just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, December 20, 2011

Kisah Semalam!

Photobucket
Ini kisah bersambung pasal semalam.
Ala entry yang aku tulis konon dug dag dug dag tu ler.. geli je kan? hahaha
Eleh.. biarlah.. ada korang kisah ke?? :P
Ok. ok ok... Jangan kutuk i lebih-lebih,dosheerrrr tau..

Semalam macam mana eh? Korang nak tahu ke? Alaaa.. ngada-ngada sungguh aku ni,gedik meh..
Nak cerita-cerita pulak,macamlah ada orang berminat nak baca.. kan kan kannnnn??? Siapalah saya ni kan,seorang manusia biasa je (ayat poyozzzzzzzzzzzzzz sungguh!)
Dah,abaikan aku yang mengada-ngada ni....

Semalam ok-ok je. Jumpa pun just nak tanya macam mana. Dorang nak merisik dulu,then baru putuskan tarikh. Seram sejuk tu jangan cakaplah,macam orang nak pergi interview apa ntah. Orang tu relax je,aku yang mengelabah tak tentu pasal. Off cause lah ok! Aku memang ada penyakit nervous gila,bila berada dalam satu situasi yang tak munasabah pun aku leh nervous,hatta nak pergi beli barang dekat kedai depan rumah je! Pelik ke idak tu? ish ish ishhhhh... Itu baru nak ke dai beli barang,kalau nak bersanding depan orang ramai? Oh no!!!
Ini kisah betul,tak tipu

Tak lama pun dekat rumah makcik Mr.Bear tu. Aku ingatkan macam nak kena jawab kertas exam,rupanya ujian lisan je. hehehe.. Nasib baik. Aku tak tahu nak bawak buah tangan apa,last-last Mr.Bear beli mutabak daging,jadi ler kan dari takde kasi apa-apa.

Makcik dia kasi cincin pusaka arwah mak Mr.Bear suruh aku pakai. Sekali besar daaaa... balik ni terpaksa pergi kedai emas,nak suruh kecikkan sikit cincin tu. Malu-malu tau i nak terima cincin tu semalam.. miaw miaw.. ^_^v

Lepas je balik dari rumah makcik Mr.Bear,sampai rumah,selesaikan solat,aku apa lagi,terus panaskan gam tembak. Akhirnya siap jugaklah sikit hantaran tu. Aku tengok jam,ok.... dah pukul 12.30am!

So,hari ni..... aku sangat mengantuk!

Photobucket

Monday, December 19, 2011

Hatiku Ber-dug-dag Dug-dag!

Photobucket
Hati aku sekarang macam ni :
Sekejap kencang! (pergh,ayat! takleh tahan seh..) Sekejap perlahan..Sekejap lagi kencang balik,lepas tu makin nak malam,makin berdebar-debar.. Mahu taknya,makcik Mr.Bear nak jumpa aku la pulak malam ni. Katanya sesi suai kenal.
OMG!
Sangat tak ready lagi ok? Kenapa makcik dia? Kenapa bukan parents dia? Untuk makluman korang,Mr.Bear dah kehilangan kedua ayahanda dan bonda tercinta,dah berapa lama tu tak sure pulak aku,sekarang Mr.Bear anak yatim piatu.Jadi makcik dan pakcik dia lah orang yang paling layak nak uruskan hal-hal kahwin ni.Sebelum tu,sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat kedua orang tua Mr.Bear. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik korang. Terima kasih tak terhingga :)

Ok.. ok.. ok.. Apa nak buat ni ek? Nak pakai baju apa ek? Tudung apa? Seluar ke baju kurung ek? Nak bawak buah tangan ke? Makcik dia makan buah apa pulak ek?
Ah.. Beria benor aku ni napenye? hehehe.. Relax je sudah. Aku bukan apa,memang 1st time jumpa makcik dia yang ini,makcik-makcik yang lain dah jumpa dah. So far so good,just hope anything will be smooth and getting better tonight. Amin.

Dah lah barang pun tak habis beli lagi ni. Ingatkan balik ni nak terus beli barang then decreate semua. Rupanya,ada perkara lain jugak yang melencong. Biasalahkan,kita hanya merancang,hanya Allah SWT sahaja yang menentukannya. Tapi takpelah,lepas balik rumah makcik Mr.Bear nanti baru aku start decreate. Tangan dah tak sabar-sabar dah ni nak menampal sana sini. Sebab barang semua dah ada,tunggu nak duduk dan mula! hehe.. Excited gilerrrrrrrrr. hahahaha!

 p/s : hari ni stokin aku koyak ler pulak,nasib leh sorok............................................................... =_="
Photobucket 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...