just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, November 17, 2013

Her BIGGEST Day.Part 2*

Photobucket

Haippppppppppppppppppppp!!!!!

Dush! Dush! Dussshhhhhhhhhhhhh!!!

Pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Erk?? *sampai macam tu sekali kau gaduh kak yong??

Hurmmmm.. Kalau dah gaduh sampai tahap call ambulans,bagi aku dah tahap melampaukan.
Gaduh-gaduh gak,tapi janganlah terlalu ikut emosi sangat-- * Mr.Bear gelakkan aku bila aku taip takat ini. Apakah??? 
Ok.Abaikan haterzzzz seperti dia,kita concentrate bab kita kali ni. Opsss.. sebelum itu,patutnya aku nk kasi DIY untuk part 2 ni kan? Harap maaf,Mr.Bear ni telah meninggalkan USB cable hp dekat rumah dia,jadi saya tak dapat nk letak gambar,takde gambar tak bestla kan? kan? kan? Ok,next part ok? :) In Sha Allah.

*Mr.Bear dok tersengih-sengih tengok aku tulis part ni. Ish,dia ni dah kenapa? Dengki ke? Jeles ke?
Orang nak taip pun tak senang. Choiiiiii!

Hari tu,kelmarin yang tak ingat hari apa,aku bengang gilerrrrrrrrrrrr dengan Mr.Bear. Tak ingat jugak sebab apa. Hahaha. Cuma tak tahu kenapa emosi tak dapat nak dikawal. Sampaikan menjerit dalam kereta. Hah,kau! *aku rasa ada pakcik motor lalu sebelah kete dengar kot. hahaha.
Yela,balik keje,dengan penat,stress lagi lepas tu ntah apa yang Mr.Bear ni buat sampai aku bengang giler-giler-giler-giler sehinggakan tak terkawal,terkeluar suara jantan.

Yang aku pelik kat sini. Kenapa sampai macam tu sekali? Mr.Bear pun dah macam trauma dah dengan aku lepas tu. Pandang pun macam takut-takut je. Mungkin dia bersyukur sebab aku tak makan dia agaknya. hahaha! Kenapa ye emosi berubah sampai macam tu? Selalu tak sangat walaupun penat balik keje. hmmmm.

Lepas dah tenang. Mood dah ok. Kami cuba berbincang. Mr.Bear pun pelik tengok aku. Aku pun pelik tengok dia. Macam memasing blur-blur. Hahaha. Mr.Bear mulakanla ceramah ustaz free dia kat aku;

Syaitan tahu kita nak buat masjid. Dia akan cuba untuk memisahkan pasangan macam kita ni. Selalu buat kita berada diluar emosi sendiri. Kalau kita tak sehaluan,syaitan tu menanglah. Makan besar dorang.

Aku terdiam. Yela,kadang-kadangkan terasa ada satu perasaan yang pelik kalau keluar dengan Mr.Bear sekarang ni. Rasa panas bila nak berbincang. Syaitan mencucuk rupanya. Rasa tak tenang kalau keluar bersama. Syaitan ada kat sebelah. Rasa tenang kalau dah sampai rumah. Syaitan balik rumah dah,patutlah. Bila dalam telefon ok pulak. Takdenya aku nak tinggi suara bagai. Rindu pulak yang rasa walaupun baru gaduh sejam yang lepas. Pelik kan? Ye betul. Kadang-kadang gaduh pasal benda yang entah apa-apa. Gaduh pasal salah masuk jalan je kot. Apakah? Hah,ni antara yang aku ingat sebab kami bergaduh sejak dua menjak ni,korang rasa logik ke tak?

