just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, June 3, 2014

1st Pregnancy Experience / Mommy-To-Be

Photobucket 
BismillahirahmannirRahim~

Ini kisah selepas 5 bulan lebih bergelar isteri. Ewah.. hebatmu Aini update entry kisah 5 bulan yang lepas dalam masa satu hari. Pembawakan budak katanya.. hahahaha.

Malas dah nak main hide and seek dengan kome deh. Terang-terang tajuk entry dah menunjukkan intipati entry pada kali ini. Kisah di Railway masa outdoor dan DIY kasut kahwen dengan veil kahwen aku update kemudian ye yanggg... Harus paham,pembawakkan budak katanya.. hahahaha!

Macammana boleh tahu pregnant? Gini cerita......................

Awal bulan dua hari tu aku kena demam. Demam punya demam sampai tak kebah kebah. Mr.Bear tak risau giler,ialah dah seminggu demam tak surut. Asyik mc je. Kerja pun dah tak semangat. Orang pun dah menyampah tengok kita asyik mc je. Orang tak paham kan T_T. Tak pela..

Genap hari ke 8 aku demam,pergi check darah. Ini memang dah last Mr.Bear pujuk suruh check. Aku kan penakut sikit. Sekali check. Amik ko!!!!!! SUSPECT DENGGI. Ahh sudah.. then,result urine pulak,POSITIF. Hah ko.. Doktor cakap,ADMIT HOSPITAL. Pulak!! Aku dengan Mr.Bear dah pandang-pandang. Dua dalam satu! hahahaha~ 

Doktor cakap kalau aku tak pregnant takpe,just drip air je dekat hospital then balik. Tapi oleh kerana aku pregnant masa tu 4 minggu 5 hari,so doktor tak nak amik risiko. Terpaksa tahan wad jugak. Sebab kandungan masih awal kan. Apa-apa boleh jadi. Aku masih tercengang-cengang lagi sebenarnya. Dengan kepala pening,nak muntah,sejuk segala bagai...tak boleh nak pikir apa. Doktor tanya aku nak naik ambulans pergi kecemasan or husband sendiri hantar. Kata doktor naik ambulans cepat sikit sampai,takut aku pitam sebab dah lemah sangat. Mr.Bear kata nak hantar sebab dia boleh tahu jalan sikitkan. Dia mana la hafal jalan,selama ni aku ler GPS dia walaupun ada GPS. Hampeh...

Sampai hospital.. mak ai! Kecemasan ke kaunter menunggu biasa ni? Tak macam kecemasan je aku rasa. Berejam tunggu nak masuk air je kot. Nasib ada Mr.Bear menunggu,leh tumpang bahu jap sebab pening giler. Sejuk jangan cakaplah. Macam nak suruh peluk je dekat situ. Pasmina tertinggal dalam kereta,kalau tak boleh jadi selimut jap. Dugaan betul.

Dah masuk air dan kena sorong naik wheelchair tu pergi wad. Arghhh.. lapar giler. Tak makan apa dari pagi tadi. Makan muntah makan muntah. Pening kepala jangan cakaplah. Salin baju wad naik katil terus baring. Nurse datang amik darah lagi. Tadi dekat wad saringan berapa kali dah ambil darah. Sakit sangat bila cucuk cucuk tak dapat. Rasa macam nak marah je nurse perlatih tu. Perlahanlah sikit. Kalau doktor ambil smooth je. Sabar jela. Nak makan tapi takda selera,nasib baik petang tu sebelum waktu melawat habis mak dengan abah datang bawak roti. Mr.Bear balik rumah amik segala baju and toilet amenities semua lah. Kesian dia terkejar sana terkejar sini. Kerja pun terpaksa amik off sebab aku la.

Malam tu aku kena sorong lagi ke wad O&G untuk check pregnant pulak. Bila start ultrasound atas perut tak jumpa kantong. Doktor kata " Angkat kaki sikit ye puan,kita ikut jalan bawah pulak" Ah sudahhh.. jalan apakah itu? hahaha. Rupanya nak jolok ikut ehem ehem sebab kantung masih berada dibawah lagi katanya. Jolok sana jolok sini,sakit wuiiiiiiii.. perghhh! Doktor cakap tak jumpa pulak. Call doktor pakar pulak unutk buat scan risau something bad happen. Aku bukan paham sangat apa deme cakap aiihhh... Aku cuak jangan cakaplah. Risau tentang baby satu hal,risau tang mana dia nak jolok lagi pun satu hal jugak.. hahaha

Datang doktor pakar tu,buat benda sama then... "Ini lah yang kita cari.. see.. your fetus still too thin and small sebab tu kita susah nak kesan. Kita akan monitor lagi selepas ini. Don't worry ok" fuh.... lega dan tersenyum aku time tu. Alhamdulilah... boleh balik katil dan tidur dengan tersenyum. Masa dekat hospital ada satu kisah sedih jugak aku dapat. Nanti aku membebel la eh. Tak sangka tergamak buat macam tu masa aku tengah sakit. T_T

Hari demi hari aku dekat hospital tu sangatlah membosankan. Selama 3 hari bermalam dan hari ke 4 tu dah tak demam lagi,doktor pun kata boleh discharge. Seronoknya!!!! Cepat-cepat call Mr.Bear cakap boleh discharge.

And now,dah 16 minggu dah masa entry ni ditulis. Alahan? huhuhuhuhuhuuuuu.. Sangat-sangatlah teruknnya. Sampailah muntah darah u all. Seksa sekejap rasanya. Sekarang dah kurang sedikit. Pening dan susah sikit nak makan nasi je sekarang. Pembawakan budak katanya.. hahaha!

Ok. Sila telengkan kepala anda untuk melihat baby. Masa ni dah 12 minggu .. see.. little tiny in the middle.. :)
 Masa buat buku pink nih.. ambil darah lagi T_T
Segala macam ubat perlu ditelan.. gulp!!!!!

Gitulah kisahnya.. and next week ada check up dengan pakar. Tiba-biba rasa berdebar-debar pulak erk?

Photobucket

1 comment:

  1. Sukenye ♥♡ Alhamdulillah ! Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amin ya rabb ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...