.. haha..
Kite sangatlah puas hati sebab apa yang kite nak buat akhirnya tercapai jugak. 
Walaupun seminggu jari kebas dek kerana tak henti-henti menjahit.. huiiihhhhh~

Photobucket

Tuesday, June 3, 2014

Her BIGGEST Day. Part 3* Pernikahan dan Persandingan

Photobucket 
BismillahirahmannirRahim~

Macam biasa la kan akan keluar ayat macam ni . . . . . . . . . . . 

Uiiiiisssshhhhhh! Lamanya saya tak update blog kan? kan? kan?

Ayat cliche~ ok . . . . .*buat-buat mata juling depan laptop ni hah..

Hmmmm... Memang lama gegiler sesungguh giler kan aku nk buat entry baru.. gamak macam dok dalam hutan takde internet line.. silalah mengiyakannya kawan-kawan *maklumla sejak jadi isteri ni makin menjadi malas rajin sangat-sangat,padahal.................. ngehhh~
Orait,entry kali ni nak update tentang kisah 5 bulan yang lalu.. masa majlis akad nikah dan bersanding.. Ala.. bukan apa,ada gak member tanya mana gambar sanding sbb dalam fesbuk buk bukkk tu aku tak meng-update langsung kot.. walaupun kitaorang muka tak macam baby face kata Mr.Bear , tapi kita cute miut,kawan nak tengok.. kita kasilah
*tersenyum sambil buat mata macam Pussy in Boot... hahaha!
Layankan je.. layankannnnnnnnnnnnnnnn.....

** entry kali ni agak panjang.. diingatkan... agak panjang ye kawan-kawan.. :)

6 Disember 2013

Hari ni hari jumaat. Aku mmg awal-awal semestinya minta cuti,ialah esok sanding kot.. giler tak bercuti sakan. Macam bride to be yang lain,aku tunggu orang bridal datang untuk pasang pelamin. Khemah awal-awal lagi caterer dah siap pasang. Terasa berdebar sikit. Sikit je tak banyak sebab yang lain tak berapa nak siap lagi. Lepas tu tiba-tiba aku dapat call dari bridal cakap kerusi pelamin yang aku request kena cakar dek kucing. Koyak dekat bahagian atas. Korang bayangkan muka aku time tu. Macam pelik dan nak tergelak pun ada. Kucing cakar? Hahaha. Stress pertama untuk hari yang bersejarah. Okla,aku ni jenis malas nak merumitkan kepala,aku pakai jela kerusi yang tinggal takkan nak pegi cancel then cari bridal lain kot..*agak blur sikit masa ni,1st time kot,sapu jela. Then pelamin siap pasang dan aku pun start lah decorate bersihkan bilik semua. Bilik aku decorate apa yang ada jela sebab memang tak ambil pakej bilik sekali. Doorgift semua adik beradik sepupu sepapat dah siap buatkan malam sebelumnya. So pengantin ni kena fikir tentang diri sendiri untuk esok hari. Malam tu buat kenduri doa selamat sikit dan pakai inai. Inai menginailah kami malam tu. Stress yang kedua bila meja beradap aku pulak lambat pasang. Dah nak dekat tengah malam tak jugak pasang-pasang. Dorang cakap nak pasang majlis tempat lain dulu. Aku tunggu sampai tertidur kot. Mak kejutkan tanya pasal meja beradap tak siap lagi,aku telefon tak nak angkat. Berserah jela pada Allah masa tu. Aku pulak dah mengantuk sangat-sangat tak leh nak pikir apa dah...


Inilah gambar pelamin setelah digantikan dengan kerusi yang lebih besar.. sedih kita :(


