just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, March 1, 2012

Dugaan 1

Photobucket 
Bissmillahhirahmannirrahim....

Harap semua para pembaca sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin..
Agak lama juga aku tak menaip kan? Macam biasalah,sibuk + penat dengan kerja dan hal-hal yg lainnya. Tambahan lagi,diselubungi dengan pelbagai rasa dan rencah masalah selagi masih bernyawa di atas muka bumi ini. Sesungguhnya,dunia ini hanya sementara. Aku admit dan hari ini aku menaip dengan penuh kekhilafan dan rasa rendah diri. Tak tahu nak mula macam mana. Macam-macam nak aku kongsikan dengan korang. Walaupun tak mengenali dan tak pernah bersua muka,cukuplah kalau korang tahu,ada dan wujud juga manusia yang punya masalah seperti aku ini. Ahhhh....... kalau tak menangis,aku stress,asyik nak marah orang je.. nak taknak kena juga menangis sebab Allah ciptakan airmata buat para wanita untuk mengurangkan kekusutan hatinya. Jadi,kita orang perempuan,nangislah kalau perlu dan percayalah ia memang mampu mengurangkan beban yang kita tanggung. :) Indah dan beruntung jadi orang perempuan ni... pewittttttttttttt! hehe~ Alhamdulilah.

Dugaan.. dugaan.. dugaan..
Setiap umat manusia memang akan diuji. Setiap saat. Ya... setiap saat Allah tak bagi kita leka dan lupa diri..walaupun 1 saat. Syaitan tu bijak,tak bagi peluang terbuang dengan sia-sia. Memang sangat jahat. Pantang nampak peluang,semua dia nak masuk line. Tahu nak menghasut je. Dah nama pun syaitan laknatullah,memang ler jahat gamaknya.. ko ni pun Ainie oiiiiii... aishhh~ haha!


Punyalah panjang masa nak buat entry ini je. Dari pagi sampai ke petang tak sudah. Asyik delay memanjang.. Inilah dugaan namanya kan? hehe.
Macam-macam kot yang aku lalui. Walaupun tak seteruk macam orang lain,tapi untuk aku ia dah cukup buat aku sesak nafas. Yela,manusiakan diuji berdasarkan tahap kemampuan dirinya. Mungkin ini adalah bahagian aku,esok lusa kita tak tahu lagi.

Dugaan apa? Macam-macam kot. "Dugaan bertunang".. "Dugaan nak berkahwin" (eh.. tak sama ke?). "Dugaan berhutang" (masa study dulu-dulu lerrrrr..... =_=") . "Dugaan dengan pemiutang".. tahu pinjam,susah sangat nak bayar balik! (aik... terasa pulak aku sebab liat nak bayar ptptipu.. jujur ni weiiii.... hahaha! :p) Geram betul aku! Rasa nak tenyek-tenyek je muka orang tu dengan belacan... huh! Gerammmmmmmmmmmmmmmmm!!!

Kalau nak cakap pasal dugaan,memang susah nak berhenti. Bertalu-talu. Dugaan semasa senang ada,dugaan semasa susah lagilah ada. Tapi satu je aku nak cakap, Allah SWT turunkan dugaan dekat kita kerana Dia sayangkan kita. Dia tak nak kita terus leka dengan duniawi. Rasanya aku pernah kot tulis pasal ni... jap,flashback............................................

Aku bersyukur kerana diduga. Sebab itu yang membuatkan aku makin kuat. Walaupun kadang-kadang reaksi aku macam orang gila. (sila jangan tiru) dan aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah SWT kurniakan aku seorang teman,seorang sahabat,seorang tunang dan bakal suami (insyAllah.. aminnnnn) disisi aku time aku diduga dan dia juga diduga. Sabar dia sangat tinggi dari aku. Aku malu weiiiiiiiii... hahaha!

................... aku stop sini dulu,sebab nak balik dah.. esok lusa aku celoteh panjang lagi naaaa :)
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...