just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, January 13, 2012

Berikan Aku Kekuatan Itu.........

Photobucket 
Dalam satu minggu aku diuji dari pelbagai sudut. Allah Maha Besar,hanya Dia yang mengetahui disebalik setiap kejadian.

Aku insan kerdil. Banyak dosa-dosa dari kecik sampailah sekarang ni. Inilah dikatakan balasan dan hikmah. Moga-moga dapat membuka mata dan minda serta hati kita untuk kembali kepadaNya untuk meminta pertolongan. Kerana kesibukan bekerja,balik rumah badan dah letih,solat terabai,mengaji tertinggal,berdoa apetah lagi. YaAllah.... Aku khilaf,aku berdosa yang teramat sangat. Telefon Mak dan Abah pun dah tak selalu macam dulu. Dah datang dugaan sebegini barulah terdetik,teringat apa yang kita tertinggal dan terlepas. Cukup banyak! Aku tak malu untuk mengaku. Ya,berikan jelah aku sebarang gelaran. Aku terima. Sebab setiap manusia tiada yang sempurna. Semua pernah melakukan kesilapan. Besar dan kecik. Lumrah hidup. Kadang diatas,kadang dibawah,kadang sentiasa diduga,kadang sentiasa diberi nikmat. Tapi semua tu hanyalah sementara. Didunia tak kekal,di sana nanti yang kekal abadi.

Aku sentiasa lupa. Kita hidup dan berkerja adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT,bukan untuk hidup semata-mata. Semua dalam dunia ni pinjaman,takde yang kekal. Aku selalu lupa! Selalu alpa! Apetah yang dikejarkan sangat dengan duit. Betullah orang kata ; Duit adalah ibu kejahatan. Tepat sekali. Kalau salah percaturan,hancurlah umat manusia.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Aku ada diari sendiri. Dalam tulah aku menulis macam-macam. Mostly cerita sedih. Biasalah budak-budak. Kena marah sikit sedih. Fikir mak ayah dah tak sayang lagi,nak lari rumahlah,terfikir diri sebenarnya anak angkatlah,itulah inilah.. hahaha~ sangat kebudak-budakkan. Tapi tak tahu dah kemana diari tu. Confirmlah dah kena buang,berapa kali dah family aku ni pindah randah. Aku tak reti nak berkongsi cerita dengan orang lain,dalam buku jugaklah aku membebel. Bila baca balik mesti kelakarkan? huhu~ Bila dah besar ni,ada seseorang yang sudi mengambil berat disisi,rasa selesa cerita dengan dia. Itu ke mananya Mr.Right a.k.a Mr.Farhan? Dan itu jugak tandanya kita percayakan seseorang. Tapi bila kepercayaan itu DIKHIANATI,percayalah seumur hidup akan dikenang. 

Jap dah lupa apa motif menulis entry ni.. hahahaha.. asyik orang lalu lalang,tak leh nak fokus! potong stim betullah....................................

Ok,dah ingat balik! Alamak lapar la pulak perut ni...................................... =_="

Allah uji kita dengan pelbagai cara. Susah dan senang. Takpelah,bila diuji dengan kesusahan,InsyaAllah senang adalah ganjarannya. Amin. 

Sekarang ada blog,dah jadi diari maya. Aku cerita dalam blog bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau sesiapa,cuma dengan niat sebagai iktibar untuk kita dimasa hadapan. Dulu time takde blog,baca blog orang,sekarang dah ada blog,orang baca blog kita plak. Kehidupan right?

Dan sekarang Ainie :
1) Solat jangan terlepas lagi..
2) Rajin mengucap syukur..
3) Jangan mengeluh..
4) Solat sunat dan berdoa..
5) Berusaha dan terus berusaha..
6) Bersabar dan kuatkan semangat..
7) Cuba jadi yang baik dari semalam..
8) Rajin dan jangan malas..
9) Mengingati dan berfikir dahulu..
10) Redha dan bertawakal..

Setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya.

p/s : time menulis entry masih lagi berada dalam keadaan sedih dan blur.. nak kena solat isthikarah balik ni,mintak dikuatkan hati.. sebab tu dah lama tak update blog,takde kekuatan.. average entry kali ni agak sedih tapi buat-buat happy macam selalu :)

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...