7 Disember 2013

Tidur tak lena ok. Pagi subuh bangun nak solat aku lari dulu kedepan rumah nak tengok meja beradap. Alhamdulilah. Siap pasang pun. Tapi kerusi pengantin dah tak cukup. Satu dah kena cakar dek kucing dan yang 1 satu dah replace kerusi pelamin. Redha lagi pagi tu. Sedih dan kecewa dengan service yang diberi. Tapi apakan daya,semua harus diteruskan. Siap-siap solat,mak andam pun dah sampai. Solek punya solek *agak tak berkenan sangat,adik aku cakap aku solek sendiri lagi cantik. Tak sangka solek pun ambil masa hampir sejam setengah! Ko godek apa kat muka aku ni mak andam oiiii..? Ada gak kosmetik yang mak andam guna tak kena dengan kulit aku. Muka aku pedih dan sakit gilerrrr. Sedih dan kecewa lagi. Haruslah sedih,muka ni gak nak pakai lama sehari suntuk hari ni kan. Tangkap gambar sana,tangkap gambar sini. Genap-genap siap bersolek,tok kadi pun dah sampai. Mak ai,giler sharp tok ni sampai pukul 8 macam yang dijanjikan. Katanya kamilah pasangan yang pertama yang dia akan nikahkan untuk hari ni. Uishh.. berdebar makin terasa. Tapi yang jadi masalahnya pulak pengantin lelaki lambat sampai. Stress yang ketiga! Alasan : terlambat bangun. Boleh ye Mr.Bear? Unacceptable langsung! Hari bersejarah awak,awak lambat bangun? Bravo! Hmmmm.. tunggu pengantin lelaki sampai nak dekat sejam. Mak aku dah asyik bertanya je sebab tok kadi dah lama sampai. Stress sangat masa tu jangan cakaplah. Selawat berisqtifar je aku dalam bilik masa tu. Tunggu punya tunggu,Alhamdulilah.. sampai jugak mengantin. *nasib baik datang jugak,kot-kot tak jadi datang tak ke naya tu kan.

Syukur Alhamdulilah.. tak tunggu lama dah tok kadi tu,dengan sekali lafaz kami selamat diijab kabul kan *weeeeeeeeee~ hehe.
Then mula la ambil gambar sana sini. Posing sana posing sini. Layankan je lagi sampai cramp mulut.. fuhhh~






Lepas bersanding dan makan beradap semua mulalah sesi outdoor kami dekat dalam hutan *konon-konon je.. dan dekat railway stesen Kluang *ada story kelakar masa dekat railway ni.. next story la ye.

Malam tu tiba-tiba kena tidur berdua *erk? hahaha.. tak payah ceritalah punya kalutnya kami malam tu tak boleh tidur sebab masing-masing macam pelik je tengok sesama sendiri. hahaha. Bengong *siapa plak mamat kat dalam bilik aku pulak ni?? Adeeii~


 gambar bergoyanglah.. model adalah adik aku.. hehe :)



Tuh.. saja nak besokan gambo nak tunjuk kasut sikit.. customade sendiri *sangatla customadenya kan..eceh..
Aku tak leh nak janji bila tapi nnt aku update entry DIY kasut kahwen sendiri dan veil yang menjadi idaman kalbu ye. Nak customade kasut sendiri 5 inci tu ingat murah???? Giler kayooo den ni,Jimmy Choo pun tak mampu nak jahit..hehe.. kita cari solution yang murah dah la ye.. janji memenuhi hatiku ini.. *org cerewet gini ler..

Ok,kita jumpa next entry pulak.. jap nak pikir tajuk kasi kababommm sikit.. hehehehe! daaaa~

Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Google+ Kasi Pening Daaaa!

Photobucket
OMD! Oh my dear...!!!

Banyak plak komen aku dapat suruh ajar cara nak cantik kan blog. Tapi masalahnya ada yang guna Google+ . Ada perasan tak google suruh sharekan upgraded link kat blog-blog korang. Nampak tak? Ce cari.. Masalahnya lagi,aku pening dan tak tahu nak guna benda alah Google+ tu meh.. Cari url blogspot,tadak pun :( Nama pun baru kan,jadi kena lah study kasi habis dulu,barulah leh jadi guru. Tak gitu cikgu?

Hmmm.. (sambil buat mulut muncung).. nampak gayanya kepada sesiapa yang mintak pertolongan saya untuk tunjuk ajar cara nak cantikkan blog guna Google+ , saya minta maaf sesangat,benda baru saya tak belajar lagi,kalau dah tahu serba sedikit saya kongsi ya.. Tapi saya agak ke-busy-an sedikit buat masa ini,tunggu masa lapang la gamaknya.. Sabar separuh dari iman kan? kan? kan? hehee..

Tapi ini pesanan aku buat all newbie. Bloggers baru sekalian :

- Kalau boleh elak menggunakan benda yang baru,yang di-rekemen-kan untuk buat blog. 

