just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, January 14, 2012

Cara Pulihkan Hubungan.

Photobucket 
Hidup ni tak semestinya indah. Begitu jugak dalam percintaan. Ada pasang surutnya. Tak semuanya sempurna. Setiap orang akan ada masalah sendiri,hanya akal dan keimanan je yang menentukan samada kita berjata atau tidak untuk menanganinya. Ikut hati Mati,ikut rasa Binasa!
Kalau ada agama,dan praktikkan dengan cara yang betul,InsyAllah,mesti ada jalan yang boleh membantu. Eh,mana ada masalah kat dunia ni takde jalan penyelesaiannya? Betul? Pendek kata,gunakan akal fikiran tu dengan betul. Tapi kalau panjang yang kata,aku tak tahu la pulak.. huhuhu sila jangan gelak,Ainie tengah buat lawak bodoh tu weiiiii! Oleh sebab aku sekarang pun tengah dilanda ombak.. gitewwww yer. haha. Aku nak share sikit dengan korang macam mana cara nak pulihkan hubungan kita dengan pasangan. Aku pun tengah praktikkan sebenarnya ni,masih lagi mencuba.. harap-harap berjayalah hendaknya. Amin~
Hendaklah dikongsikan disini,kalau iman tak kuat,kesabaran masih kurang,janganlah bertunang lama-lama,sebab dugaan memang tinggi. Syaitan tak suka anak cucu cicit adam melakukan kebaikan,lagi-lagi nak mendirikan masjid. Jadi cepat kumpul duit dan lengkapkan diri dengan perintah Allah,jauhi laranganNya.


1) Bila bergaduh tu,ada masalah sikit,elak diri dari bertentang mata dengan pasangan. Berdiam diri sambil beristigfar.
2) Tarik nafas dalam-dalam. Fikirkan yang positif. Mengapa dan kenapa?
3) Bersolat,berdoa,berzikir... mengaji dan mengingati Allah. Solat Istikarah yang selalu digunakan untuk mendapatkan ketenangan.
4) Bila dah reda,mulalah berbincang dengan tenang. Elak meninggikan suara sehingga membuat pasangan marah. Buang sifat ego.
5) Menangislah semahunya jika perlu sebab menangis boleh meredakan perasaan.
6) Cari mereka yang boleh berkongsi masalah dan dipercayai.
7) Fikirlah kearah kebaikan yang telah pasangan beri,bukan keburukan.
8) Setiap umat manusia layak untuk diberi peluang kedua. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya,apatah lagi kita sebagai hambaNya.
9) Redha dan bersyukur diuji. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia tak mahu kita hanyut dengan duniawi.
11) Ada lagi sebenarnya tapi dah lupa,kalau aku ingat aku update lagi ok :)


p/s : kalau pasangan kita memang tak reti faham dan memang tak akan berubah,elok ditinggalkan je! Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. So jangan risau. :)


p/s/s : aku pun belum kahwin,dan tengah menuju kearah itu,banyak lagi yang tak tahu,banyak lagi yang perlu belajar.. kalau sesiapa fikir aku poyo dan berlagak tahu,aku mintak maaf,bukan niat aku,aku sedar aku masih kurang.. aku kongsikan setakat yang aku tahu..
Photobucket

Hari Sabtu Punya Cerita!

Photobucket 
Hahahaha! Buat sekian kalinya setelah lama aku tak menulis pada hari sabtu,hari ni sabtu 14hb Januari 2012,aku boleh update blog :) huhu.

Ikutkan hari ni aku kena OT sebab job banyak masuk dan nak kena delivery isnin depan. Tak pernah-pernah OT,hari ni 1st time aku OT. Sampai guard kat depan pun terkejut aku datang lepas tu dia cakap :
"you orang 1st datang hari ni... yang lain pun tak datang lagi" dengan slang india dia. 

Hahahahaha......................... Excitednya hari ni aku datang awal. Last-last sampai je dekat meja,akak bahagian sales telefon aku.
"Aini,akak tak jadi datang hari ni,kereta akak rosak... Kau dah ada kat office eh? Takpelah,kau OT free je hari ni.. hehehehe"

Makanya disini,aku dibayar OT tanpa membuat kerja. :) Sebab kerja-kerja yang lainnya aku dah selesaikan semalam.. Takpelah,ikhlas dalam bekerjakan. ^^,

p/s : update blog pun kerja jugak kan? weeeeeeeeeeeeeeeeeeee~




Photobucket

Friday, January 13, 2012

Berikan Aku Kekuatan Itu.........

