just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, December 9, 2011

Romantik Ler Tu.....

Assalammualaikum..

Untuk lelaki selamat menunaikan solat Jumaat,untuk perempuan,selamat kembali menatap internet sama macam aku!. Hehehe. Ok,aku tahu.. aku tahu.. ramai pengunjung blog ini terdiri dari kaum yang cantik manis seperti aku! Alhamdulilah :) yeahhhh~ Terima kasih korang. Sayang korang. Romantik kan? kan? haha.

Ni kisah bukan pasal romantik aku sayang korang,korang sayang aku. Ni kisah pasal Mr.F dengan aku yang tak reti/tak tahu nak ucap kata-kata manis umpama romantika de amaor gitu. Romantik dengan kata-kata je ok,dengan perbuatan amatlah DILARANG sama sekali selagi belum dinikahkan. HARAM! Bukan sebab apa pun,cuma aku geli geliman dengan benda-benda yang romantik-romantik ni hah. Tak semua perempuan suka dan tak semua lelaki itu romantik. Take note ok.

Mr.F ni memang suka sakat aku. Sakit hati aku tau. Geram je rasa macam nak bagi flying kick sekali je kat muka dia. Yes,aku garang (dia yang katalah.. tapi memang aku garang pun) Nak tebal macam mana lagi ntah sabar aku dengan perangai dia. Tapi tak setebal lagi sabar dia dengan kerenah aku,aku respect dan hormat dengan dialah wa cakap sama lu! (dah jangan nak kembang sangat eh...........geli,meyampah,meluat!)
Pernah lah aku wish benda-benda yang sayang mayang ni untuk dia dekat blog,itu pun sebab hari lahir dan wish bagi semangat sebab berjaya berhenti merokok. Lelaki ni,kita kadang-kadang kena support dia jugak,bagi semangat dekat dia. Barulah dia lebih berusaha,lebih semangat,tapi untuk Mr.F aku ni,hmmm.. hampeh jela,sekejap je jadinya... =_="

Ok. ok.. nak dijadikan kisah,asyik dia je sakat aku,ni turn aku pulak nak menyakat dia. Mr.F ni memang jenis muka garang,badan pun beso (aku panggil dia Mr.Bear,alaaaa tomeii tomei.. rasakan.. rasakan.. rasakannnnnnn...hahaha!).Mana nak layan jiwang-jiwang ni derrr. Masa tu dalam kereta on the way hantar aku pergi kerja pagi semalam,tiba-tiba tengah syok-syok dengar radio suria,adalah ucapan dari seorang kekasih untuk teman lelakinya :

"sayang,sayang abang. Sayang percayakan abang,jangan abang mendustai hati ini. Cinta sayang hanya untuk abang seorang. I love you so much." - panjang giler sebenarnya ayat dia,ni je yang aku dapat tangkap.

Mr.F pandang aku pelik. Aku pandang balik dengan muka berkerut. Lepas tu berderai ketawa (agaknya fikir benda yang sama kot dengan aku.. geli siak~)
Bukan tak boleh buat macam tu,tapi kadang-kadang orang tak sanggup nak dengar.. hehehe~
Aku bukan kutuk dia,cuma aku geli geliman dengan kejiwangan kasih sayang yang cuba dia sampaikan. Ok,kami faham,dia sayang pakwe dia sangat-sangat. Fullstop.

Aku pulak cakap dekat Mr.F,kalau aku buat macam ni untuk dia dekat radio,mention nama penuh dia,no plat kereta,alamat rumah,apa pendapat dia? hahahahaha.. aku pun geli. Confirm jadi 1 bahan lawak dengan kawan-kawan kalau aku buat betul-betul. Tak tercapai akal dibuatnya. Sambil geling kepala dengan ketawa yang masih bersisa dia jawab(ayat novel sungguh..!) :

"jangan buat benda bukan-bukan yang...."
"ok,sampai office ni orang cari website suria,orang daftarkan eh..just wait and listen je tau sayangku"
hahahahaha~

Aku buat ke? Gila aku nak buat dengan penuh kasih sayang,takde maknanya..banyak cara lain kot leh tunjuk kasih sayang kita kan. Kalau aku nak buat macam ni,kena tunggu time bufday dia ke,aprilfool ke.. baru best prank dia macam tu. Asyik dia je prank aku kan,esok lusa aku nak prank dia pulak.

Mr.Bear,i'll beat you back! Watch-out~

Nanti aku ceritakan pulak pasal aku prank dia dekat public.................
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...