Gaduh pasal salah beli aiskrim. Aku nak chocotop,dia beli sundae. Masam kelat muka aku.
Gaduh pasal salah beli air. Aku nak mineral,dia beli air coke. Senyap terus aku dalam kete.
Gaduh pasal terlepas parking. Menonong aku keluar kete.
Gaduh pasal beli nasi ayam sambal lupa minta lebih. Aku dah pesan banyak kali dah! Takde sambal lebih tak sedap.
Gaduh pasal berhenti dekat sangat dengan bontot kete depan. Aku dahla seriau pasal accident sekarang ni.
Gaduh pasal aku cakap slow sangat. Aku rasa aku cakap kuat dah kot. Dia agaknya yang pekak.
Gaduh pasal Mr.Bear tak dengar apa aku cakap. Dia cakap aku cakap slow sangat sampai tak dengar suara. Erk?? Bukan sama ke yang atas?
Gaduh pasal lupa buang sampah dalam kete. =_="

Hah.. itula antara gaduh-gaduh yang buat emosi aku tak stabil sejak menjak ni la. Hairan aku. Benda pelik-pelik je nak buat gaduh. Tapi betulla orang cakap. Kena ada pasangan yang give and take. Macam aku ni,aku give jela marah-marah aku ni,Mr.Bear pulak take jela marah-marah aku ni. Kalau dua-dua give,aku tak dapat bayangkan macam mana perhubungan tu. Mungkin give-up kot. Kalau dua-dua take pun sama gak. Sama-sama makan hati,simpan dalam hati mati. Last-last take-off terus. Tapi takdenya aku keje nak marah je walaupun aku jenis baran. Eleh,ingat Mr.Bear tu tak baran macam aku? *dia cakap,eii tolonglah...! dia cakap aku fitnah dia dalam blog dan nak saman aku? 

Dari tadi aku macam bengang-bengang je dengan Mr.Bear ni. Dok tersengih-sengih tak sudah. Bila aku tanya,ini jawapannya;

Macam tulis dan peringatan untuk diri sendiri je.......

Photobucket





Thursday, November 14, 2013

Her BIGGEST Day. Part 1*

Photobucket

Ya ampuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...!
Lama banget dah tak update blog kan? kan? kan?
Habis bersawang dah macam rumah tinggal dah gamaknya... uisshhhh..
Nasib tak de hantu.. kalau tak mesti production seeker email aku minta permission untuk buat shooting kat sini.. hahahahaha! 
Sampai macam tu sekali kau mak temah ye.. kelassssssssssssssss! awwww~

SETAHUN.. Ye.. almost one year tak update blog ni. 
Hampir S.E.T.A.H.U.N ye Cik Ainie... *sambil tampo kedua belah pipi.. adehh~

Minta maaf kepada sesiapa yang minta bantuan saya untuk tunjuk ajar buat blog..
Saya tak berkesempatan L.A.N.G.S.U.N.G untuk online.. serius! ini bukan main-main tau.
Terpisah dari dunia maya amatlah menyakitkan. 
Sesiapa yang pernah merasainya sahajalah yang tahu macam mana sakitnya.. betapa peritnya 
*ewah,poyo lebih plak makcik ni,cari ayat cover line cepat!
Jap nak pikir ayat lain..
Ok. Maklumlah,tuntutan kerja yang jauh dan masa yang terhad,buat badan je letih. Habis ku tinggalkanlah segala memori luka untuk mencoret kerana ketidakadaan internet jua. 
Itu salah satu faktornya sayang.. 
Bukan sengaja.. *sambil muka ngada-ngada versi comel tak? cantik tak?

Pejam celik. Celik pejam. Habis penuh taik mata. Tak senonoh.
Cik Ainie ni tengah dup dap dup dap tunggu her coming BIG's DAY you all..........!
Awwwww...fuh..fuh.. *sambil kipas-kipas muka pakai tangan.

7 DISEMBER 2013.

Just remember and mark the date.
One of my histories day. Full of emotional sense,i guess. One of my day i'll not hire single status anymore,i'm sure 100% for this. Becoming and carry "PUAN" status after that,oh noooo *makcik-makcikss? 
One of my day that i can not be "giler-giler punya perangai" "terkinja sini,terkinja sana" "jalan sopan yang amat sampai pijak semut pun kena sepuluh kali pijak tapi semut tetap berjalan balik kesarangnya" anymore in front of my parent-in-low. Can you imaging for that? erk?? 