Photobucket 
Dalam satu minggu aku diuji dari pelbagai sudut. Allah Maha Besar,hanya Dia yang mengetahui disebalik setiap kejadian.

Aku insan kerdil. Banyak dosa-dosa dari kecik sampailah sekarang ni. Inilah dikatakan balasan dan hikmah. Moga-moga dapat membuka mata dan minda serta hati kita untuk kembali kepadaNya untuk meminta pertolongan. Kerana kesibukan bekerja,balik rumah badan dah letih,solat terabai,mengaji tertinggal,berdoa apetah lagi. YaAllah.... Aku khilaf,aku berdosa yang teramat sangat. Telefon Mak dan Abah pun dah tak selalu macam dulu. Dah datang dugaan sebegini barulah terdetik,teringat apa yang kita tertinggal dan terlepas. Cukup banyak! Aku tak malu untuk mengaku. Ya,berikan jelah aku sebarang gelaran. Aku terima. Sebab setiap manusia tiada yang sempurna. Semua pernah melakukan kesilapan. Besar dan kecik. Lumrah hidup. Kadang diatas,kadang dibawah,kadang sentiasa diduga,kadang sentiasa diberi nikmat. Tapi semua tu hanyalah sementara. Didunia tak kekal,di sana nanti yang kekal abadi.

Aku sentiasa lupa. Kita hidup dan berkerja adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT,bukan untuk hidup semata-mata. Semua dalam dunia ni pinjaman,takde yang kekal. Aku selalu lupa! Selalu alpa! Apetah yang dikejarkan sangat dengan duit. Betullah orang kata ; Duit adalah ibu kejahatan. Tepat sekali. Kalau salah percaturan,hancurlah umat manusia.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Aku ada diari sendiri. Dalam tulah aku menulis macam-macam. Mostly cerita sedih. Biasalah budak-budak. Kena marah sikit sedih. Fikir mak ayah dah tak sayang lagi,nak lari rumahlah,terfikir diri sebenarnya anak angkatlah,itulah inilah.. hahaha~ sangat kebudak-budakkan. Tapi tak tahu dah kemana diari tu. Confirmlah dah kena buang,berapa kali dah family aku ni pindah randah. Aku tak reti nak berkongsi cerita dengan orang lain,dalam buku jugaklah aku membebel. Bila baca balik mesti kelakarkan? huhu~ Bila dah besar ni,ada seseorang yang sudi mengambil berat disisi,rasa selesa cerita dengan dia. Itu ke mananya Mr.Right a.k.a Mr.Farhan? Dan itu jugak tandanya kita percayakan seseorang. Tapi bila kepercayaan itu DIKHIANATI,percayalah seumur hidup akan dikenang. 

Jap dah lupa apa motif menulis entry ni.. hahahaha.. asyik orang lalu lalang,tak leh nak fokus! potong stim betullah....................................

Ok,dah ingat balik! Alamak lapar la pulak perut ni...................................... =_="

Allah uji kita dengan pelbagai cara. Susah dan senang. Takpelah,bila diuji dengan kesusahan,InsyaAllah senang adalah ganjarannya. Amin. 

Sekarang ada blog,dah jadi diari maya. Aku cerita dalam blog bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau sesiapa,cuma dengan niat sebagai iktibar untuk kita dimasa hadapan. Dulu time takde blog,baca blog orang,sekarang dah ada blog,orang baca blog kita plak. Kehidupan right?

Dan sekarang Ainie :
1) Solat jangan terlepas lagi..
2) Rajin mengucap syukur..
3) Jangan mengeluh..
4) Solat sunat dan berdoa..
5) Berusaha dan terus berusaha..
6) Bersabar dan kuatkan semangat..
7) Cuba jadi yang baik dari semalam..
8) Rajin dan jangan malas..
9) Mengingati dan berfikir dahulu..
10) Redha dan bertawakal..

Setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya.

p/s : time menulis entry masih lagi berada dalam keadaan sedih dan blur.. nak kena solat isthikarah balik ni,mintak dikuatkan hati.. sebab tu dah lama tak update blog,takde kekuatan.. average entry kali ni agak sedih tapi buat-buat happy macam selalu :)

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...