just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, January 14, 2012

Cara Pulihkan Hubungan.

Photobucket 
Hidup ni tak semestinya indah. Begitu jugak dalam percintaan. Ada pasang surutnya. Tak semuanya sempurna. Setiap orang akan ada masalah sendiri,hanya akal dan keimanan je yang menentukan samada kita berjata atau tidak untuk menanganinya. Ikut hati Mati,ikut rasa Binasa!
Kalau ada agama,dan praktikkan dengan cara yang betul,InsyAllah,mesti ada jalan yang boleh membantu. Eh,mana ada masalah kat dunia ni takde jalan penyelesaiannya? Betul? Pendek kata,gunakan akal fikiran tu dengan betul. Tapi kalau panjang yang kata,aku tak tahu la pulak.. huhuhu sila jangan gelak,Ainie tengah buat lawak bodoh tu weiiiii! Oleh sebab aku sekarang pun tengah dilanda ombak.. gitewwww yer. haha. Aku nak share sikit dengan korang macam mana cara nak pulihkan hubungan kita dengan pasangan. Aku pun tengah praktikkan sebenarnya ni,masih lagi mencuba.. harap-harap berjayalah hendaknya. Amin~
Hendaklah dikongsikan disini,kalau iman tak kuat,kesabaran masih kurang,janganlah bertunang lama-lama,sebab dugaan memang tinggi. Syaitan tak suka anak cucu cicit adam melakukan kebaikan,lagi-lagi nak mendirikan masjid. Jadi cepat kumpul duit dan lengkapkan diri dengan perintah Allah,jauhi laranganNya.


1) Bila bergaduh tu,ada masalah sikit,elak diri dari bertentang mata dengan pasangan. Berdiam diri sambil beristigfar.
2) Tarik nafas dalam-dalam. Fikirkan yang positif. Mengapa dan kenapa?
3) Bersolat,berdoa,berzikir... mengaji dan mengingati Allah. Solat Istikarah yang selalu digunakan untuk mendapatkan ketenangan.
4) Bila dah reda,mulalah berbincang dengan tenang. Elak meninggikan suara sehingga membuat pasangan marah. Buang sifat ego.
5) Menangislah semahunya jika perlu sebab menangis boleh meredakan perasaan.
6) Cari mereka yang boleh berkongsi masalah dan dipercayai.
7) Fikirlah kearah kebaikan yang telah pasangan beri,bukan keburukan.
8) Setiap umat manusia layak untuk diberi peluang kedua. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya,apatah lagi kita sebagai hambaNya.
9) Redha dan bersyukur diuji. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia tak mahu kita hanyut dengan duniawi.
11) Ada lagi sebenarnya tapi dah lupa,kalau aku ingat aku update lagi ok :)


p/s : kalau pasangan kita memang tak reti faham dan memang tak akan berubah,elok ditinggalkan je! Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. So jangan risau. :)


p/s/s : aku pun belum kahwin,dan tengah menuju kearah itu,banyak lagi yang tak tahu,banyak lagi yang perlu belajar.. kalau sesiapa fikir aku poyo dan berlagak tahu,aku mintak maaf,bukan niat aku,aku sedar aku masih kurang.. aku kongsikan setakat yang aku tahu..
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...