- Kalau ada keluar share with new bla bla bla , cuba cari pilihan lain @ benda yang anda rasa benda yang sama tapi dia tak rekemen-kan pun. Itu tandanya benda lama yang sama &  blogger lama guna kan. Paham tak ayat aku? haha

- Kalau tidak ada pilihan @ button lain untuk ditekan,anda terpaksa jugakla menggunakannya. Maka pelajarilah ia dengan sabar :)

Mesej ini dibawa khas untuk anda bagi mengelak sebarang kekeliruan sesama kita di masa hadapan nanti. heehehe.. poyo gilerssssss ayat!

p/s : kalau sesiapa faham macam mana nak trace blog melalui Google+ ni,meh terangkan kat aku eh.. aku ke-konpiusan ni.. :(
Photobucket

Antara YA,TIDAK dan TUNGGU !

Photobucket 
Kembali menaip :) Alhamdulilah..
Pagi ni nak taip pasal sesuatu kenyataan yang aku petik dari Aku Islam semalam.
Dok godeh-godeh internet,ter-goggle Aku Islam,rasa tenang sikit lepas baca motivasi yang si penulis tulis..
Thanks Aku Islam. Jap nak follow.. hahaha!

Ok.. dalam banyak-banyak penulisan beliau,aku suka sangat ayat yang ni :

1) Kalau Allah kata YA , maka doa kita akan dimakbulkan. Bersyukurlah.
2) Kalau Allah kata TIDAK , mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Teruskan mencari dan berusaha.
3) Dan kalau Allah kata TUNGGU , maknanya Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk kita. Bersabarlah sayang :)

Sejuk je hatikan bila baca.. huuuuuuuu.. aku edit sikit-sikit ayatnya,sekarang pun tengah senyum sambil menaip.. teringan sikit benda serabut dalam pala hotak ni.. 

Aku juga tersedar sebenarnya dugaan ni manis sangat. Sebab apa? Sebab Allah akan menguji hambanya yang DIA sayang supaya tidak akan terus leka dengan duniawi dan syaitan laknatullah tu..    m**i lah kau setannnnnnn!! (sila baca dalam nada serius dan ganas!)

SubhanaAllah.. rasa sayu pulak.. huhuhu.. 

Redha dan ikhlas dalam menghadapi dugaan dekat dunia ni adalah kunci ketenangan hakiki :) Amin~
Photobucket 

Monday, November 26, 2012

Kursus Mencetak Baju / Silkcreen Class

Photobucket 
Makluman buat sesiapa yang berminat untuk menanbah kemahiran dan berkeinginan untuk menjana perniagaan sendiri.


Banyak kelebihan kalau kita memperlajari sesuatu yang diluar kemahiran kita kan?


  1. Korang dapat menambah ilmu kemahiran dalam kehidupan.
  2. Kepada sesiapa yang nak mencuba untuk berbisnes seperti ini,percayalah profit margin sangat tinggi.
  3. Kepada para-para designer,jangan sia-siakan kelebihan anda. Jom ekspresikan kelebihan anda ke atas sesuatu.
  4. Boleh buat baju idaman kalbu sendiri. Only one in the world beb!!
  5. Untuk student,inilah masanya untuk menambah duit poket korang.
  6. Tak pening-pening lagi nak dapat baju yang sesuai dengan taste korang. Cetak je sendiri,habis cerita.
  7. Bayaran yang dikenakan lebih rendahhhhhhhhhhhhhhhh daripada biasa!
  8. Jangan biar diri korang terhad dengan sesuatu kemahiran sahaja. Cuba benda baru yang berfaedah takkan rugi pun.
  9. Peryertaan adalah terhad. Kalau berminat sila SMS di 0127643065. Moh ajak kawan-kawan!!
  10. Sila nyatakan size baju anda sekali ye. Korang akan cetak baju sendiri dan boleh terus pakai selepas kursus tamat :)
  11. Dan yang paling best,Cik Ainie pun akan sertai sekali kursus ni.. hahahahaha!! Jom jumpa :)

p/s : masa dan tempat akan diberitahu sebaik sahaja peryertaan bilangan peserta ditutup.
Photobucket

Tuesday, November 13, 2012

Cik Ainie Homecoming Blog-cert !

