just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, October 15, 2014

Kisah Si Tukang Urut

Photobucket 
BismilahiRahmanniRahim~

Masih lagi dalam entry mode pasal mengandung. Biasalah kita dengar bila mengandung je mesti sakit pingganglah,sakit lututlah,sakit tulang belakang dan banyak lagi. Jadinya kita samakan waktu mengandung = sakit tulang temulang.

Kalau macam aku,since masuk bulan ke 4 or 5 rasanya mula sakit dekat tulang punggung. Bila dah duduk lama nak bangun mak aiiiiiiii... bisa sangat. Ambil masa kot nak bangun tu. Orang dah start bergerak aku masih lagi terkial-kial nak bangun berdiri. Perlu ada tempat berpaut untuk bangun. Selalunya Mr.Bear lah jadi tempat paut serba guna. Serius.. bisa tau!

Kenapa? Bagi yang tak suka minum susu macam aku ni,haaaaa.... inilah padahnya. Kurang kalsium. Baby nak membesar sangat-sangat memerlukan kalsium. Sebab itu adanya susu tambahan untuk ibu mengandung. Time mengandung,dah sakit sana sakit sini baru tergadah nak cari susu. Baby akan menyerap kalsium dari tulang kita,jadi tulang kita automatik kekurangan kalsium. Itu yang kena topup dengan susu tambahan. Malas nak gugel secara sainstifik. Sebab ramai bijak pandai dah sekarang ni. Jadi kita bercerita secara malay-fik atau secara kasar la maknanya. 
Aku pilih Frisomum. Sebab katanya baguslah sikit. Harga pun boleh tahan mahal jugak. Mr.Bear suruh aku minum jenama tu,so aku pun ok la sebab dia memang tahu apa yang terbaik untuk wife dia. Ye jela tu! Sebab dia yang bayarkan.. hehehe. Awal-awal lagi aku tidak digalakkan minum Anmum oleh nurse dan doktor dekat klinik. Katanya Anmum agak manis mungkin boleh buat baby besar. Aku no komen sebab tak de pengalaman. Jadi benda boleh elak,kita elakkan awal-awal. Rasa susu Frisomom tu boleh tahan lah.. aku campurkan dengan milo. Jadi rasanya macam milk shake gitu. Itu pun aku still rasa nak termuntah bila minum. Berejam nak habiskan satu cawan susu tu -_-"

Bila dah sakit tulang temulang ni,berurutlah anda demi melegakan segala kesakitan. Aku? Aku upah tukang urut special merangkap suami sendiri.. hahaha! Dia menjadi sasaran bila aku nampak dia landing punya baik je depan tv. Bila dia start nak main game COC je,aku cepat-cepat hulur kaki minta urut. Sebab aku paham sangat,bila dia main games lepas tu kalau kalah dia bosan bila bosan mulalah nak tidur je. Ahhh.. tak boleh jadi!

Mr.Bear urut ikut suka dia la. Tangan lelaki kan tenaga kuat. Berkerut-kerut muka aku tahan sakit kalau dia urut kaki aku. Sampai hati. Lepas tu dalam 15 saat dia berhenti.. "berhenti jap.. tangan b lenguh-lenguh.. maklumlah kurang kalsium sejak mengandung ni.." oh please! Dia mengandungkan apanya??? Ishh sabar jela! Suka sangat perli-perli aku.

Bila nak tidur kalau dia tak urutkan letak minyak panas semua,memang lambatlah mata ni nak lelap. Suami memang memainkan peranan penting time isteri mengandung. Ringan-ringankanlah tangan urut betis,tapak kaki,tangan semua. Urut perut adalah dilarang sama sekali. Lagi satu,jangan pakai minyak angin sekat badan,terutama dada dan perut. Bahaya untuk baby. Hari tu badan aku memang masuk angin gila-gila. Minta Mr.Bear urut belakang badan. Aku letaklah mintak yuyee dekat leher dan dada sikit. Mr.Bear memang tak bagi aku letak minyak angin dekat dada tu sebab die kata nanti effect dekat baby jugak. Aku yang degil ni mana nak ambil pusing.. sapu jugak. Padahnya esok pagi sendiri mengelabah sebab dari pukul bape baby tak gerak-gerak. Selalu bukan main aktif baby kejutkan aku bangun tidur. Malam tu lena sungguh aku tidur sampaikan pelik dah pukul berapa tak tanda pergerakkan janin lagi sebab baby tak gerak. Haaa... macam nak menangis tepuk-tepuk perut goyang pusing kekiri kekanan bagi baby bangun gerak. Mr.Bear dah membebel pot pet pot pet marahkan aku letak minyak angin dekat dada tak ikut cakap dia. Akhirnya baby tendang slow je kat perut. Baru I rasa lega sesangat-sangatnya... syukur Alhamdulilah.

Selepas itu bukan main aktif dia menendang sampai sakit-sakit tulang rusuk aku. Balas dendam la kot gamaknya.. hehe.. Apa sahajalah untuk mu nak,sakit pun sakitlah.. janji ibu tahu anak ibu masih bernyawa dan sihat. :)

Photobucket

1 comment:

  1. salam kenal..


    macam tu lah pengorbanan ibu kan.. bersakit2 seluruh badan demi yang tercinta..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...