just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, October 15, 2014

Kisah Raya Haji = Braxton Hicks = Contraction

Photobucket 
BismilahirRahmaniRahim~

Dari bulan June - Puasa - Raya - Raya Haji - Hampir ke Deepavali = entry baru ..... =.='
(takmo tulis lagi ayat .. ishhhhh lama giler tak update blog kan??? cliche sangat walaupun rasa mcm tak bertanggungjawab kat blog sendiri,lama meninggalkannya tanpa nafkah zahir dan batin.. confirm terseksa.. erk?? hek hek hek!)

Dah la malam ni eh silap,pagi ni mata tak boleh nak lelap.. seriously my dear,time mengandung ni memang susah nak tido lena dan cukup serta selesa. Lagi dah dekat sarat memboyot menunggu hari lagilah susah nak tidur. Khalifah kecik dalam perut ni bergerak sangat aktif,bila malam menjelma.. adeiiii.. lagi susahlah ibu dia nak tidur. Kena tenang usap usap perut sambil pujuk dia bertenang jangan bertendang lagi,barulah lega sikit. Baru ibu dia boleh tido walaupun jap lagi dalam pukul 2 or 3 pagi bangun untuk ke tandas........................................pembuangan air yang tidak mampu dibendung lagi! Kus semangat...

Sekarang nak masuk 36weeks.. gulp! makin berdegup kencang kot menunggu hari bersejarah.. macam rasa nak naik pelamin dulu-dulu tu.. tapi kali ni takde dah nak tersipu-sipu,praktis senyum bagai.. ini kali kasi Redha dan Tawakal je. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan sempurna dan lancar. Amin Ya Rabbal Alamin~

Barang baby pun prepare tak banyak mana sebab semua family cakap jangan membazir time baby baru lahir tak pakai banyak baju. Dah habis pantang,dah sihat.. hah ko pegilah tawaf 5 6 bijik hypermarket ke takde sape nak marah aihhhh.. sebab bayar pakai duit kita,memanglah takde sape nak marah.. kan kan kan???


Mengeras pulak perut ni.. hah itulah yang aku rasa sejak masuk 35weeks ni. Braxton Hicks. Boleh gugel sendiri ye sebab aku pun baca sepintas lalu benda yang sama dalam banyak blog. Kang kalau aku tulis gak,dah tak best sebab terlalu banyak copy paste benda yang sama, Aku ringkaskan jela. Braxton Hicks adalah proses pengembangan rahim untuk bagi baby kita ruang untuk membesar lagi dalam perut ni seiring dengan pertumbuhan baby. Sakit-sakit jugak. Kadang-kadang tak sakit. Tapi orang kata lagi nak dekat nak bersalin lagi kuat mengerasnya. Itu ada yang panggil mild contraction. Hah.. itu memang tanda-tanda nak bersalin la tu! Tapi ada yang kata false contraction atas sebab-sebab tertentu. Macam aku kena hari tu..

Asalnya sehari sebelum raya haji aku dan Mr.Bear memang plan nak balik Kluang sebab mak abah semua beraya dekat sana. Akan tetapi perut aku mengeras daripada pagi sampai ke malam,kami decided balik pagi esok kalau aku rasa dah ok sikit. Time mengeras tu jangan cakaplah.. segala benda jadi tak senang. Duduk,bangun,berdiri,baring,berjalan,bernafas semua serba tak kena. Kepala dan hati dah mula risau. Aik?? Takkan dah nak bersalin kot.. Mr.Bear dah siap-siap nak hantarkan aku pergi hospital,aku je cakap nanti jap nanti jap.. sebab macam tak ready dan tak percaya pun. Just ingat sebab baby aktif sangat,tu yang mengeras. Sedapkan hati sendiri dulu lastnya aku tertidur. 

Esok pagi bangun Alhamdulilah perut mengeras dah rasa kurang sikit. Mr.Bear balik je dari masjid sembahyang raya,terus pecut balik Kluang. Ingatkan ok lama sikit.. dalam kereta mengeras balik. Tapi syukur mengeras sekejap-sekejap. Sampai je Kluang,aku dengan Mr.Bear menyantap lontong,ayam masak merah rendang segala bagai dulu then pegi hospital Kluang terus. Kali ni memang tak boleh delay lagi sebab my mak ada. No alasan!

