just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, March 24, 2011

Suzie Teoh @ Nur Aini

dividers Pictures, Images and Photos

    

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri.Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan.

 "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu.. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata..

 "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini."

 Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

p/s : ini antara kes yang dah lama,tapi aku terdetik nak share kat blog aku plak,hope sama2 kita ambil iktibar.

2 comments:

  1. alhamdullillah,nur aini kekal islam

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
    Allahummaghfirlahu warhamhu wa aafihi wa'fu anhu..

    Buat Tun Salleh Abas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...