just click wherever u want to

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

Kiasan Itu Penting...............

dividers Pictures, Images and Photos
Kadang2 kita tak tahu apa yang berada dibawah selimut kita sampailah ketika selimut itu tersingkap dengan sendirinya.

Baru kita akan sedar.

Berbuat baik berpada-pada,nak buat jahat tolonglah ingat Allah,Ibu dan Ayah dulu.

Lepas dah terkena baru nak terasa panasnya dunia,macam dah tak berbaloi.

Hidup kalau asyik nak pentingkan diri sendiri tak ke mana. Hidup kena berkompromi. 

Hidup sorang2 sesat jadinya. Malu bertanya,sesat jalan.

Kalau asyik bercakap guna modal air liur,tak de hitam putih,macam cakap tumpah kat daun keladi.

Cakap bagai nak rak,tapi hampas pun takde,macam mana orang nak percaya?

Kita buat sesuatu biar dari niat hati yang ikhlas,bukan kerana wang semata2.

Banggakan harta orang lain ape kita dapat? Dia kaya,kite dapat gelaran kaya die je,berbaloi ke? Berbaloi bagi orang yang gilakan perhatian,publisiti murahan.

Berdiri di dunia nih memang kena ada angan2,baru bersemangat. 

Tapi kalau hanya angan2 tanpa usaha,macam dah putus semangat. Baik tak payah pasang angan2. Pasang aje semangat untuk terus berangan2.

Kejar kan cinta. Kejar kan gelaran. Kejar kan sesama manusia. Lagi teruk kalau kita orang perempuan kejarkan seorang lelaki yang belum tentu tertulis menjadi jodoh kita. 

Berhenti buat orang lelaki perasan dia yang paling di gilai,kerana makin jauh kite kejar,makin tinggi angkuh dia.

Hidup macam pusingan roda. Kadang kita di atas. Kadang kita di bawah. 

Bila kat atas kita mungkin lupa diri. Bila kita kat bawah baru kita nak sedar diri.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Bersyukur siapa kita seadanya.

Tepuk dada,tanya diri,tnya hati,tanya akal,tanya orang lain punya pendapat bukan tanya selera sebab kadang2 selera kita berdasarkan nafsu semata2.


p/s : terasa? terkias? mintak ampun dari hujung rambut - hujung kaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...