Photobucket 

Tajuk entry amacam? 
Macam retis tak?
Haruslahkan..
Nak jugak tiru ayat Yuna tu kan.. "Yuna Homecoming Concert"
Yuna,awak pinjam mike punya ayat sat naaa..
Nak buat update blog..
Nak gempak-gempak sikit gamaknya..
Terkejut tak? terkejut tak?
hahahaha.. Start dah buang tebiat.. 

Apa entah nak conteng dekat entry untuk homecoming kali ni..
Tadi banyak sangat nak taip..
Bila dah pegang keyboard,terus hilang idea..
Alahaiii.. kemana kau menghilang ni idea....?
Cepat datang balik... Come to mama! Come to mama!

Untuk pengunjung blog aku ni,yang baru atau yang lama..
Terima kasih sebab sudi singgah.. :)
Sudi membaca entry aku yang merapu ni..
Ce korang bagi idea,apa entry yang korang nak aku update at least sekali dalam seminggu..
Aku.. biasalah,itu mood jela kot..
Bila nak taip.. Apa nak di taip.. Kadang-kadang hancus lari tema..

Maklumlah sekarang,blogger dah berlambak-lambak kot..
Sangat sengit untuk kehadapan..
Ber-compete dengan blogger baru yang lebih advance dari aku..
Advanture sehhhh.. T_T

Okeh..
Idea datang dah.. datang dah...!

Okeh..
Nak tulis..

Itu jelah..
Hahahahahahahahhaha~
Photobucket

Buat Tatapan Untuk Titipanmu!

Photobucket 
Aku tak nak cakap banyaklah..

Ini aku tempah khas untuk kau..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, June 24, 2012

Entry Untuk Manusia Seperti Ini...

Photobucket 
Bismillahirahmanirahim..
**harap maaf. Kali ini entry berbaur agak marah,kecewa,geram dan menyampah serta kasar. Pada mereka yang tidak boleh terima,harap segera close blog ini dengan segera. Cik blog tidak akan bertanggungjawab diatas segala apa yang dirasai oleh anda (atau mungkin anda memang orang seperti ini?). Ini sekadar luahan hati Cik blog,tiada kena mengena dengan sesiapa**

Ini entry khas buat mereka yang talam dua muka,perasan bagus,suka tikam belakang orang lain dan fikir dia paling bagus dan betul daripada orang lain.

1. Orangnya cakap depan kita baik je,manis bak gula pasir.. siap puji-puji lagi. Boleh blah!

2. Orang pakai tudung,pakai songkok semua baik? Siapa cakap? Jangan terpedaya..Hipokrit paling ramai. Setuju!

3. Orangnya konon-konon cakap tak burukkan orang lain,siap main sumpah-sumpah lagi.
**ishhh.. bahaya..bahaya..

4. Orang macam ni,bila depan bos atau ketua,cakap nak hebat,tapi bila ada salah,cepat je nak salahkan orang lain. Tak baik.. moga Allah beri peringatan.

5. Orangnya depan kita senyum melirik,belakang kita,mak aii.. segala bawah kain semua tersingkap. Kurang ajar betul kan?

6. Orangnya bila cakap tetang pengalaman,nak gah memanjang. Jadi tukang cuci pun pernah you! Pendek kata semua kerja dia pernah buat lah! Hebat siot!

7. Orang macam ni tak boleh kita lebih sikit,mesti iri hati. Konon-konon puji orang tu depan orang lain,padahal nak pancing untuk ngumpat.. "dia layak ke rasa-rasa korang?" damn!

8. Orang macam ni depan kita bagi semangat,bila kita salah sikit,cakap dekat orang lain,kita dah putus asa.Itu tak menjatuhkan ke?

9. Orangnya tak boleh tengok kita rapat dengan musuh dia. Mesti tak senang duduk kan? :p

10. Orang macam ni kena bertemu buku dengan ruas,baru dia faham tak semua manusia ni boleh jadi macam apa yang dia nak. Baru terbeliak biji mata.

Jadi profesional tak susah,tapi untuk berprofesional itu susah.
Untuk mereka yang berperangai macam ni dekat luar sana,renung-renungkanlah sebelum menyesal.
Allah itu maha adil. Sekarang dunia ni dapat balasan tunai. Tak takut ke?