But............................
Alhamdulilah.. Syukur kehadrat Illahi,
When i ask him,and he just say;
"Be like your self,i love you because what you are,i want to marry you because what you are,if you want changes your self for what typical married couple said,that is not what you are.Just be your self."

*terkebil-kebil mata jap memandang Mr.Bear. sambil dia dok tolak muka aku sebab nampak bodo+blur punya budak.
Lepas tu winkkkkkkkkk~ hahahaha! Speed pickup aku agak lambat,maaf.

Sindrome orang nak kawenlah katakan. Serius. Dilemma kot.
Lagi-lagi dok bayangkan suasana selepas kawen tu macam mana. Dok satu rumah. Bangun pagi masak breaksfast. Basuh baju. Masak lunch. Angkat baju kering. Lipat baju. Masak cucur makan petang. Godeh-godeh freezer tengok apa boleh masak malam nanti. Masak dinner. Makan satu meja. Basuh pingan mangkuk. Tengok TV jap. Menguap. Masuk bilik. Tutup lampu. Gulp!
*this is my randomly typical married couple daily routine imaging.

Tapi..... taklah sebegitu kot. Kita sayangkan hubungan kitakan. Nak dirikan masjid punyalah susah. Takkan nak jadikan sebegitu bosan bila hidup bersama. No way! We create what life we like to live together. Komitmen dah besar,hutang dah bertambah,fikiran kena matang. Tak kan nak pikir dok buat anak je lepas kawen. Rezeki Allah luas sangat,Ya Allah. So be creative. :)

Sekarang lagi berapa hari je lagi nak pegang hubungan halal dan pegang tanggungjawab baru yang lagi besar. Saya terfikirkan sesuatu yang mudah. Tidak menyempitkan fikiran. Mudahkan yang rumit. Jangan rumitkan yang mudah. Hidup bahagia. Yeah! Anggap dilemma tu sebagai cabaran baru. Macam nak masuk kerja baru la macam tu. Berani Cik Ainie! Berani! 

Ok.. next entry,nak tengok D.I.Y Cik Ainie? Tajuk temanya "ikut suka kepala" dia je~ haha!

Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Google+ Kasi Pening Daaaa!

Photobucket
OMD! Oh my dear...!!!

Banyak plak komen aku dapat suruh ajar cara nak cantik kan blog. Tapi masalahnya ada yang guna Google+ . Ada perasan tak google suruh sharekan upgraded link kat blog-blog korang. Nampak tak? Ce cari.. Masalahnya lagi,aku pening dan tak tahu nak guna benda alah Google+ tu meh.. Cari url blogspot,tadak pun :( Nama pun baru kan,jadi kena lah study kasi habis dulu,barulah leh jadi guru. Tak gitu cikgu?

Hmmm.. (sambil buat mulut muncung).. nampak gayanya kepada sesiapa yang mintak pertolongan saya untuk tunjuk ajar cara nak cantikkan blog guna Google+ , saya minta maaf sesangat,benda baru saya tak belajar lagi,kalau dah tahu serba sedikit saya kongsi ya.. Tapi saya agak ke-busy-an sedikit buat masa ini,tunggu masa lapang la gamaknya.. Sabar separuh dari iman kan? kan? kan? hehee..

Tapi ini pesanan aku buat all newbie. Bloggers baru sekalian :

- Kalau boleh elak menggunakan benda yang baru,yang di-rekemen-kan untuk buat blog. 