Sampai je kat hospital terus ke dewan bersalin. Ok,hospital Kluang dah pindah bangunan baru. Lagi besar dan selesa. Dewan bersalin sangatlah sunyi time raya tu. Aku terangkan dekat nurse masalah aku,tak sempat nak duduk dia dah panggil aku masuk bilik saringan. So,nampak sangat takde orang bersalin time tu sebab nurse pun aku tengok macam tak ramai and relax. Ok,masuk je bilik saringan,baring atas katil nurse terus pasang CTG untuk check jantung baby and check contraction. Wah,pandai betul perut ni memainkan peranannya,bila dekat hospital tak pulak mengeras! Sabar jela aku. Adalah dalam 30 minit aku dok baring pandang syiling pandang pintu pandang jam terpinga-pinga sambil berdendangan dengar bunyi jantung sekecik ni. Macam dengar lagu pulak. 

Lepas tu nurse dan doktor cina perempuan muda pun masuklah. Tanya aku macam-macam itu ini. Nurse check bacaan contraction aku macam kecik dan tak sekata. Time dia suruh aku salin seluar pakai kain hati aku mula tak sedap. Apakah??? Oh. Ok! Nak seluk tengok dah ada bukaan belum. Sakit gila mengila! Aku jerit kot cakap sakit,lepas tu nurse tu suruh aku buat posisi macam nak bersalin. Nurse ni memang nak kena ketuk dengan benda alah yang doktor guna nak seluk aku tu agaknya.. dah aku bagitahu anak pertama,adalah pulak pengalaman bersalin ek???! Doktor cakap takde bukaan lagi. Maksudnya bukan contraction nak bersalin. Fuh! Alhamdulilah. Doktor scan baby sambil tunggu result aku. Masa scan baby berat 2.2kg dah dan bagi aku pilihan sama ada nak duduk ward sehari or datang hospital dua kali sebab aku kena ambil injection untuk matangkan paru-paru baby incase kalau terlahir sebelum tempoh matang. Doktor tu cakap bersalin ni benda yang tak boleh main agak-agak. Kena bertindak cepat! Amboiiiiii..... Aku bincang dengan Mr.Bear dulu,then decided taknak tido ward,sanggup datang dua kali,malam ni dan esok sebab aku terdengar mak aku cakap makan malam ni sebelum kitaorang balik mak nak beli KFC.. hahahahahaha! Acah je,tapi dapat jugak makan KFC malam tu ok.. Asalnya kitaorang nak balik hari je,tapi dah kena macam ni,terpaksalah tidur jugak kat Kluang tu. Nasib baik aku tergerak hati nak bawak baju ganti. Injection matangkan paru-paru baby tu dekat kedua belah punggung selang 12jam dan sangat sakit. Tak tipu! Nasib baiklah nurse kat situ membantulah jugak mengurangkan kesakitankan sambil cakap,takpe kita sakit,untuk babykan.. Aku pun pikir Positif.. positif.. positif untuk kurangkan rasa sakit tu. 

Result perut mengeras aku pun dah dapat. Rupanya kencing kotor. Ohmaiiiiiiii... keputihan yang ku rasa merimaskan ini rupanya semakin menjadi-jadi fungusnya. Kesiannya baby.... Agaknya baby aktif tu sebab tak selesa ke? Kesiannya anak ibu............ Maafkan ibu ye sayang....... 

Dapat air alkali untuk neutralkan air kencing,itu pun aku minum selang seli. Tekak tak boleh terima. Rasa kelat je dekat tekak ni sampai makan ape pun tak rasa. Dugaankan. Allah memang menduga aku betul-betul time mengandung ni. Tapi aku tak risau sebab aku tahu,itu kemampuan aku. Allah duga dan uji aku pada tahap yang aku boleh terima. Alhamdulilah,aku bersyukur sangat sebab rahsia Allah takde siapa yang tahu dan janji Allah itu pasti! 

Sekarang ni bila time perut mengeras je aku banyakkan selawat sambil usap perut. Teknik pernafasan sangat-sangat perlu dipraktikkan waktu sekarang ni. 
Sekarang hobi aku suka sangat baca pengalaman orang bersalin.
Bahagian untuk aku nanti macam mana pulak lah ragamnya kan.. mak aihhhh.. seriau nehhhhhhhhhhhh!

 Sorry sayangggggggg.. entry panjang panjangan pulak.. ter eksited nulih gini ler.. jangan bosan eh.. hehe

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...