just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, June 10, 2011

Nak Kahwin Dengan Anak Raja?

Nak kahwin dengan ANAK RAJA..

Kenalah berusaha,anak raja bukan jatuh dari langit..

Kalau dah jumpa,kejar sampai dapat..

Dan buktikan KETULENANNYA :

Mestilah banyak DUIT..

Pandai menari,


Bergaya ala The Beatles..

Dan mestilah BIJAK!

Bila dah dapat,tawan hatinya..jaga elok-elok..

Kunci! Mangga kemas-kemas..

Supaya elak di RAMPAS!

macam prince william dan kate ni hah. rezeki dia,dulu berangan sekarang kenyataan. 
Jadi jom kita berangan beramai-ramai,mana tahu rezeki kita pulak.. ngeh~

Sekian tips cilok dari ASTRO kemudian ditokok tambah. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekian terima kasih. hehehe. Peace ASTRO! :)

p/s : tipulah kalau korang tak pernah berangan nak kahwin dengan anak raja... alahhh segan-segan pulak.. kita sama je. hahahaha!
Photobucket

Mereka Sakit :(


Mereka sakit sekarang ni. Abah,adik-adik aku dan sekarang mak aku pulak berjangkit. Kesian tengok mereka. Sakit apa? Batuk-batuk. Teruk. Sekarangkan musim panas,cuaca tak menentu. Dah berapa minggu tak jugak baik-baik. Dari seorang ke seorang. Ya Allah,moga kami diberi kesihatan yang baik. Amin.

Paling teruk batuk abah aku tu hah. Bukan apa,dalam umur dia yang meningkat sekarang ni,aku harap dia taklah dapat sakit yang membahayakan nyawa dia. Sampai semput-semput tarik nafas. Tengah malam semalam kejut mak aku hantar pergi hospital sebab sakit dada. Alahai,sayu je aku tengok . T_T
Hope abah cepat sihat dan mak rajin makan ubat,jangan bagi melarat batuknya.

Kalau dah nak sakit,kita jangan merungut,sebab sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil :) Sakit itu jugak jalan untuk kita muhasabah diri,moga kita insaf dengan kekhilafan yang lalu. 

Peringatan untuk aku juga. Doakan kita semua panjang umur dan dipermudahkan segala hal. InsyaAllah.
Photobucket

Penang,Here We Come......!

Assalammualaikum :) hehe.. bersua kita lagi dalam post aku yang terbaru untuk waktu ini. huhuhulalalalaaaa..

Alah,takde nak story ape pun,cuma..
            Pada cuti sekolah yang lepas,saya dan keluarga saya pergi bercuti ke (ke atau di ek? konpius nihh,cikgu tolong saya) Pulau Pinang. Kami sangat gembira kerana dapat berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang. Antara tempat-tempat yang kami lawati adalah seperti Bukit Bendera,Batu Feringghi dan Gurney Plaza(mahal!). Kami juga telah sempat singgah makan di Padang Kota(lagi mahal makanan kat sini!). Esoknya kami berkemas barang dan pulang ke rumah. Tamat.

Dah lama tak karang karangan macam time sekolah rendah dulu ek? hahaha. Time cuti sekolah je,confirm cikgu kasi homework then suruh tulis karangan dengan tajuk "Pada cuti sekolah yang lepas............" bla bla bla... hahaha. Rindu kat cikgu plus time sekolah lah pulak tapi tak rindu dekat exam and homework ok ;p

Penang? Hmm.. Banyak perubahan. Makin membangun. Macam kat Singapore pulak rasanya(tak penah pergi pun,dengar orang cakap je,wueekkkk ;p). Biasalah bandar bila dah maju,barang mesti ada yang mahal,ada yang murah,kena pandai carilah kan. But,not bad just 1 i hate Penang so much is when we're stuck in traffic jammed! Penang tu kecik,tapi kereta tak padan langsung! So aku rekomenkan korang bila nak berjalan kat Penang tu pakailah bus or naik basikal or naik motor. Takdelah tension sangat nak pergi tempat sekangkang kera kat depan tu je leh jadi lambat berjam-jam. Fiuhhh~ What,KL lagi teruk?? Ok,malas dah nak komen apa-apa tentang KL,sendiri pernah duduk,sendiri rasa. Pendapat aku? Kan dah taip tadi,NO KOMEN! Adoiiiii.. Sekarang nak cerita pasal Penang bukan KL,Ainie oh Ainie,tembak ko kang!

Laaaa.. terus blur nak cerita pasal apa lagi tadi. Hahahaha.. takpelah,layan gambar yang tak berapa nak lawa jela ye. Peace! :)

A'ah ek,baru aku perasan,kerja aku jalan-jalan cari makan jela start last bulan may hari tu then sambung pulak awal bulan jun. Mula-mula dengan members pergi Terengganu,lepas tu dengan dengan family pulak pergi Penang. Bila la pulak dengan suami pergi honeymoon ek. Opss! Amboi Cik Ainie gatai eh! kahwin pun belum. hehehe. Tak salahkan berangan dari sekarang.. Mak Abah,peace yoo! :)



gambar tiga kat atas ni kat lumut,balik kampung belah abah aku kat Setiawan dulu before gerak ke Penang,dekat sikit.


