just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 8, 2011

Buat Duit Dari Nuffnang/Facebook

Assalammualaikum..

Pagi tadi aku dok godeh-godeh internet cari pasal nuffnang ni. Dulu heboh kata buat blog pun boleh dapat duit. Aku pun apa lagi,semangat tu nak mencuba. Cuba punya cuba,dari awal bulan 3 sampailah la laaa ni,satu habuk pun takdaaa.. Sahlah,ini kes kena k*****g lagi aku ni kot (aku cakap dalm hati ler...). Dulu pasal buat duit kat facebook,aku juga yang terkena,tak pasal-pasal dah kena cari modal untuk pulangkan duit sendiri. Aku manalah reti nak susun ayat,pujuk rayu lentuk-lentuk manja untuk suruh orang masukkan duit supaya modal kita dapat dipulangkan kembali. Fail giler! Serius,rasa tertipu sangat-sangat! Aku tak percaya dah MLM ke,kutu mutu ke dan segala apa bentuk benda tak berdaftar ni. So sesiapa yang ada hajat nak suruh aku melabur,minta maaf sesangat.. sorryyyyyyyyyyyyyy to say la,pi main jauh-jauh,jangan dekati aku lagi. Cukup la bf aku pernah terkena dengan jumlah modal yang besar,aku sekali kena tempias.. serik!

Aku bukannya gila duit sangat,tapi nak menambah angka dalam tabung je,mana tahu leh tampung buat belanja kahwin nanti,Alhamdulilahlah kan. Tapi asyik kena tipu je,sedih aku tau.

Ni hah,kita nak cerita pasal nuffnang dari awal tadi. Aku dah giveup dah sebenarnya,tunggu punya tunggu,1sen pun tak nampak lagi dalam akaun (eh.yeke?) hehe. ok ok.. Asyik baca kisah orang dapat duit je,kita tak dapat-dapat gak. Bukan rezeki aku lagi kot. Nak sedapkan hati punya pasal.

TETAPI! tak boleh salahkan nuffnang je sebenarnya,aku sendiri yang kurang aktif meng-updated blog,ape kes????? Memang patut ler pun income tak masuk-masuk. Gigit jari jela tengok income orang lain. Nak buat macam mana kan :

1) Aku kerja sekarang memang agak busy.
2) Meja aku betul-betul membelakangi pintu bilik manager. Sangat tidak strategik!
3) Broadband tak bayar-bayar lagi.

Jadi,macam mana tu? Hmmm...

Mula-mula dah putus asa dah dengan nuffnang ni,hari ni boleh terdetik pulak hati nak buka akaun nuffnang aku yang dah berbulan terbiar dek kerana mengikut hati yang lara.. hahaha! Dan tiba-tiba :


I speechless you all...... hahahaha~ Maknanya adakah nuffnang ini boleh percaya? Aku pun tak sure lagi. Tunggu duit aku masuk,baru aku confirm dengan korang ok?
Yeah... kembali bersemangat! :))

p/s : nanti aku ajar korang macam mana nak nak buat nuffnang ni pada siapa yang kurang faham,yang dah faham jangan kedekut kongsi ilmu ok? :)


Kalau nak try buat iklan nuffnang,klik kat SINI!
Photobucket

2 comments:

  1. pasni dah dapat duit, boleh la open table eh? hehehe

    ReplyDelete
  2. wah.. bukan setakat open table,open house sekali pun boleh (kalau ada rezeki lebih lerr..) hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...