just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, June 3, 2014

Her BIGGEST Day. Part 3* Pernikahan dan Persandingan

Photobucket 
BismillahirahmannirRahim~

Macam biasa la kan akan keluar ayat macam ni . . . . . . . . . . . 

Uiiiiisssshhhhhh! Lamanya saya tak update blog kan? kan? kan?

Ayat cliche~ ok . . . . .*buat-buat mata juling depan laptop ni hah..

Hmmmm... Memang lama gegiler sesungguh giler kan aku nk buat entry baru.. gamak macam dok dalam hutan takde internet line.. silalah mengiyakannya kawan-kawan *maklumla sejak jadi isteri ni makin menjadi malas rajin sangat-sangat,padahal.................. ngehhh~
Orait,entry kali ni nak update tentang kisah 5 bulan yang lalu.. masa majlis akad nikah dan bersanding.. Ala.. bukan apa,ada gak member tanya mana gambar sanding sbb dalam fesbuk buk bukkk tu aku tak meng-update langsung kot.. walaupun kitaorang muka tak macam baby face kata Mr.Bear , tapi kita cute miut,kawan nak tengok.. kita kasilah
*tersenyum sambil buat mata macam Pussy in Boot... hahaha!
Layankan je.. layankannnnnnnnnnnnnnnn.....

** entry kali ni agak panjang.. diingatkan... agak panjang ye kawan-kawan.. :)

6 Disember 2013

Hari ni hari jumaat. Aku mmg awal-awal semestinya minta cuti,ialah esok sanding kot.. giler tak bercuti sakan. Macam bride to be yang lain,aku tunggu orang bridal datang untuk pasang pelamin. Khemah awal-awal lagi caterer dah siap pasang. Terasa berdebar sikit. Sikit je tak banyak sebab yang lain tak berapa nak siap lagi. Lepas tu tiba-tiba aku dapat call dari bridal cakap kerusi pelamin yang aku request kena cakar dek kucing. Koyak dekat bahagian atas. Korang bayangkan muka aku time tu. Macam pelik dan nak tergelak pun ada. Kucing cakar? Hahaha. Stress pertama untuk hari yang bersejarah. Okla,aku ni jenis malas nak merumitkan kepala,aku pakai jela kerusi yang tinggal takkan nak pegi cancel then cari bridal lain kot..*agak blur sikit masa ni,1st time kot,sapu jela. Then pelamin siap pasang dan aku pun start lah decorate bersihkan bilik semua. Bilik aku decorate apa yang ada jela sebab memang tak ambil pakej bilik sekali. Doorgift semua adik beradik sepupu sepapat dah siap buatkan malam sebelumnya. So pengantin ni kena fikir tentang diri sendiri untuk esok hari. Malam tu buat kenduri doa selamat sikit dan pakai inai. Inai menginailah kami malam tu. Stress yang kedua bila meja beradap aku pulak lambat pasang. Dah nak dekat tengah malam tak jugak pasang-pasang. Dorang cakap nak pasang majlis tempat lain dulu. Aku tunggu sampai tertidur kot. Mak kejutkan tanya pasal meja beradap tak siap lagi,aku telefon tak nak angkat. Berserah jela pada Allah masa tu. Aku pulak dah mengantuk sangat-sangat tak leh nak pikir apa dah...


Inilah gambar pelamin setelah digantikan dengan kerusi yang lebih besar.. sedih kita :(


7 Disember 2013

Tidur tak lena ok. Pagi subuh bangun nak solat aku lari dulu kedepan rumah nak tengok meja beradap. Alhamdulilah. Siap pasang pun. Tapi kerusi pengantin dah tak cukup. Satu dah kena cakar dek kucing dan yang 1 satu dah replace kerusi pelamin. Redha lagi pagi tu. Sedih dan kecewa dengan service yang diberi. Tapi apakan daya,semua harus diteruskan. Siap-siap solat,mak andam pun dah sampai. Solek punya solek *agak tak berkenan sangat,adik aku cakap aku solek sendiri lagi cantik. Tak sangka solek pun ambil masa hampir sejam setengah! Ko godek apa kat muka aku ni mak andam oiiii..? Ada gak kosmetik yang mak andam guna tak kena dengan kulit aku. Muka aku pedih dan sakit gilerrrr. Sedih dan kecewa lagi. Haruslah sedih,muka ni gak nak pakai lama sehari suntuk hari ni kan. Tangkap gambar sana,tangkap gambar sini. Genap-genap siap bersolek,tok kadi pun dah sampai. Mak ai,giler sharp tok ni sampai pukul 8 macam yang dijanjikan. Katanya kamilah pasangan yang pertama yang dia akan nikahkan untuk hari ni. Uishh.. berdebar makin terasa. Tapi yang jadi masalahnya pulak pengantin lelaki lambat sampai. Stress yang ketiga! Alasan : terlambat bangun. Boleh ye Mr.Bear? Unacceptable langsung! Hari bersejarah awak,awak lambat bangun? Bravo! Hmmmm.. tunggu pengantin lelaki sampai nak dekat sejam. Mak aku dah asyik bertanya je sebab tok kadi dah lama sampai. Stress sangat masa tu jangan cakaplah. Selawat berisqtifar je aku dalam bilik masa tu. Tunggu punya tunggu,Alhamdulilah.. sampai jugak mengantin. *nasib baik datang jugak,kot-kot tak jadi datang tak ke naya tu kan.

Syukur Alhamdulilah.. tak tunggu lama dah tok kadi tu,dengan sekali lafaz kami selamat diijab kabul kan *weeeeeeeeee~ hehe.
Then mula la ambil gambar sana sini. Posing sana posing sini. Layankan je lagi sampai cramp mulut.. fuhhh~






Lepas bersanding dan makan beradap semua mulalah sesi outdoor kami dekat dalam hutan *konon-konon je.. dan dekat railway stesen Kluang *ada story kelakar masa dekat railway ni.. next story la ye.

Malam tu tiba-tiba kena tidur berdua *erk? hahaha.. tak payah ceritalah punya kalutnya kami malam tu tak boleh tidur sebab masing-masing macam pelik je tengok sesama sendiri. hahaha. Bengong *siapa plak mamat kat dalam bilik aku pulak ni?? Adeeii~


 gambar bergoyanglah.. model adalah adik aku.. hehe :)



Tuh.. saja nak besokan gambo nak tunjuk kasut sikit.. customade sendiri *sangatla customadenya kan..eceh..
Aku tak leh nak janji bila tapi nnt aku update entry DIY kasut kahwen sendiri dan veil yang menjadi idaman kalbu ye. Nak customade kasut sendiri 5 inci tu ingat murah???? Giler kayooo den ni,Jimmy Choo pun tak mampu nak jahit..hehe.. kita cari solution yang murah dah la ye.. janji memenuhi hatiku ini.. *org cerewet gini ler..

Ok,kita jumpa next entry pulak.. jap nak pikir tajuk kasi kababommm sikit.. hehehehe! daaaa~

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...