Haagen-Dazs~


bersama si poyo jugak! hahaha

Malam kat Penang hari tu member abah aku leh pulak belanja makan eskem Haagen Dazs yang giler mahal! Yes,aku jakun beb,kalau banyak duit sekalipun,rasanya takde la sampai berhabis duit makan eskem yang dahlah mahal + manis giler! Rasanya? Samalah kot rasa eskem yang lain,cuma harganya jela yang lain. hahaha!(jawapan ikhlas dari seorang yang bukan kaki eskem)
Eskem walls yang Rainbow tu jugak tetap menjadi pujaan hatiku! RM1 je tau. ;p

Dan,berjalan-jalan memang best tetapi :

Yeahh babe,I'm so exhausted till today........................ mengantuknyaaaaaaaaaaa!
Photobucket

Thursday, June 9, 2011

Terengganu Darul Aman :)

Assalammualaikum readerssssssss!!! pergh! lama giler aku tak update blog ek,bila tengok-tengok blog,last post pertengahan bulan 5 hari tu,skrg dah masuk awal bulan 6,elehh.. belum genap sebulan dah kecoh aku ni,biasalahkan minah poyo sikit,kadang-kadang je ok.. ;p

Yup,quite busy here,pergi situ,pergi sini. Bukan urusan kerja pun,saja mengikut orang berjalan cuci mata. hahaha! Okeh,end of may hari tu aku and the geng,ceh! the geng konon,hehe.. kiteorang ke Terengganu. Ada kenduri kahwin ex-classmate aku masa kat kolej dulu,kami panggil die Cik Adah,sekarang dah tukar Puan Adah pulak.. Alhamdulilah,jodoh dia dah sampaikan,kami tumpang hepi!!!

Terengganu? Yes,1st time aku pergi. Teruja sangat,konvoi dengan members yang lain. Gerak malam pukul 930pm dari JB,lalu mersing - endau rompin - kuantan - kuala terengganu sampai dalam pukul 700am. Korang kiralah sendiri berapa jam perjalanan kami. Cuma nak bagitahu,macam nak tercabut kepala aku sebab tak cukup tidur + lalu jalan lama yang berbengkang bengkok + salah masuk jalan! haha! Bab salah masuk jalan tu yang paling best pada aku walaupun serammmmmmmmm. Aku tengok kat dashboard kereta pukul 1++am,dah masuk pahang kalau tak silap aku,kiteorang follow kereta member kat depan (konvoi dua kereta,save budget sikit),dua-dua kereta pakai gps tapi tak sama peta,can imaging that?? Time tu la nak salahkan satelit. Redahkan aje lah. Dahlah lalu jalan lama,just kereta kiteorang dua je,rumah tak nampak apetah lagi stesen minyak. Tiang lampu pun takde! Kiri kanan gelap gelita. Dan-dan lembu pulak melintas. Aduh,tak kecut perut lak aku kan. Terus segar biji mata! Kat kepala ni dah keluar macam-macam cerita han**. Amik ko! Suka sangat tengok cerita seramkan,sekarang seram sendiri. Last movie aku tengok Karak,adeiii.. nasib baik tak lalu karak beb! Tapi lalu pulak jalan lain.. haha! Kat dalam kereta jangan cakaplah,mulut tak henti kumat kamit baca ayat kursi. And Alhamdulilah,nothing bad happen to us until we arrived at Terengganu :) (speaking konon,ayat pun berterabur..)

Taknak cakap lebih-lebih,just nak kongsi pengalaman yang best untuk aku for this year! Untuk kawan-kawan aku yang sporting tu,korang memang best! Sayang korang. Next vacation kita kat mana pulak weh???!!
dua hari kat sana,pengantin bagi kami makan pure nasi dagang,serius,sedap!

inilah pengantin yang bagi kami sangat sporting gitu! rindu memories daun pisang kite adah oiii..
gambar bawah nih kat pantai batu buruk. Macam nak mandi,tapi takleh mandi dah kata pengantin :( sebab amaran tsunami kat Jepun dulu,Terengganu pun terus kasi amaran takleh mandi.. main pasir,kejar-kejar ombak pun jadi la ye tak? hehe



Gambar-gambar lain ada kat dalam facebook,tak larat nak upload banyak-banyak. Semangat malas dah datang balik! Huarghhh!! 

Balik dari Terengganu sempat pulak singgah mandi kat Bukit Gambang Water Park. Gilerr jakun kiteorang ni,kalah budak-budak kat situ. Peace ye adik-adikkkk,abang kakak nak tumpang mandi! ngeh~
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...