just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, January 4, 2012

24 Disember 2011 : Majlis Pertunangan

Photobucket
Agak lambat ke untuk aku post pasal E-Day aku 24hb Disember hari tu? hahaha.. Takpelah,janji updated jugak kan? kannnnnnnnnnnnnnn??

Meh aku ceritakan serba sedikit disebalik tabir sebelum majlis pertunangan aku yang berlangsung 24 Disember 2011 lepas. Aku adalah seorang yang sangat tidak sukakan sesuatu yang aku boleh buat by hand tetapi kena bayar lebih. Oleh itu segala hantaran aku kecuali sirih junjung,aku buat sendiri. Walaupun agak simple tetapi aku puas. Masa aku nak beli barang hantaran hari tu,aku singgah Plaza Angsana JB,masuk kedai florist + wedding. Aku nak cari bunga,then promoter tu pun tanyalah :
"nak buat sendiri ke hantaran nanti dik?"
"rasa-rasanya macam tu lah kak.." (sambil tersenyum)
"lengkap dah ke barang-barang yang lain? Tak senang sebenarnya nak buat hantaran ni dik. Kena ada stand,kabus dan.. bla bla blaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..."
Aku dengar pun dah ternganga. Takkanlah susah sangat nak buat hantaran kot. Gubah situ,gubah sini je kan.
"kalau nak suruh kami buat pun boleh. Adik tengok contoh kami ni,cantik kan? Semua sekali lengkap dalam rm1500."
Tuh diaaaaa! Mak ai! Budget aku dalam rm250 je kak...... Hantaran yang dorang gubah pun macam dah lapuk,biasa-biasa punya. Cliche~ Harap maklum,Plaza Angsana tu memang terkenal dengan harga barang yang mahal,dari hujung kaki sampai hujung rambut. Orang Singapore je sanggup berhabis duit dekat situ. Kayalah katakan.. kaya ke? Isi minyak pun dekat Malaysia... oppps! (saya anti dengan orang luar Malaysia yang tak reti adap bila masuk negara orang)

Aku nekad,hantaran aku memang aku nak buat sendiri. Ronda punya ronda,dan ini adalah hasilnya :
Jumlah kos dalam rm250. Dan aku leh gubah jadi macam kt bawah ni :
Hantaran belah lelaki.

  Aku nak ikut citarasa aku,Mr.Bear suka warna hitam dan ringkas. Aku combine kan hitam + silver untuk reben. Tapi Mr.Bear ni suka bunga rose la pula. Ok takde hal... huhu
Ini pula hantaran belah perempuan.
   Aku suka warna lembut,jadi aku matching kan putih biru + bunga lavendar dan morning glory. Asyik pakai bunga rose je,boring~

So dah siap gubah,tinggal berapa hari je lagi.. dup dap dup dap dah ni..
 Sekejap sangat rasanya masa berlalu.....maka akhirnya,

24 Disember 2011 : Majlis Pertunangan

Yang duduk sebelah aku tu.. My Mummy!!!! :) Tq mak,sayang mak lebih! 
Gambar ni idea my lovely sister... siap suruh aku edit-edit lagi.. hahaha. Ok yong,siap sudah! :)

Ini saat nak tunggu makcik Mr.Bear masuk sarung cincin,sempat lagi tu dok bergambar dalam bilik,padahal dalam hati Allah jelah yang tahu...

Walaupun majlis yang dirancang agak mengejut,minta maaf sangat-sangat kepada Mak dan Abah sebab setuju dan turutkan segala permintaan anakmu ini. Simple dan berjaya. Terima kasih tak terhingga,dan terima kasih sekali lagi... T_T

Angah sayang Mak dan Abah! :)

Buat mereka yang kecik hati,ini baru majlis tunang,majlis nikah tu yang pentingkan. Minta maaf dekat korang,InsyAllah bila sudah ditetapkan tarikh dan di izinkan olehNya,kad jemputan pasti menyusul..


Doakan kami. Amin dan Alhamdulilah~

Ok. Rasmi sudah saya tunang Mr.Bear a.k.a En.Farhan :) (hahaha.. gatai!)

p/s : nak je aku pegi plaza angsana balik dan cakap dekat akak keja dekat florist tu,kos saya tak sampai rm1500 pun,comei je jadinya tak macam akak punya,serabut! ahaksss.. mujurlah aku masih berbudi bahasa.. selamat kau kak! hahahaha
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...