Banyak lagi ciri-ciri untuk orang macam ni,tapi aku dah naik malas nak fikir. Perangai macam budak-budak yang tak matang. Padahal dah tinggi zirafah dah umurnya. Aku dah kena,dulu mungkin aku senyap,diamkan je bila kena. Tapi sekarang jangan harap,hormat memang hormat,kalau sampai menjejaskan mood aku,emosi aku,reputasi kerja aku,periuk nasi aku,tinggi macam mana pun pengalaman dia,kalau salah,tetap salah.

Dah terlalu banyak aku bersabar dan bertahan..

Pada siapa yang dah terkena dengan orang macam ni,jangan duduk diam macam aku. Terima je salah yang bukan salah kita. Bertindak untuk selamatkan diri sendiri dengan segera. Jangan biar dipandang lemah lagi...
Photobucket

Saturday, January 14, 2012

Cara Pulihkan Hubungan.

Photobucket 
Hidup ni tak semestinya indah. Begitu jugak dalam percintaan. Ada pasang surutnya. Tak semuanya sempurna. Setiap orang akan ada masalah sendiri,hanya akal dan keimanan je yang menentukan samada kita berjata atau tidak untuk menanganinya. Ikut hati Mati,ikut rasa Binasa!
Kalau ada agama,dan praktikkan dengan cara yang betul,InsyAllah,mesti ada jalan yang boleh membantu. Eh,mana ada masalah kat dunia ni takde jalan penyelesaiannya? Betul? Pendek kata,gunakan akal fikiran tu dengan betul. Tapi kalau panjang yang kata,aku tak tahu la pulak.. huhuhu sila jangan gelak,Ainie tengah buat lawak bodoh tu weiiiii! Oleh sebab aku sekarang pun tengah dilanda ombak.. gitewwww yer. haha. Aku nak share sikit dengan korang macam mana cara nak pulihkan hubungan kita dengan pasangan. Aku pun tengah praktikkan sebenarnya ni,masih lagi mencuba.. harap-harap berjayalah hendaknya. Amin~
Hendaklah dikongsikan disini,kalau iman tak kuat,kesabaran masih kurang,janganlah bertunang lama-lama,sebab dugaan memang tinggi. Syaitan tak suka anak cucu cicit adam melakukan kebaikan,lagi-lagi nak mendirikan masjid. Jadi cepat kumpul duit dan lengkapkan diri dengan perintah Allah,jauhi laranganNya.


1) Bila bergaduh tu,ada masalah sikit,elak diri dari bertentang mata dengan pasangan. Berdiam diri sambil beristigfar.
2) Tarik nafas dalam-dalam. Fikirkan yang positif. Mengapa dan kenapa?
3) Bersolat,berdoa,berzikir... mengaji dan mengingati Allah. Solat Istikarah yang selalu digunakan untuk mendapatkan ketenangan.
4) Bila dah reda,mulalah berbincang dengan tenang. Elak meninggikan suara sehingga membuat pasangan marah. Buang sifat ego.
5) Menangislah semahunya jika perlu sebab menangis boleh meredakan perasaan.
6) Cari mereka yang boleh berkongsi masalah dan dipercayai.
7) Fikirlah kearah kebaikan yang telah pasangan beri,bukan keburukan.
8) Setiap umat manusia layak untuk diberi peluang kedua. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya,apatah lagi kita sebagai hambaNya.
9) Redha dan bersyukur diuji. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia tak mahu kita hanyut dengan duniawi.
11) Ada lagi sebenarnya tapi dah lupa,kalau aku ingat aku update lagi ok :)


p/s : kalau pasangan kita memang tak reti faham dan memang tak akan berubah,elok ditinggalkan je! Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. So jangan risau. :)


p/s/s : aku pun belum kahwin,dan tengah menuju kearah itu,banyak lagi yang tak tahu,banyak lagi yang perlu belajar.. kalau sesiapa fikir aku poyo dan berlagak tahu,aku mintak maaf,bukan niat aku,aku sedar aku masih kurang.. aku kongsikan setakat yang aku tahu..
Photobucket

Friday, January 13, 2012

Berikan Aku Kekuatan Itu.........

Photobucket 
Dalam satu minggu aku diuji dari pelbagai sudut. Allah Maha Besar,hanya Dia yang mengetahui disebalik setiap kejadian.

