just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, March 16, 2015

She is....... Nur Hannah Sofea :)

Photobucket 


Dah 4 bulan dah anak ibu ni.
Banyak akal dia sekarang.
Bila tak nampak ibu,jerit memanjang.. nyaring pulak tu.
Bila nampak ayah asyik nak dukung je.
Dia tahu ayah dia rajin layan dia nak bangun.
Ibu dah tak larat dah.
Alhamdulilah.. sepanjang 4 bulan ni tak kena lagi sakit apa-apa yang teruk.
Cuma berat je kurang sikit sebab taknak susu formula sangat..
Bagi susu badan lepas tu tidur. Minum macam banyak tapi berat kurang pulak.
Ayah kata macam nak bagi je lemak ayah sikit dekat Sofea.
Hahaha!

Sekarang dah pandai berbual.
Tapi ibu pelik kenapa Sofea berbual dengan lampu?
Hahaha..
Berbual siap buat suara manja-manja lagi.
Lepas tu kadang-kadang macam jerit.
Kenapa? Apa yang lampu tu buat dekat Sofea?

Kalau ibu tutup lampu,Sofea nangis.
Habis tu ibu nak buat macam mana kalau Sofea marahkan lampu tu?
Itu baru lampu,belum langsir,kipas,bantal gambar spiderman dengan tv lagi.
Sofea ni,takkan ibu nak tutup tv tu pulak?

Ibu masuk tandas Sofea nangis.
Ibu keluar tandas Sofea ketawa.
Sofea nak ibu duduk depan Sofea je ke tak payah pergi tandas 1 hari?
Ke Sofea ingat ibu buat lawak ni keluar masuk tandas laju-laju?
Ayah kata Sofea nak tengok muka ibu je.
Kalau tak nampak muka ibu Sofea merengek.
Ayah cadangkan nak print muka ibu nak buat mask.
Ayah cakap nasib baik Sofea tak reti beza kan lagi ibu kecik dengan ibu besar.
Hahahaha..
Ayah nak attention Sofea sebab 1 hari ayah kerjakan.
Ayah cuba dan terus mencuba!
Dan sekarang Sofea dah suka tidur dengan ayah sebab tangan ayah empuk.
Ibu pulak yang jelesssssss! :(

Sofea kadang-kadang susah sangat nak tidur.
Geramnya ibu. Sebab ibu nak buat macam-macam kena tunggu Sofea tidur.
Kalau tak kena duduk depan Sofea je.
Tapi ibu tak kisah sebenarnya,ibu happy kalau Sofea ketawa. Ibu pun jadi ketawa.
Walaupun ibu rasa macam jadi badut sekejap.
Sekarang Sofea dah tidur.
Ibu dapatlah update blog sikit.
Nanti Sofea dah besar Sofea boleh baca. Ibu pun boleh buat #throwback.
Bila tengok Sofea tidur rasa tenang je.
Hilang semua masalah suka duka hati ibu. Bila Sofea buka mata lagi berbunga hati ibu.
Tak cium Sofea rasa macam tak lengkap.

Lenanya anak ibu tidur...
Ok..ibu dah start rindu.
Kita jumpa esok pagi ye sayang dengan izin Allah :)




Photobucket

2 comments:

  1. Hopefully i can fell the same thing just like u

    Shaf

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...