- Kalau ada keluar share with new bla bla bla , cuba cari pilihan lain @ benda yang anda rasa benda yang sama tapi dia tak rekemen-kan pun. Itu tandanya benda lama yang sama &  blogger lama guna kan. Paham tak ayat aku? haha

- Kalau tidak ada pilihan @ button lain untuk ditekan,anda terpaksa jugakla menggunakannya. Maka pelajarilah ia dengan sabar :)

Mesej ini dibawa khas untuk anda bagi mengelak sebarang kekeliruan sesama kita di masa hadapan nanti. heehehe.. poyo gilerssssss ayat!

p/s : kalau sesiapa faham macam mana nak trace blog melalui Google+ ni,meh terangkan kat aku eh.. aku ke-konpiusan ni.. :(
Photobucket

Antara YA,TIDAK dan TUNGGU !

Photobucket 
Kembali menaip :) Alhamdulilah..
Pagi ni nak taip pasal sesuatu kenyataan yang aku petik dari Aku Islam semalam.
Dok godeh-godeh internet,ter-goggle Aku Islam,rasa tenang sikit lepas baca motivasi yang si penulis tulis..
Thanks Aku Islam. Jap nak follow.. hahaha!

Ok.. dalam banyak-banyak penulisan beliau,aku suka sangat ayat yang ni :

1) Kalau Allah kata YA , maka doa kita akan dimakbulkan. Bersyukurlah.
2) Kalau Allah kata TIDAK , mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Teruskan mencari dan berusaha.
3) Dan kalau Allah kata TUNGGU , maknanya Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk kita. Bersabarlah sayang :)

Sejuk je hatikan bila baca.. huuuuuuuu.. aku edit sikit-sikit ayatnya,sekarang pun tengah senyum sambil menaip.. teringan sikit benda serabut dalam pala hotak ni.. 

Aku juga tersedar sebenarnya dugaan ni manis sangat. Sebab apa? Sebab Allah akan menguji hambanya yang DIA sayang supaya tidak akan terus leka dengan duniawi dan syaitan laknatullah tu..    m**i lah kau setannnnnnn!! (sila baca dalam nada serius dan ganas!)

SubhanaAllah.. rasa sayu pulak.. huhuhu.. 

Redha dan ikhlas dalam menghadapi dugaan dekat dunia ni adalah kunci ketenangan hakiki :) Amin~
Photobucket 

Monday, November 26, 2012

Kursus Mencetak Baju / Silkcreen Class

Photobucket 
Makluman buat sesiapa yang berminat untuk menanbah kemahiran dan berkeinginan untuk menjana perniagaan sendiri.


Banyak kelebihan kalau kita memperlajari sesuatu yang diluar kemahiran kita kan?


  1. Korang dapat menambah ilmu kemahiran dalam kehidupan.
  2. Kepada sesiapa yang nak mencuba untuk berbisnes seperti ini,percayalah profit margin sangat tinggi.
  3. Kepada para-para designer,jangan sia-siakan kelebihan anda. Jom ekspresikan kelebihan anda ke atas sesuatu.
  4. Boleh buat baju idaman kalbu sendiri. Only one in the world beb!!
  5. Untuk student,inilah masanya untuk menambah duit poket korang.
  6. Tak pening-pening lagi nak dapat baju yang sesuai dengan taste korang. Cetak je sendiri,habis cerita.
  7. Bayaran yang dikenakan lebih rendahhhhhhhhhhhhhhhh daripada biasa!
  8. Jangan biar diri korang terhad dengan sesuatu kemahiran sahaja. Cuba benda baru yang berfaedah takkan rugi pun.
  9. Peryertaan adalah terhad. Kalau berminat sila SMS di 0127643065. Moh ajak kawan-kawan!!
  10. Sila nyatakan size baju anda sekali ye. Korang akan cetak baju sendiri dan boleh terus pakai selepas kursus tamat :)
  11. Dan yang paling best,Cik Ainie pun akan sertai sekali kursus ni.. hahahahaha!! Jom jumpa :)

p/s : masa dan tempat akan diberitahu sebaik sahaja peryertaan bilangan peserta ditutup.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...