Aku insan kerdil. Banyak dosa-dosa dari kecik sampailah sekarang ni. Inilah dikatakan balasan dan hikmah. Moga-moga dapat membuka mata dan minda serta hati kita untuk kembali kepadaNya untuk meminta pertolongan. Kerana kesibukan bekerja,balik rumah badan dah letih,solat terabai,mengaji tertinggal,berdoa apetah lagi. YaAllah.... Aku khilaf,aku berdosa yang teramat sangat. Telefon Mak dan Abah pun dah tak selalu macam dulu. Dah datang dugaan sebegini barulah terdetik,teringat apa yang kita tertinggal dan terlepas. Cukup banyak! Aku tak malu untuk mengaku. Ya,berikan jelah aku sebarang gelaran. Aku terima. Sebab setiap manusia tiada yang sempurna. Semua pernah melakukan kesilapan. Besar dan kecik. Lumrah hidup. Kadang diatas,kadang dibawah,kadang sentiasa diduga,kadang sentiasa diberi nikmat. Tapi semua tu hanyalah sementara. Didunia tak kekal,di sana nanti yang kekal abadi.

Aku sentiasa lupa. Kita hidup dan berkerja adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT,bukan untuk hidup semata-mata. Semua dalam dunia ni pinjaman,takde yang kekal. Aku selalu lupa! Selalu alpa! Apetah yang dikejarkan sangat dengan duit. Betullah orang kata ; Duit adalah ibu kejahatan. Tepat sekali. Kalau salah percaturan,hancurlah umat manusia.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Aku ada diari sendiri. Dalam tulah aku menulis macam-macam. Mostly cerita sedih. Biasalah budak-budak. Kena marah sikit sedih. Fikir mak ayah dah tak sayang lagi,nak lari rumahlah,terfikir diri sebenarnya anak angkatlah,itulah inilah.. hahaha~ sangat kebudak-budakkan. Tapi tak tahu dah kemana diari tu. Confirmlah dah kena buang,berapa kali dah family aku ni pindah randah. Aku tak reti nak berkongsi cerita dengan orang lain,dalam buku jugaklah aku membebel. Bila baca balik mesti kelakarkan? huhu~ Bila dah besar ni,ada seseorang yang sudi mengambil berat disisi,rasa selesa cerita dengan dia. Itu ke mananya Mr.Right a.k.a Mr.Farhan? Dan itu jugak tandanya kita percayakan seseorang. Tapi bila kepercayaan itu DIKHIANATI,percayalah seumur hidup akan dikenang. 

Jap dah lupa apa motif menulis entry ni.. hahahaha.. asyik orang lalu lalang,tak leh nak fokus! potong stim betullah....................................

Ok,dah ingat balik! Alamak lapar la pulak perut ni...................................... =_="

Allah uji kita dengan pelbagai cara. Susah dan senang. Takpelah,bila diuji dengan kesusahan,InsyaAllah senang adalah ganjarannya. Amin. 

Sekarang ada blog,dah jadi diari maya. Aku cerita dalam blog bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau sesiapa,cuma dengan niat sebagai iktibar untuk kita dimasa hadapan. Dulu time takde blog,baca blog orang,sekarang dah ada blog,orang baca blog kita plak. Kehidupan right?

Dan sekarang Ainie :
1) Solat jangan terlepas lagi..
2) Rajin mengucap syukur..
3) Jangan mengeluh..
4) Solat sunat dan berdoa..
5) Berusaha dan terus berusaha..
6) Bersabar dan kuatkan semangat..
7) Cuba jadi yang baik dari semalam..
8) Rajin dan jangan malas..
9) Mengingati dan berfikir dahulu..
10) Redha dan bertawakal..

Setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya.

p/s : time menulis entry masih lagi berada dalam keadaan sedih dan blur.. nak kena solat isthikarah balik ni,mintak dikuatkan hati.. sebab tu dah lama tak update blog,takde kekuatan.. average entry kali ni agak sedih tapi buat-buat happy macam selalu :)

Photobucket

Wednesday, December 7, 2011

Online Shopping!

Assalammualaikum semua :)

Manager aku cuti = aku boleh update blog sikit-sikit naaa.. :) rindu nak bercerita dekat pembaca.
Dekat office aku ni tengah gila bershopping dalam internet. Pergh! Lawa-lawa juga aku tengok barang-barang yang dijual dalam internet ni,tapi boleh percaya ke? Tak mahal ke?

