just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, October 15, 2014

Ragam Ibu Mengandung,Ayah Kena Banyak Bersabar

Photobucket 
BismilahiRahmaniRahim~

Selamat pagi hari rabu. Semoga sejahtera kepada para pebaca sekalian (ada ke yang sudi jenguk blog ni?? kalau ada mekasih banyak ya ibuk ibuk bapak bapak.. cepatla sikit aku dapat cek nuffnang ni hah.. bertahun menunggu dah.. uhuk uhuk uhuk!)

Berkenaan topik entry pada kali ini amatlah sesuai untuk diceritakan supaya bila aku baca balik,anak aku baca ke di masa akan datang,dia akan tergelak ter keh keh keh mengeleng kepala kerana kesengalan ibu dan ayah dia yang tak berapa nak betul ni.

Last week hari tu kami bermalas malasan di rumah. Tak kose nak berjalan kata Mr.Bear. I ok jela sebab bab malas malasan ni dah jadi teman rapat aku since pregnant ni. hek hek hek. Tak dapat nak nolong aihhh. Cubalah nak ubah macam mana sekali pun,angkat kaki nak bergerak pun aku malas. Apatah lagi nak berjalankan. Ini boleh dikira tak sebagai pembawakan budak or memang aku jadi pemalas giler secara total? hahaha. simptom pembawakan budak ok.. sedapkan hati sikit.

Bila aku cakap kat Mr.Bear je,dia mesti balas.. "macam susah je nak percaya.. ngada je lebih.." sambil buat muka dekat aku. Dia jelingnya aku sekali! Eleh.. kerek seh. Dia tak mengandung bolehlah cakap macam tu. Hello my dear,you not in my shoes! Bencilah tau kalau orang cakap macam tu. Dahlah aku kuat cengeng sekarang ni. Jadi pili air lah aku kalau orang asyik tak percaya bila aku cakap. Isk isk isk.

Aku tahu lah apa akan jadi kalau Mr.Bear mengeliat lepas breakfast pagi tu. Oh no! Sebelum dia mula bertukar nak jadi ular-man, baik aku suruh dia siap-siap ambilkan aku buah,cawan,air masak,pinggan kosong,sudu,roti,biskut letak dekat sebelah aku. Kan aku cakap kemalasan aku berlipat kali ganda sekarang ni. Nak ke dapur rasa macam nak pergi rumah jiran tingkat 3 or jalan kaki pergi kedai runcit. Dahsyat tak mak temah?

Sambil ambilkan apa yang aku suruh,Mr.Bear membebel jela dari dapur ke ruang tamu. Sampai je dekat aku dia cakap macam ni.. "macam manalah b boleh lupa ek? rupanya hari minggu b buat part time jadi maid dekat rumah.." aku pun balas.. "haaaa.. sekarang dah ingat tak??" bengang je muka dia lepas tu. hahahahahaa.. nasiblah ayah,tahan sikit je lagi eh.. :)

Bila Mr.Bear melingkar macam ular tedung depan tv,aku rasa tv yang tengok dia. Ye,aku memang tepat. Nasib baik aku suruh dia ambilkan barang-barang tadi. Mr.Bear ni kalau dah membuta,orang buat apa pun dia redha jela. Tadi aku memang geram dengan dia sebab cakap aku mengada-ngada lebih. Perli-perli aku,ye Puan.. ada apa-apa lagi boleh saya tolong sebelum shift saya habis?? Sakit pulak hati kite!

Aku capai pen,aku nampak tangan dia macam boleh jadi kertas lakaran je. Saja nak lukis bagitahu dia yang dia memang kuat tidur je asalnya. Tapi....................................................

Macam best pulak. Dah lama tak melukis,rasa macam nak tinggalkan masterpiece je dekat tangan Mr.Bear ni.




Amik kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila dia bangun dengan mata terkebil-kebil dok tenung lama kat tangan dia. satu saat.. dua saat.. tiga saat.. empat saat berlalu..

"Apa yang sayang buat nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??????????????"

Hahahahahahahahahhahahaahahahahhahahahaha!
Rasakan. Puas hati aku! 

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...