Kisah 1 :
Officemate beli baju. Dapat seperti yang diharapkan. Tetapi bila dah cuba,dia pulak kurang puas hati. Susah juga beli dulu tanpa mencuba,kan?
Kisah 2 :
Officemate beli baju. Tidak dapat seperti yang diharapkan. Nampak sangat penjual tak jujur. Susah juga beli tanpa melihat secara depan-depan,kan?
gambar hiasan.. baju bukan untuk dijual,model pun bukan untuk dijual :P

Moral of the story :
Nak beli boleh,tapi kena selidik dulu latar belakang customer atau perniagaan yang dijalankan. Adakah baik/bagus/bermutu dan menepati piawaian.. Oleh itu,silalah jadi pengguna yang bijak dan teliti sebelum membeli sesuatu. Bagi penjual,janganlah menipu,nak untung je lebih,hati customer kena jaga loooo.. Customer tak puas hati,tak berkat perniagaan anda kan?

Dalam gambar semua nampak cantik,tapi aku masih ragu-ragu. Nak beli ke tak nak.. Dua kisah yang terjadi dalam masa 2 minggu ni,betul-betul buat aku kecut perut. Baru nak mencuba beli barang dalam talian ni,tup tup...... simpati juga dengan mereka,agak mahal tuh.. fiuh~

Aku ada tengok-tengok barang yang sesuai untuk dibuat hantaran  hadiah,maklumlah nak lain daripada yang lainkan,kenalah rajin mencari. Tarikh pun tinggal berapa hari je,1 barang pun tak prepare lagi,barulah aku tahu macam mana stressnya bakal pengantin nak kejar masa. 

Apa korang senyum-senyum?? Aku nak kahwin??? Eh,bila masa? Siapa yang cakap? Memandai-mandai je korang ni ye,kan aku potong tulisan hantaran dengan bakal pengantin tu.. eleh,propa je kan aku ni. hahahahaha! (ok sekarang doa kan kami semuanya berjalan dengan lancar.. terima kasih sayanggggggggggggg!) Tak mahu cakap lebih-lebih. Tettt!

Minggu ni aku nak pi cari kasut,dah lama seh tak cuci mata tengok kasut. Teringin sangat nak design kasut sendiri. Hoyeah~.....................

harap maklum ye semua,aku memang HANTU kasut..!

Jap,ada urgent job perlu diselesaikan dulu... adios amigos bebeh!

Photobucket

Monday, May 9, 2011

Tips : Macam Mana Nak Cantikkan Wajah?

Hah! Mari aku kongsikan dekat korang macam mana nak cantikkan muka kita ni. Kulit yang mulus,gebu.. pergh! Buat orang cair macam eskem je bila pandang.... haha.

Ok.. Kita mulakan,baca dengan tenang satu persatu,InsyAllah berhasil. Ready?
1.Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
 2.Awak dah cukup normalkan kenapa nak tips lagi? oklaa..Tips ada dekat no.5.
3.Ok.Pakai tudung cantik,tak pakai pun cantik,nak tips lagi ke? Sila tengok kat no.7 pulak.
 4.Awak dah cantik dah kan? Betul tak? Salah ke? Alaa.. try kat no.8 la kalau macam tu!
5.Eh adik manis! Silap no pulak,sila ke no.10.
 6.Laa.. Penat? Oklah,yang betul punya kat no.9 tu.
7.Bagus! Manyak cute la awk nih.. Meh baca dekat no.4 pulak.
 8.Baiknya awak. Cun woooo! Salah lagi ke? ok,baca kat no.6 eh.
9.Wah!!! terharulah... :) Ok la.. ok laa... sebenarnyakan rahsia ada dekat no.2,baik korang baca betul-betul.
 10.Jap! Salah! Salah! Patah balik ke no.3.


Laaaa... apa pulak salah topik.. betul la tuh,at least kat muka korang terukir senyuman walaupun malu-malu nak senyum kan? kan? kan? Senyuman ikhlas tanda hati senang,hati senang tanda bahagia,bahagia tanda apa?? Tanyalah pada diri sendiri bahagia sebab apa.. malu-malu pulak.. elehhhh.. hehehe

p/s : nak cantik tak perlu berbelanja mahal-mahal la,sekadar senyuman dah cukup,bila senyum otot-otot muka merengang,bila dah rengang kuranglah kedutan,confirm orang cakap sweet 17th punya lah!! :) ok sekarang SENYUM..!
Photobucket 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...